Monday, November 11, 2013

Cerita ibu dan anak di dapur

"Kelas masakan" untuk si Ain pada hari ini...




Pelajaran pertama ialah.. cara2 menyediakan  sambal tumis utk digandingkan dgn roti gombal!.    (klik kat tulisan biru tu utk resepi penuh).


Ain :   "sambal ni pun sama mcm sambal nasi lemak ke Mama?".

Mama :  "Ya ler... sama, sambal tumis sesuai dimakan bersama nasi lemak, ubi rebus dan juga lempeng pun boleh".










pelajaran kedua ialah menu malas a.k.a  daging rebus..



Ini hasil uli mengulinya...  ROTI GOMBAL yg menjadik!.   Tahniah ye.
Mama pesan apa tadi?.   Kalau adunan tu mcm keras je... tambah air (tapi jgn
byk sgt tau), uli dan terus uli sampai dia jadi bulat dan smooth tak berderai.  Then baru perap hingga dia kembang.



yg ni Mama yg masak dan tak termasuk dlm syllabus pada hari ni,   sbb last year Mama dah ajar kan?.


Mama halalkan segala ilmu yg telah dipelajari, moga Ain jadi wanita yg cemerlang, gemilang, terbilang, pandai masak taraf2 Chef hotel 5 bintang!.  Aamiin.....  eh nak tambah lagi... moga suatu hari nanti  Ain dpt suami yg soleh dan membahagiakan Ain!. Kekeke...



  



8 comments:

  1. wahhh ain...dah pandai masakkk..menjadik pulak semuanyaa..kagummm aunty di sini..jeles aii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih perlukan pemantauan juga Linda.. maklum, baru 15 thn.

      Delete
  2. roti gombal tu mcm sedap. mintak resepi dgn cara membuatnya siap tips boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Nafisa - arakian sebenarnya resepi roti gombal tersebut telah pun ditepekkan di belog ini bulan lepas. Boleh klik kat label RECIPE. Klu susah utk ditemui, nt I update link kat entry ni ye. Cek it out!. Tip2nya... tak susah, sama mcm buat pizza, klu keras adunan tu tambah air sampai boleh diuli. Pastu biar kembang... tumbuk2. Bulat2kan kecik mcm buat roti. Biar kembang lg...tumbuk2 lg utk keluarkan angin, baru leper2kan. Biar kembang lg.. then goreng tanpa minyak.

      Delete
  3. wah, pandainya sam, ajar anak dara menguasai ilmu masak sejak remaja lagi,, untung siapa yang jadi suami si ain ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara dia tgh cuti ni Aisy. Hari2 persekolahan mmg tak berpeluang sbb stay kat hostel.

      Delete
  4. Wahh Sam lepas ni boleh duduk atas sofa jea,
    Sam, kasi itu resepi Roti Gombal.. manyak sedap
    Gombal yang Yong tahu = Kain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan dua je dpt duduk atas sofa, Hajah Yong.... sementara cuti2 sekolah je ni.

      Resepi?. Dah tulis dah kat link ni -->
      http://sam-puansyurga.blogspot.com/2013/10/roti-gombal-rasa-dia-tak-sehodoh-namanya.html

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...