Monday, December 3, 2012

Cara Main Masak-Masak Di Hotel (The Garden)

Oleh kerana sebelum ni dah review tentang hotel The Garden ni (sila lihat entry berkurun yg lepas). Maka hari ni tak nak post gambar yg sama..  kita nak cerita pasal "Main Masak-masak Kat Hotel" plak utk rujukan anda yg suka travel secara berjemaah.


Cara-caranya ialah....

1).   Mula-mula - shoppinglah barang dapur di Megamall..
(kalau nak bawak berbondong2 dari rumah pun boleh.. suka ati anda la kan..)




ada 2 pilihan tempat nyoping dapur kat Midvalley kalau tak silap ... Carrefour and Jusco ( sepanjang yg I tau 2 tempat tu je la, ada lg lain ke?).


Sgt  mencabar bila masak speghetti tapi cari penapis tak jumpa (masa pegi yg last itu ari ada pulak),  maka terpaksa la sauk satu2 guna garfu masuk terus dari periuk ke dlm mangkuk (see, rajinnya Kak Mirror)... mujur hasilnya tetap cantik.. (silalah puji diri sendiri).   Tip - sila masukkan 1 sudu besar butter ke dalamnya.  Ceh.. mcm la org lain tak tau kan?.

Dan.... paling2 mencabar bila pisau pun takde... (tapi malas pulak nak calling2 operator... bab men'calling mmg aku paling malas, so jgn suruh aku).   Maka dgn penuh redhonya, I potong bawang guna 'pisau makan bergerigi' yg tak berapa nak tajam tu.




Tak usah nak pening2 masukkan pelbagai "binatang" ke dalamnya,  dah nama pun travel.... cukup sekadar beli apa2 je yg instant2. maka beli je la ayam kisar Ramly... (mikrowave disediakan... so, cepat la sikit nak cairkan benda2 tu semua sebelum dimasak).   Then leburkan ke dalam sos prego.  Oh ya... jgn lupa bawak  bawang dari rumah..


Lodeh anak Mak Lodeh.. Lodeh anak Pak Saleh... ha siap pun masakan lodeh aku..
perfect atau tak perfect itu belakang cerita (lupa beli ikan bilis, belacan pun takde).




Lokasi2 tempat nyoping di Megamall
utk rujukan  di masa akan datang.. (sapa yg tak dpt baca tulisan, 
bermakna proses penuaan anda sedang berlangsung... jgn risau
itu adalah proses yg  normal seorang manusia).


Kalau anda malas masak... 
makan kat Pancake House ni pun sedap..
tapi ni I tak tau pulak harga sebab SIL yg belanja...




ni yg paling sedap... crunchy2..










The Garden - apartment concept 





11 comments:

  1. bilalah sama boleh bersua dengan kak?

    opsss.. gitulah saya, suka soal orang tanpa beri salam

    assalamualaikum kak Sam sayang

    waduh..
    pepagi masuk sini, perut terus berkeroncong, maklumlah saya memang kuat makan.. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Ayu..
      Kak Sam pun teringin nak jumpa Ayu...
      hopefully one day, ada rezeki bersua muka.

      Delete
  2. tudiaaaaaaaaaaa...spageti lagi dimasaknyaa kat hotell..salute laaa

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi kak mirror..wah kalau macam ni, kalah chef hotel ..heheheh

    ReplyDelete
  4. i pun kalau bercuti dgn family dgn mak dan adik2, mmg selalu pilih yg konsep homestay punya accommodation, masak sendiri lagi puas kan, kalau nak makan makan rasa makanan tempat org tu ibarat "merasa" je, nak kenyang mmg kena masak hehehhe

    ReplyDelete
  5. Wah banyak jauh jalan?
    rindu sama itu MV.
    Try makan kat belanga rest dekat dengan org jual durian crepe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belanga rest?. Tak pernah cuba lg. Thanks for sharing info Cik Yong.

      Delete
  6. Salam...wahhh...fam vacation...
    Untung masak sendiri...puas hati sikit
    =)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.