Thursday, October 6, 2011

Suka dengan cara lelaki-lelaki handsome ini menangani masalah rumahtangga mereka..


Suka dengan cara Datuk Yusoff Haslam menangani masalah rumahtangganya (tak pass no hp pada artis2 wanita sesuka hati)... dan I juga suka juga dgn cara sorang kawan kami tu.... "kami" dah "racun" berkali-kali pun... pendiriannya tetap teguh - enggan membuka account FB demi kerukunan hidup dgn pasangannya yg jelita itu.. So proud of you man.. keep it that way!! Cewah2... nanti ada pulak la yg terasa hati dan kata "Eh aku berFB ni bermakna aku jahat ke?".... idak ler.. tapi tiap orang kan ada cara tersendiri utk menyelamatkan rumahtangga.. so, itu cara dia, biar la dia.... kita hormati je la keputusannya tu kalau itu yg terbaik utk mereka suami isteri.

Jika benar mereka pernah digoda...moga mereka termasuk di antara 7 yg dinaungi Allah di akhirat kelak sebagaimana janji-Nya.... Amin..

"Orang yang digoda oleh perempuan cantik dan kaya tetapi ditolak dengan berkata “Sesungguhnya aku takut akan Allah.” Itulah antara mereka yg dinaungi Allah di akhirat kelak... sila baca detailnya di sini - gambaran hari kiamat.



Betul ler tu.... kalau takut dilambung ombak... watpe nak berumah di tepian pantai. Lagi-lagi kalau rasa diri tu hensom ... memang patut la membentengi diri dari digoda dan tergoda.

I pun tak tau la bagaimana perasaan kalau I ni menjadi seorang lelaki yg handsome... mesti cam rimas sana-sini menggoda I. Eeeeeeeeee......gedixs!!!! Teringat la dulu time I study.... ada la beberapa orang mamat body builder ni buat pertunjukkan kat Stadium (Sazali Samad je yg I ingat dalam kumpulan tu... lain semua I lupa nama)... Turun je si Joe (bukan nama sebenar) ni dari stage... ramai awek2 gedix mengerumuni beliau... (I terkecuali ye.... kekekeke... bukan membela diri, tapi cuma pelik dgn situasi tu.....).

Duduk di bawah pohon puding, si Joe melayani kerenah mereka... I tengok ada diorang ni yg tarik2 baju (baju si Joe ni la), tarik2 gelang ..........aduhhhh rimasnya... dah la cuaca masa tu panas terik.... kalau I jadi Joe mesti I lari balik rumah kunci pintu!!


Ok la.. lupakan kisah zaman remaja tu.. topik kita kali ini ialah tentang HANDSOME.

Ke"handsome"man biarlah seiring dgn budi pekerti yg mulia... Kalau muka je handsome tapi tak solat pun takde maknanya... hilang nur di wajah. Sebab tu kadang kita tengok...


"Orang ni handsome... tapi macam tak handsome"... (Rahsia menjadi handsome.. sila klik sini).

Maka... sama2 lah kita menghandsome'kan diri dgn menunaikan yg 5 kali itu ye... I pun nak "menjelitakan" diri kat dapur yg belum berkemas ni.... ok, see you later!!!


p/s : Untuk doa menambat hati suami sila klik sini. Rajin2 amalkan ye puan-puan.....




2 comments:

  1. urmm, lebih kurang mcm lawa. . .tapi tgk lg cam ada yg kurang. . .betul2. . .sebab takder nur. . .nampak gelap jee pandangan. . .;-)

    ReplyDelete
  2. EILA - Betul3... mudah2an anak2 lelaki kita jadi "handsome" dlm pengertian yg sebenar2nya. Amin.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.