Monday, December 3, 2012

Cara Berurusniaga Dengan Pelanggan Dari Overseas

Memang la happy kalau dapat customer dari oberseas, mereka ni pulak jenis tak kedekut, semua nak diborong selagi boleh (bini tauke minyak gamaknya).... tapi dalam dok happy2, banyak jugak benda kita nak pikir, antaranya cara pembayaran.   Adik-adik... hari ni kita kembali belajar subjek Perdagangan ye. 

Ada beberapa  cara pembayaran yg boleh kita gunakan:-


1) PAYPAL

Paypal ni kita kena sign up pastu register kita punya debit card atau credit card. Bila dah ada acc, org luar yg ada credit card diorang boleh transfer duit ke acc paypal kita tu. Dari acc paypal kita boleh transfer ke acc bank kita.

----->    pembayaran guna paypall


2) WESTERN UNION

Caranya pelanggan akan pergi   cawangan bank yang menyediakan perkhidmatan western union di negara mereka, cara ini memerlukan maklumat nama penuh kita sbg penjual, alamat kita tinggal dan nombor ic, sebab pelanggan perlu isi maklumat ni dalam borang WU (western union) disana, .bila dah selesai pelanggan akan maklumkan pada kita SATU NOMBOR KHAS (jaga2 jgn bagitau org plak no ni, kira mcm no. password) nanti bila dah dapat nombor khas tu, kita simpan elok2. untuk keluarkan duit.. boleh keluarkan duit ni  kat pejabat pos pun ada khidmat WU ni atau bank2 tertentu pun ada khidmat WU, then  bila pergi pejabat pos minta borang keluarkan duit WU, isi maklumat berkaitan dan juga nombor khas tu, jangan lupa fotostat IC 2 salinan untuk simpanan pejabat  pos



3) MONEY GRAM

Money gram, konsep dia mcm western union, cuma dia boleh didapati di kebanyakkan bank2 utama di dunia.


Tapi bagaimana pun awas dgn SCAM gagak hitam.... jgn semudah2 membuat penghantaran barang sebelum wang ditransferkan.



berminat untuk berboria dgn  "bini tauke minyak" tersebut dgn memakai busana2 ni,  sila email ke : missmirror@ymail.com


Entah korang?.   Ada cara2 lain tak, sila share sikit.. ;).   Hai aku ni kalau boleh nak suruh diorang transfer guna maybank2u  je... tapi miracle bin ajaib la plak kan..


p/s :  "JIka kita ingin mengubah kehidupan kita esok hari, tentukan fikiran dan emosi kita berbeza pada hari ini." - Prof. Muhaya.

8 comments:

  1. boleh tambah pengetahuan walaupun saya tak ada pelanggan luar negara.. Ramai ke pelanggan dari luar negara, sam? wah, ni main bagus nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata terlalu ramai tu takde la, tapi ada tu mmg ada. Tapi kepala dok pening nak mikir kos postage yg tinggi.

      Delete
    2. Kos postage kan customer yg bayar? Ke sam yg bg kos tu murah? Dh ada sikit bgusla, lama sikit tentu akan ramai customer dr luar negara.

      Delete
    3. Memang customer yg bayar... tapi tak tergamak nak cakap dgn diorang klu dah poslaju caj sampai RM68 utk hanya sehelai baju. Mcm tak berbaloi plak rasanya utk diorang..hehe.

      Delete
  2. Intan suka kak mirror …knp? Sebab kak mirror memberi inspirasi kat intan utk terus maju dalam bisnes on9..hehe..tq kak mirror cayang..huhuh..Intan doakn biz akak sukses selalu..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer?. Thanks Intan darlingg... hehe.
      Kak Mirror pun tgh bertatih. Sama2lah kita berusaha dgn lebih gigih kan Intan.. kita boleh! Cewah!

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.