Thursday, January 24, 2013

Kes Suami Lebihkan Isteri Muda, macam mana nak handle?

Salam maulidur rasul buat semua.


Tak nak tulis panjang2 hari ni, sekadar ingin memilih satu komen bernas dari seorang komentar terhadap masalah seorang isteri yg dimadukan kat sebuah page popular tapi sejak kawin dan suami dpt anak, suami dah jarang2 balik ke rumahnya (isteri pertama).    Kita yg baca ni pun rasa nak marah dan cekikkk je kan suami orang tu??.  Dah la  mak mentuanya yg suruh dia kawin baru...  Ish ish ish...  Ada jugak org yg mcm ni ye?.  Harap2 Mak Mentua aku jgn la mcm tu......hahaha.



"Maka apa nak buat?."  Tanya wanita sedih itu.  Ada byk jawapan2 diberikan, tapi satu jawapan ni menarik minat aku plak  utk kongsikannya di sini.. Bagi anda yg sama kes dgn "wanita terpilih" itu, boleh la renung2kan...





"Pernah temui kes sebegini. Seorang wanita mengadu pada arwah guru saya mengenai perkahwinan kedua suaminya dan sekian lama si suami  tidak pulang ke rumah selepas perkahwinan itu. Lantas arwah guru saya menyuruh wanita itu pulang melakukan solat taubat 7 mlm berturut2 memohon keampunan yg bersungguh2 kpd Allah dgn  ikhlas serta REDHA dgn ketetapan-Nya. 

Mengapa? Kerana wanita itu ingkar dgn Allah, tidak redha dgn perkahwinan yg Allah atur dan Allah izinkan terhadap suaminya. 

Selepas 1 minggu, wanita itu dtg semula dgn wajah yg cukup gembira kerana suaminya telah pulang... 

Moral: Jgn ingkar, tidak redha dgn Allah walau apa alasan (peristiwa) sekalipun.

"jangan pandang peristiwa, pandang pada PENCIPTA peristiwa".

Kata pengkomen tersebut...

p/s :   Dlm permasalahan kehidupan  kita yg lain pun, basicnya ialah satu.. belajar utk redha... itulah kunci utk kita kembali menjadi "siuman semula" setelah masalah demi masalah melanda.   Berat?.  Takpe... pelan2 usahkan.

SILA BACA NI JUGAK :   
Kisah-kisah Positif Wanita Bermadu

6 comments:

  1. Ooo insaf... Reflek utk diri sendiri... Tak ada yg mudah kan?

    ReplyDelete
  2. Salam Kak mirror...salam maulidur rasul buat kak mirror..sorry baru terjah..slow2 intan bw umah kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Intan..
      Kak Mirror pun agak sibuk lately ni... Line pulak tak berapa ok..
      hanya mampu membuat kunjungan balas
      pd yg singgah je..

      Delete
  3. suami tak adil, isteri disuruh terima dan salah isteri tak redha???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kerana tak adil.
      Tapi kerana suami berpoligami dan isteri tak redho.. impactnya akan timbul.. i.e :-

      1). suami jd tak adil.
      2). suami enggan balik.

      Wallahualam. Sesungguhnya kita insan biasa..

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.