Monday, May 28, 2012

Batik Cheese


**Semakin tinggi kalian berada.... semakin banyak ribut yg berusaha untuk menjatuhkanmu..




**Tanpa kepahitan.... tak akan ada kemanisan...


   



Anakandaku... hanya kek ini yg mampu Mama persembahkan untuk percutianmu kali ini...






RESEPI BATIK CHEESE

Resepi credit kepada Rohaimi Ahmad.

Mula-mula sediakan KEK BATIK terlebih dahulu
Bahan2nya ialah :

400 gm biskut marie
100 gm mentega
2 biji telur
50 gm serbuk koko
100 gm milo
200 ml air
Gula pasir -  ikut suka 

Cara...




1) Patah-patahkan biskut
2) Dlm periuk - masukkan koko, milo, gula dan air - guna api sederhana dan kacau hingga larut.
3). Masukkan butter hingga larut dan cair - kecikkan api dan masukkan telur, kacau hingga pekat dlm 
masa 30 saat dan padamkan api.
4) Masukkan biskut yg dipatah2kan tadi dan gaul semua biskut tersebut hingga kesemuanya diselaputi coklat.
5). Masukkan ke dlm loyang dan padat2kan.  (Kak Mirror  lapik loyang dgn aluminium foil  dan biarkan aluminium foil itu lebih tinggi dari loyang untuk mudah mengeluarkan kek nanti).



Bahan-bahan Cheese

250 cream cheese (Kak Mirror guna brand TATURA - RM7.00)
1 biji telur ayam gred A
2 sb gula halus (kena tambah lg jika suka manis)
(putar hingga kembang dan berkrim)

Bila bahan2 cheese dah siap disediakn...tuangkan ke atas kek batik tadi dan bakar dlm 5 min menggunakan api atas sahaja (suhu 160 C).
Paipkan coklat masakan yg telah dicairkan secara double boil - hias ikut suka hati anda dan boleh la masukkan ke dlm peti ais hingga sejuk.  


**Kek ini lebih cantik dan lebih sedap hanya pada keesokkan harinya. Nak makan kena biar semalaman dlm peti ais dahulu.
**Angkat aluminium foil dari loyang dan potong ikut suka.




12 comments:

  1. wahhhh sedapnyeee... i think dengan adanya cheese boleh balance kan rasa manis kek batik ni dgn rasa lemak lemak masin tu kan... nak try nak try heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time I ingat nak tambah sedikit yogurt pd cheese cake tu la Eny.. biar masam/lemak dia lebih sikit.

      Delete
  2. Sedapnyaaaaa. Kalau ada cheese lagi lemak rasanya kek ni. =P

    ReplyDelete
  3. sedapnya, biasa kek batik coklat jer kan, ni taruk cheese rasa terliur plak akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat ni pun sbb terliurkan cheese dia tu je Kak..

      Delete
  4. wah, ada versi topping cheese pulak ye. cambest, lagipun dah lama tak makan kek batik ni. suka beli kat bazaar ramadhan je, time lain tak rasa tertarik sangat. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la dikatakan best bagi penggemar cheese..
      Ada gak org tak mkn cheese sebenarnya, jd klu nak mencuba...buat dlm kuantiti yg sedikit dahulu.

      Delete
  5. Cedapnyerrrr...nak kena wat nih. Thanks bagi resipi.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.