Sunday, September 9, 2012

"Pesta 1 Malaysia" Di Highway Pasir Gudang yg sungguh mencemaskan (12 gambar)


Usai merayau  di  Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, kami mengorak langkah untuk membeli barang dapur di JJ Tebrau pula.... tapi tetiba di tengah highway...



Ribut taufan melanda..   inilah ribut paling dasyat pernah I nampak kat Malaysia buat setakat ni.. (paling dasyat tentulah di Bir Ali yg pernah I ceritakan dulu, ibarat filem Twister).


Apa pulak la kat depan tu?.

"Pokok tumbang la..."  Kata IRP...

Ha'a la... patut la keta depan tu tak bergerak... mari kita close up...



Mengenangkan tak nampak berlaku sebarang kemalangan jiwa, hati I tak de la gabra sgt ketika itu cuma  kebarangkalian paling teruk pun tentulah terpaksa tersekat lama dalam jem.. .. ah itu I tak kisah...  tapi tetiba..

"Better you gerakkan lagi keta you atas ni, pokok besar atas  tu pun  mungkin boleh tumbang"  Seorang pemuda tiong hwa yg sedang basah dlm hujan berkata2 pada IRP.

Aduhh ye ke?.   Tak terpikir pulak aku??.   Cemas aku tetiba.    Qistina mula merengek.  Shashal tetap tenang di kerusi belakang.

"Qistina pun dah terfikir dari tadi Ma...  ".   Aduh budak ni, menambah debaran aku je lahh.

"Maafkan saya... ini semua salah saya, lain kali kita takyah gi Pasir Gudang lagi, kita gi Angsana jelah..".  Shashal pula tetiba berdailog ala upin dan ipin..   Rasa bersalah pulak budak ni, padahal memang kami nak gi Pasir Gudang pun arini, banyak benda penting kena  buat di sana. 





Tak mungkin la pokok sebesar ni boleh tumbang... nauzubillah.  Keta kami betul2 tersekat kat bawah pokok besar yg mengadap flat ini.   Ya Allah selamatkan kami.



Luhurnya hati pemuda tiong hwa ini, berseorangan dlm hujan mengambil penukul dan cuba membuka divider.. dgn harapan kami semua akan dapat la buat U-Turn di situ.   Rasa bersalah, IRP pun  turun dan mengambil tool dlm keta untuk sama2 membantu.

Rupa2nya pemuda tersebut lg malang,  keretanya dah terperosok di balik pokok yg tumbang itu.... laaa kesiannya.



(Oh ya panggilan kpd pihak berkenaan dah pun IRP buat masa pkl 2.45 tadi).




Akhirnya dari 1/2 Malaysia tadinya (IRP dan pemuda tionghawa tersebut) kini  dah jadi 1 Malaysia pula, tak kira Melayu, Cina, India, Jawa semua turut turun dari kenderaan masing2  untuk bertungkus lumus membuka skru divider.  Hujan mula reda.  Hati aku kian lega..





"Pesta Satu Malaysia" Di Pasir Gudang.... 



Polis pun tiba..



Alhamdulillah berjaya dibuka akhirnya...  3.45 ptg ketika ini.   Syukur kepadamu Ya Allah, masih panjang umur kami.   Kalau tak... korang pun tak dapat la baca entry aku ni... :D

Update :  Difahamkan melalui berita di akhbar2 hari ini ... ribut tersebut membawa hujan air batu (sorry I dlm keta, jadi tak perasan akan kewujudan kiub2 ice tersebut)... dan lebih 30 pokok tumbang dan bumbung rumah banyak yg tercabut.



Mujur arini naik 4 wheel drive... dapat la "memanjat" ke ruang divider yg permukaan tanahnya lebih tinggi  dari tempat keta kami tersekat tadi dgn lebih mudah..



Kesian... di belakang orang masih ramai tersekat.


Nota :   Dlm islam, even hanya membuang seketul batu yg menghalang perjalanan orang pun dah dijanjikan Allah  pahala yg sgt BESARRRRR.... ini kan pula bertukul bagai di tengah hujan begitu...  terima kasih kpd semua rakyat Malaysia yg baik ati pada petang tadi.   Moga balasan kebaikan buatmu. Aamiin.

8 comments:

  1. nasib baik kereta orang tu je yg terpesorok..

    ps : seronok tengok org msia, x kira bangsa, bkerjasama, xde gado-gado :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Mujur dia selamat.

      Ya Shinji, kami yg mulanya berdebar2 dlm keta rasa seronok melihat kemeriahan suasana 1 Malaysia begitu. Rasa dah mcm pesta pula.

      Delete
  2. Hari ni kat tempat akk, angin dan hujan menggila. Nasib kjp je, akk dah risau sb dua beranak kt rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke Kak Zana?. Alhamdulillah tak apa2. Kat JB arini dah kembali ok.

      Delete
  3. Saya dari KL turun ke Pasir Gudang pada petang hari kejadian. Selesai urusan di Bandar Seri Alam, kami bergerak ke Johor Bahru untuk ke majlis rumah terbuka saudara di sana. Semasa hendak susur masuk ke LPG berhampiran Tesco, berderet kereta berpatah balik mengikut susur masuk lebuhraya. Saya ingatkan jalan banjir akibat ribut kuat, saya pun buka apps Waze di iPhone untuk mengetahui punca kesesakan. Rupanya ada pokok tumbang menghalang laluan ke pusat bandaraya.

    Oleh kerana gagal masuk ke lebuhraya, arahan GPS pun saya dah tak ikut lagi, sebaliknya mengikut kereta di hadapan yang menghala ke Rinting. Mungkin ada jalan alternatif, saya fikir. Tetapi bila tiba di Rinting, kebanyakan jalan dalam kawasan perumahan di sana pun tersekat akibat banyak pokok yang tumbang. Terima kasih kepada anak-anak muda yang secara sukarela menjadi pengawal trafik untuk mengawal lalulintas serta memberi isyarat jalan tersekat kepada para pengguna jalan.

    Akibat buntu terperangkap dalam kesesakan, kami pun berpatah balik ke Bandar Seri Alam untuk lepak sekejap di restoran untuk menikmati minuman panas, sambil saya meneliti laluan alternatif untuk ke pusat bandaraya menggunakan iPad. Isteri saya tetap juga hendak ke majlis rumah terbuka saudaranya itu, tetapi malam nanti mesti balik semula ke Pasir Gudang untuk check-in hotel yang saya tempah sebelumnya, sebab esok ada urusan lain lagi di Masai. Browse punya browse Google map dan Waze, saya pun terjumpa satu laluan alternatif untuk mengelak laluan sesak di LPG. Saya ambil GPS, lalu setkan laluan alternatif ke pusat bandaraya. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya lolos daripada kesesakan dan sampai di rumah saudara ketika hampir waktu Maghrib. Sebelum bertolak balik ke Pasir Gudang, saya buka laporan di Waze, takut-takut mungkin ada lagi kesesakan menghala ke sana. Syukur, jalan dah clear.

    Apapun, kami bersimpati dengan penduduk yang terlibat dengan kejadian ribut kencang tempohari. Mujur kejadian berlaku pada cuti hujung minggu. Bayangkan kalau berlaku pada hari bekerja. Tentu lebih 'ribut' kata orang Indon. Semoga mereka tabah dengan ujian Allah. Terima kasih juga kepada yang bertindak cepat mengalihkan pokok-pokok tumbang untuk melancarkan semula lalulintas. Tidak lupa kepada anak-anak muda yang secara sukarela menjadi polis trafik tak bergaji untuk mengawal lalulintas. Tanpa mereka, tentu lebih 'ribut' pak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks En Abu berkongsi pengalaman.
      Betul spt yg anda katakan... kalau berlaku di hari bekerja tentu lagi "ribut".

      Bagaimanapun syukurlah sbb akhirnya wife En. Abu dpt juga beraya rumah saudaranya. Dah alang2 dtg dr jauh kan, biar ribut mahupun taufan, pegi tetap pegi.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.