Monday, November 28, 2011

Aussie 2011 - Sian blog I dah tak terbela... korang sihat?

Assalamualaikum...
Haiiiiiiii jumpa lagi!!!! Lamanya Miss Mirror tak update blog....Haih dasyat!!!!!! Harap2 anda semua sihat.
Thanks sudi singgah blog yg dah tak terbela ni. Sian blog I... jenuh ni nak buang habuk. Tuan rumah asyik busy merayau tak ingat nak balik... :D Terharunya rasa bila korang kata rindu kat I.....T __ T Ada jugak orang sudi rindu2 kat I rupanya... I pun rindu kat korang sampai demam2 tau nih... Sian I.... (sebetulnya demam sebab cuaca terlampau panas... 38 C). Maybe kurang minum air.. padahal kat sini air paip boleh diminum terus dari pili air.. tapi I tak pedulik, tetap jugak masak air tu sampai mendidih sebab terlebih rajin (sila puji saya).





Bagi yg dah biasa melawat Aussie, Kingspark (gambar atas) tentu tidak asing di pendengaran telinga korang kan?. Kalau nak pegi, time musim bunga la baru best.... bunga-bungaan cantik berkembang. Ni pun bunga-bungaan masih cantik berseri walau tak musim bunga (gambar bawah)



cantik...(maksud saya gambar bunga ini.. sila abaikan gambar
pompuan bershawl merah belang hijau di bawah)


Kingspark..



Jangan tak tau, kami pun buat getuk ubi di sini, kami telah "berMalaysia2 di Aussie". MIL beli ubi di Kedai Runcit Scarborough.

(Masak sendiri 3 kali ganda berbaloi tau beb! Sila rajin2kan diri masak sendiri, anda pasti rasa berbaloi).

Gambar bawah : Kentang Mix.. Later Miss Mirror sharekan resepinya ya.. memang sesuai untuk kita-kita yang travel dan nak masak cara pantas.. itu pun kalau korang tak cerewet makan la kan..


Untuk info : Lesung batu kat sini harganya 24 DOLLAR (RM72 lebih kurang) you know...(memang tak cari pun.. dah hari akhir tu baru terperasan kat satu kedai sebelah mesjid di Perth ada terjual)..

Blender yg mulanya kami nak beli pun last2 tak terbeli sebab dah masuk hari ketiga baru terfikir nak gi shopping complex... last2 fikir.. ah malas la nak beli.. Cincang2 je sudahlah.. Haha..Jadi segala resepi-resepi kami masa travel ni adalah cincang tumis shj ya puan2... lol... Nanti Miss Mirror kongsikan juga resepi nasi goreng cincang tumis yg amat pantas - memang sesuai untuk anda yang ber"travel"an.. Insyaallah later Miss Mirror update..






Sempat gak I beli shawl kat sini sbb stok tudung I tak bawak byk....tak de la mahal sangat pun..
10 Dollar je (lebih kurang RM30)..beli kat London Street - ada satu kedai orang korea tu..

Kalau nak beli survenir murah, Miss Mirror cadangkan korang singgah ler di kedai tajuk dia "Oleh-oleh "(bersebelahan Restoran Nyonya.. sederet dengan Criterion Hotel). Kalau nak murah, sila mention nama I.. khe3... takde la I main2 je.. I pun lupa nak bagi nama I kat awek indonesian yg jual tu walau kami dah selalu bertepuk bertampar. Tapi kalau beli dgn dia memang I dpt diskaun selalunya.

Untuk info : Kat sini pukul 5 lebih semua kedai dah ditutup, jadi kalau korang nak menyoping, silalah keluar seawal pagi supaya tak kelam kabut.




Tercapai gak impian untuk memenuhi hajat anak sedara I, si Anis nak tengok makciknya menggedix sebentar dengan kangaroo, masa pegi yg last, I tak pegi Caversham Whiteman Park ni, sebab tak sempat... Gambar koala nanti Cik update kendian ye.
Koala-koala semuanya pemalu.. nak bergambar pun payah tau.



"Mari Menggedix Sebentar di ladang gandum" - Little House On The Prairie... later I update tentang ini.. nyesal pulak tak bawak skirt kembang dan topi koboi... kalau tak.. Kalau tak apa? Kalau tak, perasan la kejap jadi heroin drama bersiri zaman I kanak2 tu... :P

Oh ya...Menjawab pertanyaan Mummy Gee - Emak saya tak nak ikut.... busy la katakan, jaga ayam itik, adik kami pulak tgh dlm patang.


Tak kan nak tunjuk gambo2 pompuan menggedix2 ni je kan, muntah plak korang... nanti la senang2, I cerita pulak tentang deco2 rumah yg kami duduk tu, cerita tentang pameran kereta yg kami pegi, tentang orang2 kat sana.. insyaAllah nanti ye.. ok, jumpa lagi!!!!

4 comments:

  1. Wahhhhh... Cantiknya Aussie ya... mesti best sgt2 kt sana... Cik doa2kan le kita org ni plk boleh jejak tempat2 mcm tu..Terima kasih sebab ingatkan kangeroo tu kita ya... Suka sgt2... Harap satu hari nt dpt gak bergambar dgn kangeroo2 tu..hiiii..

    ReplyDelete
  2. Amin.. Ya Cik doakan ni mudah2an Anis dan DR dpt timang2 kangaroo tu nanti bwk balik sekali ye.. hehe.

    ReplyDelete
  3. Salam MM

    memang sah MM ni suka masak dan suka jalan! Rajin sgt ...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Mama..

    "Suka jalan" tu mmg betul.. tapi tang "suka masak" tu.. hehe.. susah nk jwb. Haha.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.