Monday, May 14, 2012

Hadiah Hari Guru 2012

Tak boleh mendetailkan  apa yg kami uploadkan ini sebab mana la tau kan... tetiba yg empunya diri  yg ingin kami berikan hadiah ini  pada 16hb May nanti  tetiba muncul pula di blog ini (banyaknya perkataan "INI").. Maka layan je la gambar2 tanpa memberikan sebutharga dan lokasi . :D  Moga paparan ini memberikan idea  kepada anda di luar sana yg kebuntuan utk memilih hadiah hari guru 2012

Cuma yg ralatnya, minggu ni tak sempat berjumpa Ain, maka present utk Cikgu2 Ain, Ain kena beli sendiri ye nak ye...  ciannn.. (beli kat Ko-op je la tu agaknya).

Yg ni sebenarnya kami beli siang tadi utk hiasan bilik Qistina, tapi sesaja upload ... kot2 la u all nak hadiahkan mendalah ni utk diorang pun.. ok gak la kot..


Ha yg ni.. utk hadiah... Niat di hati nak belikan tudung lip lap ataupun shawl yg mengerlip... tapi mengenangkan yg kami nak hadiahkan tu seorang ustazah... segan la plak kan..  


Yg dah berbungkus tu pula ialah frame gambar..(Qistina la punya pasal, Mama cakap biar kita bungkus kat rumah je.. sbb Mama nak snap photo dulu... tapi dia nak jugak org cashier tu bungkuskan - dia ingat Mama bungkus tak cantik le tu).








Cadangan-cadangan lain hadiah hari guru ialah sebagaimana di entry yg lepas - Hadiah Hari Guru 2011 - Jusco


How to celebrate Teacher's Day?


Kalau u oll dah besar panjang dan bersekolah menengah boleh la anjurkan suprise party utk Guru kelas anda... berbincang2 la sesama sendiri.   Tapi rasa2nya tiap sekolah dah buat satu majlis hari guru utk semua kan?.

  
Tapi jika inginkan kelainan, berpicnic atas tikar kat tengah padang sekolah reramai waktu rehat bersama Guru Kelas anda utk menyambut Hari Guru  pun satu idea yg menarik sebenarnya. 

Rasa2nya Guru anda pun tak kisah bagaimana bentuk hadiah yg bakal anda berikan.  Hadiah terbaik utk guru dari seorang murid  ialah kesungguhan mereka  utk belajar.  Maka, adik2... belajar la bersungguh2.



4 comments:

  1. Bestnya la teacher2 yg dpt hadiah2 ni.Mesti happy sangat diaorang.win ingat esok nak cari hadiah utk cikgu anak2.
    *mmg 1 kelainan kalau dpt raikan hari guru dgn berpicnic kat atas tikar di tgh2 padang,then ada cake lagi.huhu tak terfikir selama nih..alangkah bestnya kan2

    ReplyDelete
  2. Happy teacher's day Win. Hopefully anak didik you terbaca dan mereka akan adakan satu suprise party utk u atas padang :D.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Tu la.. u duduk jauh sgt, kalau dekat bleh la by hand'kan selai tudung.. kita nak gi post opis malas.

      Anyway, Happy Teacher's Day Cikgu Gie..

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...