Thursday, September 12, 2013

Pesanan Dari Makcik

Assalamualaikum... haiii..

Makcik cuma nak update sikit je arini sbb Makcik dah nak keluar jap lagi. Ada urusan penting. Sebelum Makcik keluar, ada beberapa pesanan utk silent reader2 yg sudi berkunjung ke belog Makcik ni.. antaranya.....


Yg ni Makcik nak tujukan buat adik2 yg berendam air mata dlm entry Makcik yg diberi tajuk "Tip Mengembalikan Kekasih Lama". Sabor adik2 cumil ye..... selagi belum menjadi milikmu yg sah, beranilah utk melepaskan dia pegi, kelak kalau dia memang jodohmu.. tak akan ke mananya dia lari, dia pasti akan kembali padamu semula.




the end of love is not the end of life..........


Ini pulak untuk kawan ai ....  moga keratan ini menjadi panduan kpd beliau utk merealisasikan impiannya ritu.. 

"Pilih produk yang harganya patut-patut, marginnya nipis, namun mudah dijual dan banyak diperlukan orang. Tiap-tiap hari ada jualan. Biar untung sedikit, tetapi laku. Produk seperti ini sangat banyak manfaatnya, bukan hanya kepada pembeli, malah kepada phsycology kita sendiri. Apabila produk kita laku, setiap jualan meningkatkan self-esteem kita. Apabila self-esteem kita naik, ia meningkatkan perasaan percaya-diri kita. Setiap jualan menaikkan motivasi kita mahu menjual lagi, dan menjual lagi." Petikan dari ABS




Yang ini.......... alamak!.   Sedihnya Makcik nak cerita..... teringat kisah Ain tiap kali berlaku kes2 seumpama ini.


tapi  dah ajalnya begitu kan.....   sabor je la Makcik ye.   Pahala yg besar buatmu atas kesabaran.  Aamiin.

*Makcik dari Parit Buntar  ni kehilangan anaknya semalam sebab anaknya yg sorang lg berumur 4 tahun tetiba ambik kunci keta dan start engine, gostan dan terlanggar adiknya kat belakang.   Innalillahiwainnailaihirojiuunnn....


Kisah lain yg Makcik berminat nak cerita ialah... kisah Maid "memandrem"kan majikan dgn benda2 kotor yg hangat diperkatakan mutakhir ini.... yulkkkkk!!!.... tapi masa tak mengizinkan.... inshaa Allah, lain kali la kita story mory ye.  K.bai.



nota :  hari ni bebudak cuti UPSR

6 comments:

  1. motivasi oagi ye sam... kes budak tu , saya pun ada baca tadi.. kesian tu.. semoga tak ada yang berulang

    ReplyDelete
  2. sangat seriau tiap kali baca kisah anak-anak kecil ni..bukan tidak diberi pengawasan...tapi kadangkala memang lesap tanpa disedari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nafisa. Tak kan kita nak ikat diorang kat badan kita 24 jam pulak kan?. Hahaha...

      Delete
  3. bestnye blog..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya yg tak seberapa..:)dan kita bertukar2 link

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.