Saturday, October 8, 2011

Ingin berblog sepenuh masa? Oh good luck!

Malamku meriah ditemani suara bunyi mesin jahit kakak iparku yg sibuk menyudahkan jahitan baju-baju pelanggan. Suara2 si cilik, anak buahku menghiburkan suasana... Abangku yang masih handsome di usia emasnya (abang kandung ya... bukan en somi) tidur-tidur ayam di sofa menunggu sesorang. Selalu tu mmg dah handsome... tapi malam ni makin handsome sbb bwk aku jalan2 hehe..... kat sekitar pekan yang bukanlah terlalu asing bagi aku mahupun beberapa orang teman blogger di sini. Thanks juga buat kakak iparku yg bawak aku ronda-ronda siang tadi.

Begitulah update statusku seharian ini. Terlalu pelik bunyinya kan entry aku kali ini? Suasana bagai tidak menceritakan aku sedang berada di rumah sendiri.... Ya memang benar, begitulah adanya. Sesekali bertemu begini, topik pasti tak lari dari membicarakan tentang blog, tentang blogger2 tegar, blogger tak berapa tegar... dan oh ya, benar ke bagai dikata... ada blogger-blogger popular yang dah mula menjadikan blog sebagai profession sepenuh masa? Maksud aku, mereka nak berhenti keja semata-mata nak jadi blogger yang benar-benar tegar?

Oh really????? Tahniah diucapkan atas keberanian anda. Jgn lupa google search "10 blogger terkaya dunia" untuk lebih memotivasikan anda (Miss Mirror.. ko tak perlu la sibuk2 untuk ingatkan mereka, tau la mereka tu... dah namanya pun blogger popular). Mungkin anda ada ramuan2 tersendiri untuk pelan jangka panjang yg telah anda rangkakan. Saya rasa pun....pokok pangkalnya minat yg mendalam kena ada... Bak kata "atok sedara aku" yang baru meninggal baru-baru ni....

"The only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking. As with all matters of the heart, you'll know when you find it. And, like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on. So keep looking until you find it. Don't settle. "
( HEHE... sorry... Ni quote dari Mendiang Steve Job la sebenarnya).

Ya la kan..... kita kena cari kerjaya yg betul-betul kita minat. Kalau tak minat, otak stress selalu pun tak guna. Kalau dah minat, pedulikanlah orang nak kata apa pun.... bukan mereka pun yg belikan kita baju... somi kita jugak yg belikan kita beras. Eh tetiba... (menampakkan sangat aku tgh rindukan suami aku).

Ok la... nak publish la entry ni sekarang sebab abang aku yg tido-tido ayam pun dah terjaga (sedapnya mee hoon sup yg beliau beli kat kedai Thai tu) dan beliau nampaknya tak sabar nk baca entry terbaru aku yg tak berapa siap ni... esok karang aku sambung lagi... gambar2 nanti lain kali aku upload.







6 comments:

  1. kak MM,
    ayu berblog pun sebab ada masa terluang, tempohari sibuk sampai tak dapat nak berblog..
    tang minat tu, kalau ayu pandai menjahit like kak ipar kak MM. sure ayu dah berhenti jadi blogger..
    hhehehehe

    selamat bermalam minggu sis

    ReplyDelete
  2. MM... Nak jadi blogger tegar ni kena rajin, Macam JS hangat2 taik ayam jer hehehhehe

    ReplyDelete
  3. JS - MM pulak hangat2 lahar gunung berapi (ada masa meletos... ada masa slow). Hehe..

    ReplyDelete
  4. mm, win pula bloger yg tak berapa tegar.hehe..juz 4 fun & sometime mcm diari pula.tapi kalau ada masa, win suka singgah blog miss mirror :)

    ReplyDelete
  5. Win - thanks sbb selalu sudi mengunjungi MM di sini..;)

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...