Tuesday, October 16, 2012

Cara berjimat dengan tudung Ala Fareeda - hijab tutriol

Assalamualaikum w.b.t... semoga ceria di pagi ini.






Kan pernah I cakap.... I elergi dgn warna biru (turqoise) sebab bila pakai... I akan kurang ceria sepanjang  hari.  Mungkin mindset I dah programkan macam tu kot.   Tapi entah macam mana, satu hari tu dek kerana termakan pujuk rayu dengan sorang kakak penjual ni, boleh pulak dalam byk2 warna yg mengerlip kat situ I TERpilih plak warna ni (gambar atas) padahal I tak suka (tu la peliknya, dah tak suka tapi beli pulak.. menampakkan betapa  berjayanya kakak tu dlm bidang daya pujuk - sila contohi).

"You kulit putih, pakai apa2 warna pun sesuai" -  Biasa tak you all dengar skrip ni bila beli baju or tudung?.    I dah blacklist dah skrip peniaga memujuk pelanggan ni, sebab I pun bukan la putih sangat macam kertas...  (sebab tak semua warna I suka even mungkin sesuai di mata orang).

Tapi... don't worry, sebab tudung yg ala2 paridah ni kan ada tiga layer, so....jika kita tak suka dengan warna basic dia, kita masih ada cara untuk me"recycle"nya dari terbiar tak dipakai ....caranya ialah.... jeng jeng jeng... mari ikuti tutriol penjimatan berikut... (bagus berjimat2 ni... suami akan lebih sayang..:P, bayangkan beli tudung selai boleh digayakan jadi berbagai2 helai... kan berjimat  tuuu).

.
.
.
.
.
.
.
.


 Mula-mula...



Terbalikkan tudung tadi... maka jadilah camni.. warna akan bertukar dari biru menjadi hitam..  Magic tau ni.. David Corperfield pun kalah!... :D

Pastu pinkan di bahagian anak panah tu... (kalau tak pin lari plak kain tu masa kita pakai nanti... terkantoi plak yg kita pakai tudung terbalik... LOL). - gambar atas.




THEN...

Pastu kemas2kan la bahagian bawah dia (lihat anak panah), sematkan kerongsang kat situ hingga org tak terperasan ada jahitan tepi yg kelihatan (maklum la.. pakai tudung terbalik kannnn).  Then broochkan di bahagian leher.. maka akan jadilah macam ni... 


>

>

>

>


>
  

(AWAS...gambar orang belum mandi).
 terimalah diriku seadanya ye..

.

>

>












malas nak make up!


p/s :  Bagaimanapun tak semua tudung2 berlayer yg boleh direcycle macam ni, bergantung pada bentuk jahitan bahagian dalam tudung tersebut..sbb kalau terlalu kasar jahitan tepi atau awning yg dijahit terlalu ke belakang.. memang akan jelas la kita sedang pakai tudung terbalik.. so, kena pandai2 la meng'adjust'nya ye puan2... selamat mencuba dan berjimat!

6 comments:

  1. kreatif ni.... boleh pulak ye jd tudung recycle sb xkenan warnanya.... nk kena blaja teknik kreatif nijuga, tkle asyik sy kena marah dgn kakak sb sedekah tudung xberkenan kat anak dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kakak Aisy marah bg tudung kat anak dia?. takpe..bagi je kat I lain kali.. insyaallah dia tak marah lg. :D

      Delete
  2. terbaek la MM, ahaha xprasan ok tudung terbalik.kelassss gitu

    ReplyDelete
  3. Chaiyok! MM... Tahniah kerana being creative...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.