Saturday, April 14, 2012

Bestnya kalau ada goreng pisang, ada bayi, ada kucing...

Sedapnya petang2 mcm ni kalau ada goreng pisang, kalaulah tetiba ada lepat labu turun dari langit.. 

 
Semalam masa bersiap, I dah  bungkus labu seketul dgn santan kotak dari rumah (sebab kat BP ni tak de santan kotak yg best yg kotak dia kaler putih biru tu.. tu yg I bawak dari JB tu)...konon2 nak buat lepat, tapi sampai je kampung... alahai bercinta pulak nak petik daun pisang kat rumah mentua I ni... sudahnya buat mee hoon campak2 je utk breakfast pagi tadi. 

Sekarang ni tengah musim blogger2 mengulit anak baru, tahniah la kat korang semua, wat I jelous je lah you all ni... mencetus naluri keibuanku, meronta2 bagai mengharapkan kenangan lalu dapat diputar semula.   

"LOCK LODER".... 

Tak payah rujuk kamus, memang tak akan ada jawapannya.  Sebenarnya itu hanya ayat ciptaan Ain semasa kecil yg memberi maksud "Lock The Door". :D.. hingga kini ayat itu masih digunapakai oleh kami sekeluarga ketika ingin menutup pintu  kereta. 

Kenangan membesarkan bayi memang indah bila dikenang, tapi tak kurang juga suka duka terpaksa dihadapi antaranya bila terpaksa berpisah sementara dgn mereka utk sebuah career.   Sakit pening mereka.  Semua itu dihadapi dengan 1000 kenangan.   You tau, kali pertama I menjadi ibu... tiap hari bila bangun tido je, satu benda yg I buat ialah..... menghalakan jemari I ke hidungnya... sebab nak pastikan dia masih bernafas.  Hahaha.... Alhamdulillah... anakku kini dah besar panjang akhirnya.




KHAS UNTUK PARA SUAMI YANG BARU DAPAT BABY, SILA BACA PERKONGSIAN DARI PROF MUHAYA TENTANG BAGAIMANA USTAZ DON DANIYAL DIBESARKAN... SubhanaAllah... mampukah anda mengikut jejak langkah ayahanda beliau ini?


Sewaktu si anak (Ustaz Don) dilahirkan, beliau (ibu ustaz) telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan  TURUT SAMA BANGUN. Suaminya akan MENYEDIAKAN SUSU kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya AKAN MENYEDIAKAN BELAKANG BADANNYA utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabila setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami".   Subhanaallah..

 
mancung gak idung kau ni ye...




p/s : Thanks kepada MODEL yg sudi berposing di blog ini. Beliau ialah anak si buruk (kucing MIL) yg telah berusia 2 minggu.

12 comments:

  1. ustaz don..muda2 sdh jadi ulamak..beruntung ibu dan ayahnya..kita juga bole jadi begitu..cuma, istiqamah n tawadduk itu saja perlu ada..(^_^)

    ReplyDelete
  2. MM... Sama la ngan JS tiap kali terjaga samaada tgk dada berombak ke tak atau letak jari kat idung muuhahhaha..

    Takde apa yg lebih bermakna utk ibu bapa selain anak menjadi 'manusia' bila dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JS - I tod I sorang je yg suka cek pernafasan anak every morning... u pun eh? Hahaha... kira ni kes normal la ye.

      Delete
  3. Best kan baca kesah ibu Ust Don menyusukan bayinya malam2. bertuahlah para isteri yg dpt suami yg memahami dan bertanggungjawab. Ada isteri yg ada suami tapi macam tak ada suami...hidup sebatang kara mengandung dan membesarkan anak2 .... errkkk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamawana - Sungguh kesal bila mendengar sikap suami2 yg tak bertanggungjwb sebegitu. Akhirnya bila anak tak jadi org, baru nak menyesal. Nauzubillahiminzalik..

      Delete
  4. ~untungnya kalau dapat macam tue..:)

    ReplyDelete
  5. ada gak baca prkongsian ni di fb...betul la kan MM, didikan dari awal, lepas tu mkn minum pun kena jaga kan...semoga kita semua dpt amalkan apa yg sunnah buat anak anak kita..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. HANY - Ameen.. Mudah2an kita semua dpt amalkan apa yg dituntut.

      Delete
  6. nk menantu mcm ustaz don pun jadilah... Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an.. Deq Su. Dpt gak membimbing anak pompuan kita kan..

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.