Showing posts with label Catastrophic. Show all posts
Showing posts with label Catastrophic. Show all posts

Thursday, November 27, 2025

Terselamat dari banjir di Aceh.

Boleh ke buat entri dengan mencuri gambar orang?

😂😂 Kakak sendiri tak apa kot?

Alhamdulillah, kakak dah pun selamat kembali ke tanah air dari Aceh malam sebelum kejadian melanda. Mulanya hubby suruh ai tanya dia tentang keadaan cuaca di sana, sebab dalam group WhatsApp dah kecoh pasal bekalan elektrik terputus akibat banjir.

Sekali bila ai buka status, rupanya Kakak dah landing.  Alhamdulillah.  Masya Allah.  Sehari selepas dia fly balik tu, cuaca di Aceh memang “menyeramkan”.   Bersyukur Allah melindungi perjalanannya.

Nampak gayanya di sana sini banjir, bukan hanya di Malaysia dan Thailand saja. 





Itu je nak tulis. Byeee.   Happy weekend and take care.



Thursday, January 4, 2024

Anak2 Ke Jepun Tetiba Gempa Bumi (8 gambar preloved handbag)

Alhamdulillah.. baru lah dapat menarik nafas lega bila dapat tahu anakanda yang sebelumnya berada di Japan telah selamat pulang ke Aussie.   Hati ibu mana tak dag dig dug bila terbaca berita..  "Gempa bumi 7.5 magnitude gegar bahagian tengah Jepun".   Sila scroll tros ke down page untuk video.  Video tak lah menyeramkan sangat pun.. tapi sebagai rakyat Malaysia yg tak pernah melalui pengalaman sedemikian pastilah agak panic kalau nampak depan mata.   

Terpujuk juga hati ini bila diberitahu bangunan-bangunan di sana mostly dibina ikut keupayaan gempa bumi.   Tapi malam tu juga anak ai book tiket balik sebab amaran tsunami dari kerajaan sana seperti agak mencemaskan.    Harapnya dapat la refund duit penginapan tu di mana mereka sepatutnya balik next week. 




Ok.. untuk menghilangkan kecemasan di hati, kita cuci mata handbag2 preloved Jepun ni ye puan2.  Nama je preloved.. tapi harga tetap juga kayangan.    Tak jadi Mama nak kirim. 😅😅














Video credit to the owner.


Menerusi perbualan ai (di IG) dengan seorang wartawan TV (tak pasti bekas wartawan atau masih wartawan) yang sedang berada di Jepun, beliau juga turut merasai gegaran itu selama 45 saat.   (Punya la suspen ai dgn insiden ini sampai wartawan pun ai kacau.  Kekeke.  Sorry).

Walaupun terpaksa balik lebih awal, alhamdulillah anak2 ai sempat bermain salji dan shopping.     


Monday, March 6, 2023

Banjir Di Seri Medan semakin buruk

Innalilahiwainnailayhirojiuun. Keadaan banjir di Seri Medan, Batu Pahat, Johor semakin teruk.  Ia adalah yang terburuk sepanjang saya dilahirkan ke dunia.    



Keadaan Pekan 2 hari lepas.



Rumah kakak, 2 hari lepas.. hari ni mereka dah pindah.  Kalau sebelumnya mereka masih boleh berharap pada  "rumah atas" yg dibina untuk tujuan banjir, tapi sekarang rumah tu pun dah dipenuhi air.   Sekarang rumah Kak Long yang menjadi port perpindahan tu pun air dah mula naik ke beranda.   Jalan ke kampung tu pun dah putus.    Harapnya ada pokok2 sayur tepian rumah.



Parit Warijo




Begitu juga teman-teman saya yang lain.   Pelbagai pancaroba yang terpaksa mereka lalui  bila mana PPS (Pusat Pemindahan Sementara) di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati juga turut banjir dan mereka terpaksa dipindahkan pula ke Yong Peng.   Kalau Yong Peng pulak banjir, mungkin pindah ke Ostrolia plak kot.   Nauzubillah.   


Begitu la bayangan kedasyatan banjir di Johor pada kali ini Puan2.  Takziah kepada mangsa banjir di Jalan Nittar pagi ini.  Perempuan berumur 23 tahun dari KL yang hanyut bersama keretanya.


Nothing much to say.. Moga kita dapat doakan semua mereka ini.   

Nota :.   Some of the pics are credited to my friend.  Ella.


Wednesday, August 3, 2022

Mesjid Sulaiman dilanda ribut

"Jika last year turun hujan air batu, tahun ni ai tak mo hujan air batu lagi, nak hujan ayam plak lah, nanti bleh agih2 pada kawan2 sebab kat sana ayam tengah mahal."   (Gurauan ai pada kawan2 di status wassap 2 hari lepas).

Tapi lain pula yang berlaku....




Malam tu angin bertiup  kencang, seram dan menakutkan.   Tapi sedapnya tido sambil berdoa ianya akan segera berhenti di esok pagi.    

Innalillahiwainnailayhirojiuun..

Pagi dapat berita mesjid tertua di Western Australia ini dihempap pokok.   Dulu sebelum pandemic biasa juga nampak pelancong Msia singgah solat di mesjid Turki ni.  




Pohon besar menyembah bumi.   




Ruang solat muslimah.  The damages are estimated to be in the hundreds of thousands of dollars.   Moga Allah ganti dgn yg lebih baik.   Aamiin YRA.



Video : Keadaan dalam ruang solat perempuan sebelum kejadian.   

Tuesday, September 24, 2013

Pengalaman Memanggil Bomba

"Asap apa tu??!!!".  Sedang ku asyik membasuh di balkoni malam semalam, IRP mengejutkan aku..


Alhamdulillah........ sib baik tak arwah.... kalau tak..



Bukan aku yg arwah....  maksud aku,  pokok2 tu.... sib baik la sempat diselamatkan, kalau tak, dah tak menghijau la kawasan perumahan aku ni, ibarat gurun pasir yg tandus beroasis dan aku pun terpaksa la feeling2 cam Sharifahlah!.  Naik untalah!.   Makan nasi maglubahlah!.


"Tak teruk kot Ma, kalau teruk mesti anjing2 guard tu dah kuat menyalak2".   Qistina  memberi hujahnya yg tersendiri.   

Resa aku pun kata macam tak teruk sgt....... tengok jiran2 pun macam relax je takde yg menjerit.... tapi rupa2nya makin lama makin meriah pulak.  IRP pula ada hujahnya yg tersendiri, dibimbangi api tersebut menjilat cable TNB.  




"Kebakaran??.  Yey!.  Nanti kita boleh pindah rumah!!.".  Hamboii... Shashal boleh pulak menjerit happy.  

Maka, kitorang pun panggil bomba dan bomba pun datang 15 minit kemudian. Termusnah impian Shashal nak "pindah rumah" sebab segalanya telah dapat diselamatkan.  Alhamdulillah.    Begitulah kisahnya karangan BM kita pada hari ini ye murid2.  Sekian.






Sunday, September 9, 2012

"Pesta 1 Malaysia" Di Highway Pasir Gudang yg sungguh mencemaskan (12 gambar)


Usai merayau  di  Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, kami mengorak langkah untuk membeli barang dapur di JJ Tebrau pula.... tapi tetiba di tengah highway...



Ribut taufan melanda..   inilah ribut paling dasyat pernah I nampak kat Malaysia buat setakat ni.. (paling dasyat tentulah di Bir Ali yg pernah I ceritakan dulu, ibarat filem Twister).


Apa pulak la kat depan tu?.

"Pokok tumbang la..."  Kata IRP...

Ha'a la... patut la keta depan tu tak bergerak... mari kita close up...



Mengenangkan tak nampak berlaku sebarang kemalangan jiwa, hati I tak de la gabra sgt ketika itu cuma  kebarangkalian paling teruk pun tentulah terpaksa tersekat lama dalam jem.. .. ah itu I tak kisah...  tapi tetiba..

"Better you gerakkan lagi keta you atas ni, pokok besar atas  tu pun  mungkin boleh tumbang"  Seorang pemuda tiong hwa yg sedang basah dlm hujan berkata2 pada IRP.

Aduhh ye ke?.   Tak terpikir pulak aku??.   Cemas aku tetiba.    Qistina mula merengek.  Shashal tetap tenang di kerusi belakang.

"Qistina pun dah terfikir dari tadi Ma...  ".   Aduh budak ni, menambah debaran aku je lahh.

"Maafkan saya... ini semua salah saya, lain kali kita takyah gi Pasir Gudang lagi, kita gi Angsana jelah..".  Shashal pula tetiba berdailog ala upin dan ipin..   Rasa bersalah pulak budak ni, padahal memang kami nak gi Pasir Gudang pun arini, banyak benda penting kena  buat di sana. 





Tak mungkin la pokok sebesar ni boleh tumbang... nauzubillah.  Keta kami betul2 tersekat kat bawah pokok besar yg mengadap flat ini.   Ya Allah selamatkan kami.



Luhurnya hati pemuda tiong hwa ini, berseorangan dlm hujan mengambil penukul dan cuba membuka divider.. dgn harapan kami semua akan dapat la buat U-Turn di situ.   Rasa bersalah, IRP pun  turun dan mengambil tool dlm keta untuk sama2 membantu.

Rupa2nya pemuda tersebut lg malang,  keretanya dah terperosok di balik pokok yg tumbang itu.... laaa kesiannya.



(Oh ya panggilan kpd pihak berkenaan dah pun IRP buat masa pkl 2.45 tadi).




Akhirnya dari 1/2 Malaysia tadinya (IRP dan pemuda tionghawa tersebut) kini  dah jadi 1 Malaysia pula, tak kira Melayu, Cina, India, Jawa semua turut turun dari kenderaan masing2  untuk bertungkus lumus membuka skru divider.  Hujan mula reda.  Hati aku kian lega..





"Pesta Satu Malaysia" Di Pasir Gudang.... 



Polis pun tiba..



Alhamdulillah berjaya dibuka akhirnya...  3.45 ptg ketika ini.   Syukur kepadamu Ya Allah, masih panjang umur kami.   Kalau tak... korang pun tak dapat la baca entry aku ni... :D

Update :  Difahamkan melalui berita di akhbar2 hari ini ... ribut tersebut membawa hujan air batu (sorry I dlm keta, jadi tak perasan akan kewujudan kiub2 ice tersebut)... dan lebih 30 pokok tumbang dan bumbung rumah banyak yg tercabut.



Mujur arini naik 4 wheel drive... dapat la "memanjat" ke ruang divider yg permukaan tanahnya lebih tinggi  dari tempat keta kami tersekat tadi dgn lebih mudah..



Kesian... di belakang orang masih ramai tersekat.


Nota :   Dlm islam, even hanya membuang seketul batu yg menghalang perjalanan orang pun dah dijanjikan Allah  pahala yg sgt BESARRRRR.... ini kan pula bertukul bagai di tengah hujan begitu...  terima kasih kpd semua rakyat Malaysia yg baik ati pada petang tadi.   Moga balasan kebaikan buatmu. Aamiin.

Tuesday, February 1, 2011

Entry Sedih Di Malam Yg Sepi

Banjir di Segamat.. (diupload pix ni atas permintaan seseorang.. maybe nk blk kg kot)
pix credit kpd Yatie Banjir di Kashmirku... (ini kg I yg tercinta)
pix credit kpd Lanique
Oh sedihnya..... kakak I, Ustazah S.A pun menurut MS tadi dah terpaksa berpindah ke rumah emak kami, maksudnya dah banjir sgt ler tu. Rumah Emak kami, nak kata kat atas bukit........ tak la juga... tapi dah takdir... memang jarang dilanda banjir yg teruk. Masa kecik-kecik dulu, siap boleh jelous lagi bila kengkawan bercerita keadaan rumah mereka dilanda banjir yg dalam... boleh berswimming2 kata mereka (teruk kan I.. boleh jelous2 plak....hehe). Bagi kanak-kanak.... banjir bagaikan satu pesta. Malam siang ditemani bunyi suara katak bersahut-sahutan..... rasa sungguh mendamaikan ketika itu. Bagi orang-orang tua pula, sudah pasti ianya mimpi ngeri yg paling ditakuti... hilang sumber rezeki (menoreh). Semoga banjir kali ini tidak terus berlarutan...kasihan org2 kampungku itu. JB waktu ini kembali cerah dan ini bermaksud, niat I untuk bermain jetski depan rumah hanyalah tinggal impian :P (sila jgn percaya). p/s : tapi paling sedih bila mendengar berita tentang nasib pelajar2 kita di Mesir di Buletin Utama TV3 tadi.... kesian kan... mereka tak diberi makanan...kita kat sini ni kalau banjir sekali pun nasib jugak ada ubi kayu..... semoga Allah melindungi mereka. Amin