Thursday, May 24, 2012

Hujan di malam Jumaat Bukan Keliwon....

Anak2 kecil tak lagi memeriahkan laman.   Si punggok berhenti berkicau.  Si comot menyembunyikan diri.  Pohon kelapa  berdansa laju ditiup bayu.  Orang2 tua menjerit kehilangan siaran tv.... 

Itu adalah petanda hari nak hujan.....


Dah hujan dah pun..... "Hujan di  malam Jumaat Wage"...
(Jumaat Kliwon minggu depan 31hb).
Ehem! Terror kan I mengira kalendar Jawa... :D 


Hujan memang indah.  Tangisannya yg rancak di atas bumbung  bagaikan satu irama nan merdu yg melenakan...  apatah lagi jika disertai dgn kilat sabung menyabung.   Memang lengkap sebagai rencah untuk mendapatkan kualiti tido yg sempurna.  Pasti awet muda esoknya.

Tugasan office dah selesai siang tadi.  Misi hari ni ingin blogwalking sepuas hati.. Jom la menulis dengan tegar mcm dulu2, 4 jam sekali!!!.

Buat apalah dipendam2 entry tu dalam draft tapi tak dipublish2 puan2....(eh I boleh nampak tau! :D).








 

2 comments:

  1. I mmg banyak entry draft ntah apa apa ntah kdg kdg main taip je, takde gambar tak nak post. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny - ha kan betul I cakap... I bleh nampak apa yg you all buat. :D

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.