Sunday, October 2, 2011

Jangan berwebcam di waktu malam... nanti muka hilang seri...

hari ni menyambut birthday si Ain



Lama dah I nak tanya dengan Abang Rizal (memang nama sebenar), seorang pegawai di office tempat I praktikal yg mana beliau ni pernah keja kat pasaraya, that's why la I nak tanya soalan ni...

"Abg Rizal... Ada tak orang pasang camera kat fitting room?" Itulah persoalannya.

(Sila bayangkan wajahku yg masih anggun, suci... berusia awal 20an sedang bertanyakan soalan comel ini).


Tapi pertanyaan tu hilang macam tu je sebab terlupa... last2 after berbelas tahun berlalu dan Abg Rizal pun entah dah duduk mana selepas kawin dgn tunangannya .. tetiba hari ni ada wanita yg I pun tak kenal siapakah gerangannya telah memforward & diforward satu note ni di FB. (Mungkin you all pun dah terima kan)


Takpe...kalau belum terima I ceritakan kat sini....
I melayukan je la senang.

CARA-CARA MENGESAN... mengesan apakah di balik cermin..

1) Bagaimanakah untuk mengesan kamera tersembunyi di bilik persalinan?

Untuk mengesan sama ada sesebuah cermin yg dipasang di bilik persalinan mengandungi HIDDEN CAMERA ataupun tidak, perkara pertama yg perlu kita lakukan ialah dengan membuat panggilan melalui handphone kita. Jika sebelumnya panggilan telefon boleh dilakukan (maksudnya kat luar bilik) tetiba masuk bilik bercermin tu tak boleh pulak, bermakna... kemungkinan ada KAMERA TERSEMBUNYI dipasang di dalam bilik tersebut. Ini disebabkan ada gangguan pada litar fiber optik. Jap jap I nak pikir... selalu kalau kita naik lif kita masih boleh call out tak? Lupa plak....Bukankah lif juga selalu dipasang Kamera Tersembunyi? Ok takpe... nanti kita "gali" lagi persoalan ni..

.
2) Betul2kan tudung, malah kdg kalau dah dtg "gedix" tersenggih2 kat depan cermin besar kat tepi2 bangunan.... tanpa menyedari perbuatan kita tu rupa2nya diperhatikan oleh orang yg kita "tak nampak".

Kalau nak tahu sama ada sesebuah cermin itu adalah cermin 2 hala (2 way mirror) atau sebaliknya, perkara pertama kita lakukan untuk mengenalpasti ialah gunakan kuku.... halakan kuku kita itu pada cermin, jika kuku sebenar dan kuku imej dari cermin bercantum tanpa halangan, bermakna cermin tersebut adalah cermin 2 way.. di mana cermin tersebut telus di sebelah ruang satu lagi (boleh dilihat/lutsinar). Emmm I rasa kalau nak cek... cuba pegi pada cermin tinted tingkap rumah anda.


Ok la...itu je la nak cerita... malam pun sudah semakin larut. Better kita tido... Jgn gusar2... secara logiknya, pasaraya yg selalu kita pegi tentunya tidak la memasang camera di dalam fitting room.. kalau tidak, tentu dah lama kita digemparkan dgn gambar2 artis pujaan kita dalam keadaan mengaibkan sedang menyalin pakaian.

Satu lagi pesanan....sebelum I mengundur diri....Jgn ngadap cermin malam-malam buta... nanti...
tok nek cakap... muka tak berseri... ala sebenarnya bukan apa, kalau keja buang masa adap cermin je sampai lupa makan minum dari pukul 8 sampai kol 2 pagi, mengira2 kedut kat muka... tak cukup tido.. mana nak datang seri...right? Itulah kiasan yg tok nek kita cuba sampaikan kot...

p/s : Zaman milinium mcm ni..telah ada banyak gadget2 baru & mungkin pantang larang penggunaan cermin di waktu malam tu pun nak kena tukar selaras dgn peredaran zaman..

"Jgn berwebcam di waktu malam... nanti muka hilang seri"~ MISS MIRROR
(Ada kan orang membelek jerawat guna webcam? :D)

2 comments:

  1. ada MM, ahahaha kalau nk cepat tu kot kahkahkah...hany takde web cam, so slalu je carik cermin ;)

    ReplyDelete
  2. haha Hany..betul tu.. kang cepat tua plak..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.