Wednesday, January 23, 2013

Subjek Lukisan Sekolah Rendah

Mujur la Mummy Gee ada memberikan idea yang bernas dlm blog beliau tahun lepas...
Thanks Mummy.
Hari tu Qistina minta Mamanya buatkan lagi (buatkan lagi?.  Ya.. tahun lepas dah buat dah... tahun ni buat lagi)  "kentang cetak" utk kerja-kerja lukisannya.





Maka  kita pun keluarkan la segala khazanah2  dapur yg dah lama bersawang ini.
dan... sediakan la sebijik kentang yang telah dikupas..







Tahun ni Mama buat tak lawa langsung!.   Kesibukan melanda2....   Pastu ada yg I telap guna pisau je sebab tak de acuan yg sesuai berbentuk daun sebagaimana diminta oleh gurunya.  Tu yg nampak mcm tak smooth je tu.   Korang buat la lawa2 sikit....



Bubuh dlm "tipu"ware yg berisikan air baru la bungkus masuk dlm beg sekolah diorang... (masa snap ni dia dah balik sekolah dan kentang2 ni telah pun digunakan...sbb tu kecut semacam..).



Ini la hasilnya..   taun lepas punya lebih buruk dpd ni... yg ni kira ok dah ni..

Tip-tip jika anak ada subjek lukisan pada hari itu :

1).   Bekalkan mereka apron ataupun baju lain especially utk budak2 kecik macam Shashal tu... karang satu hal pulak kita nak menyental baju mereka yg putih tu bila dah  tercomot dgn water colour.

2).   Ajar mereka basuh tangan bersih2 sebelum makan, kang termakan kaler pulak.. :D.

p/s :   To all my customers.... kalau bank in duit, bagitau ye... sama ada melalui email/sms.... kalau tak susah tau nanti, proses jd lambat.  Pagi ni I ada urusan di luar.. so apa2 just sms je.



12 comments:

  1. mencabar betul jdi mak di zaman sekarang ni ye..., kena buat kerja seni jug ye...mak yg tak berseni macam saya ni parah la.,. adoi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mencabar Cikgu Aisy.... nak2 kalau time Mamanya tgh busy.

      Delete
  2. memori..dulu pun suruh mak jugak tolong potong dan ukir corak atas kentang

    ReplyDelete
  3. wah hebat la hasil tu miss mirror, sunflower gitu.Tip2 ini memang sgt perlu utk pgthn para ibu bapa di luar sana...*baru bw thn 2013 ni :)*

    ReplyDelete
  4. Kalau sekolah anak kakak cikgu memang dah pesan kena bawa t-shirt lain agar baju sekolah tak kotor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo I see... bagus la sekiranya mereka dah berpesan2, klu tak habis kotor baju2 putih tu semua Kak Zakie.

      Delete
  5. uhuk uhuk.... patut ler mummy tersedak2 ... rupanya ada yang mengingati diriku ini...ahaksssss.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..... asal anak2 suruh buat ni je saya mesti ingat Mummy.

      Delete
  6. tingat zaman sekolah rendah dulu..amek kentang wat bentuk mcm2 pastu cop2 atas kertas lukisan

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.