Telur pindang di meja hidanganRoti dicanai, ditebar, dihempas
Pepagi buta ku dah buat sarapan
Ke kedai juga kami ber"breakfast"
(Lokasi : Taman Perumahan berdekatan : semalam)
Hari semalam panasnya terik
Singgah makan di Pasir Gudang
Bakso mee memang menarik
Ramai orang berpusu datang
Singgah makan di Pasir Gudang
Bakso mee memang menarik
Ramai orang berpusu datang
(Lokasi : Kompleks Pusat Bandar PG)
Aktiviti tengah hari tadi.... just main masak2 kat rumah...
Sedap ikan dimasak lemakMana sama lemak cili padi
Sedap makan di kedai mamak
Mana sama masakan isteri?
(menu lunch hari ni : I masak lemak ikan berbelimbing buluh....sambal tumis ikan bilis, sayur sawi goreng)
Matahari sakit, bintang demam
Bulan sudah munculkan diri
Pizza domino makanan malam
itulah menu kita pada hari ini..
(sebab rumah tgh kecah, kacau bilau dgn barang2 cat, langsir diturunkan...
bla bla bla bla.. (alasan malas masak)... tak tau nak tido mana mlm ni?
menumpang kat rumah you all boleh tak? (gurau je..)
Jumpa lagi!!
Jangan lupa juga jengah entry2 baru jalan2 cari makan di sini.
bukan malas...sesekali bagi MAK rehat dari memasak kan kan kan kan
ReplyDeleteBetul tu Gie... bagi rehat sehari dua (supaya bila habis rehat boleh masak lagi yg lebih best2 sbb dah kumpul tenaga). :D
DeleteAslkm
ReplyDeleteLama tak ke sini, terpadam...
Mama suka telur kale2 tu, telur pindang.
Waalaikumsalam Mama Ju.... terpadam? Terpadam kat bloglist Mama ke? Huaaa sedih kita... hehe. Takpe.. ni Mama dah "dtg" ni pun dah ok. Sangkakan merajuk.
Deleteadoiii sedap2nya suma makanan tu...terlioq la wani tgk..huhu..nyam3..mintak siket *sambil buat muka simpati..hukhukhuk
ReplyDeleteSorry Wani buat hang terlioq... Tapi mmg sedap pun...especially garlic bread domino my fav tu. Jemput ler... hehe..
Deleteteror gak MM berpantun ek..saye nak buat pantun 2 kerat pon belum tentu lepas...huhu [kalau boleh hari2 nak mintak excuse coti memasak..;p]
ReplyDeleteTak de la terror mana pun I ni Aty... klu spontan mesti failed.
DeleteCuti masak hari2 I mmg tak boleh...sbb anak2 lebih suka air tgn ibunya ni..walaupun takde la sesedap mana.
Lisa Surihani cantik dipandang
ReplyDeleteYusri dah ikat ramai kempunan
Sedap sungguh si telor pindang
Tolong pos kat Mummy sepapan
This comment has been removed by the author.
Delete