Saturday, March 1, 2014

Wanita Cantik Tak Pandai Masak?

Kengkawan aku kalau terbaca entry ni.... mesti spontan mereka akan berkata...

"Ooooo si Sam curik gambo aku!!!". 

Ha'ah darlings.  Mmg hasil curian dari gambo2 yg korang share kat wassap pun, tapi seharusnya anda perlu berbangga sebab gambo2 ini diupload UNTUK MENIDAKKAN tajuk di atas.  Wah!.  Silalah berterima kasih di atas pujian melangit dariku itu.


Ya ler puan2...."SIAPA KATA WANITA2 CANTIK TAK PANDAI MASAK??".  Gang2 sekampus aku yg cantik2 ni telah membuktikan bahawa tuduhan itu tidak benar.. 


Di balik keanggunan dan kelentikan jemari  mereka (dahulukalanya lah.. skrg tak pasti la plak aku lentik lagi atau tak  sbb dah lama tak nmpk)... tak kusangka...bila dah kawin dan beranak pinak, pandai pun diorang jadi "orang".  Wah!!.  Tepukan gemuruh utk kengkawanku ini.   Clap clap clap!


Ok.... kita tengok apa yg jelitawan2 ini dah buat di dapur mereka... layanzzz!!


Cengkodox dari Datin Y..   Mesti dia akan marah sbb dlm byk2 gambo yg dia share, gmbr cengkodox plak yg aku upload.. hehe..
ini pun dari dia..

Yg ni pulak dari Madam Rose..  BOILED ORANGE CAKE kata dia.... wahh... bunyik pun dah menyelerakan...  bagus si Rose ni selalu mengingatkan aku supaya jgn beli handbag... wakaka.. thanks Roseku kerana mengajarku erti zuhud.


Ini dari si jelitawan Ana (kejelitaannya mmg jadi bualan hangat di zmn2 keremajaan kami.)...  Chocolate cheese yg lazat.


Datin Z a.k.a Akak Gebuz je yg dah lama x upload pix makanan... busy gamaknya.

Tak relevan langsung kan bila org kata... masakan sedap  ikut jenis tangan????.


Jadi berdasarkan hujah2 di atas,  saya (berubah jadi "bersaya2" sbb kengkonon tgh kat atas pentas), saya sbg pihak pembangkang perbahasan ini, memang tidak bersetuju dgn tajuk di atas.  Sesungguhnya yg arif,  jemari2 bukan penentu kemahiran memasak tetapi usaha dan keikhlasan.     Sekian.   Terima kasih.




Ok lupakan kisah tentang jelitawan2 itu, aku nak interfram gak cerita ttg diri sendiri sepanjang pagi ni sbg rujukan di kemudian hari.  (difahamkan si Ain pun dah jarang masuk belog Mama dia, jd Mama dia xde masalah nk upload pix makanan lagi).


Aku takde masak apa sgt tadi... ni je kegilaan aku skrg... meratah salad.. Breakfast tadi cuma speghetti, lunch pulak cuma masak ikan merah asam rebus + ikan kering + sambal belacan.




p/s :  Korang2 yg jelitawan di luar sana, hari ni masak apa?.  



2 comments:

  1. UAI kata perempuan kalau TAK PANDAI masak tak apa, janji RAJIN MASAK. Kalau dah rajin2 masak sure lama2 pandai le masak tu... betul kan kan kan. Tapi kalau dah le tak pandai masak tak rajin pulak emmmm memang hampeh la....hehehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hampeh kalau cenggitu Mummy.... rugi je si suami byr hantaran mahal2.... hahaha..

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.