Di ambang undian DIGI melabuhkan tirainya pada malam 13th May lalu seterusnya mendapati yg blog ini hanya di ranking yg ke 12... I pun terus membuat pengumuman rasmi pd kengkawan ..
"Hey aku tak menang! Thanks la undi aku selama ni.." sambil menarik nafas lega.. kerana telah selesai satu tanggungjawab..
Tapi rupa2nya ianya tidak terhenti setakat di situ, sebab.. masih ada peluang besar lagi bila mana blog MISS MIRROR tersenarai dlm TOP 50 (gambar atas). Alhamdulillah... thanks kepada para pengundi. Tak sangka la plak.. sebab I rasa I ni takde peminat... (ayat copy paste Fiz Fairuz ABPH 2011).:D
Utk info : Contest DIGI WWWOW AWARD kali ni tidak tertakluk hanya pada undian semata, sebaliknya diadili oleh beberapa orang juri professional. I suka pengadilan cara begini sebab kuasa menilai dari tangan juri professional ini akan menaikkan semangat para peserta untuk memberikan input2 yg terbaik di masa2 akan datang sesuai dgn niche yg mereka pilih. Sudah sampai waktunya ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) juga perlu mencontohi cara yg DIGI aplikasikan ini sekiranya masalah2 "rumah siap pahat berbunyi" seringkali melanda.
Ok la... ingin menyudahkan kerja2 yg terbengkalai... antaranya....
Kali ni membuat donat resepi ke 136 :D (korang kan dah sedia maklum yg I ni suka mengumpul resepi donut padahal bukan la suka makan sgt pun)... Then akibat tidak mahu menderhaka resepi (resepi kata.. tunggu la hingga yis mengembang dulu baru masukkan dlm adunan jika tidak kuih anda tak jadi kembang).. tunggu punya tunggu tak naik2 pulak yis dlm cawan air tu... last2 I derhaka masukkan je terus ke dlm tepung... alhamdulillah... skrg ni dah kembang setaman! Dan ini hasilnya... utk minum petang!
tahniah MM i tau u mesti fofular punyer (angkat tangan mata blink2 ke atas) heheheheh.. eh rank ke 12 kira dah bagus sgt.. what an achievement!!
ReplyDeleteThanks Eny... ini semua atas pertolongan u jugak kan... Tersangat terhutang budi ngan u dan kengkawan yg sudi mengundi. Hanya Allah yg mampu membalasnya.
Delete