Tuesday, October 4, 2011

Berterima kasih la pada mereka yang telah mengumpat kita...

Betul ke kita boleh mengesan bahawa kita sedang diumpat orang? Hati berdebar-debar adakah itu satu petanda? Wallahualam.... jgn tanya I.. sbb I pun sedang bertanya you ni....

Tapi jangan jadi macam kawan I sorang tu... ;).. berdebar2 jantung, bila malam je berdebar, resah gelisah macam nak meno (tapi umur baru 30an..tak kan la kan?).... rupa2nya teroverdos makan supplement. LOL.... Sib baik dia tak kata... "Aku berdebar sbb dalam badan aku ada hantu ". Waa...

Takpe... kalau diumpat orang sekalipun... jangan la bergusar hati. Sedih-sedih kejap tu lumrah la kan... apatah lagi bila si pengumpat itu adalah terdiri dari mereka yang kita percaya.. tapi ucapkan je la terima kasih sebab mereka dah beri kita pahala..

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah:


"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab:

"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Ok lah.... I nak menyambung keja membuat breakfast ni.... breakfast simple je pun........ Roti telur ala kopi thiam... resepi kat bawah ni..






"sebelum goreng roti sapu dgn butter. lepas tu goreng telur..... bila telur separuh masak letakkan roti atas telur dlm kuali tadi bg lekat dgn telur td lepas tu angkat lah roti yg dh masak. lepas tu sapu kaya dkt telur tu...boleh lah dimkn.." AIZAN...( thanks ye...:) )








p/s : Ada satu cara paling mudah untuk mengesan orang mengumpat kita.... Nak tau?
Curi password FB orang tu dan cek la inbox dia..... :P

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.