Showing posts with label Kengkawan Aku. Show all posts
Showing posts with label Kengkawan Aku. Show all posts

Monday, August 18, 2014

Beraya Dengan Kengkawan Sekolah (5 gambar)

Bagi aku..... dlm usia2 aku yg sebegini, tiada hadiah paling berharga dari seorang suami... selain mengizinkan kita menjejak kasih kengkawan lama dan mengizinkan kita utk masih berhubung dgn mereka.  Pertemuan dgn kwn2 lama sebenarnya satu terapi awet muda paling berkesan, mengatasi segala SPA2 kat dunia ini.



Tapi pastikan, bawa sekali pasangan anda supaya mereka sama2 dpt menjalin ukhwah dgn kawan2 kita... dan begitu juga kita... perlu saling beramah mesra dgn isteri2 kengkawan kita.  Jgn plak kita mengkhinati kepercayaan pasangan kita ye puan2.. tak baik tau mcm gitu!. Mmg nak kena cubit!.  Especially utk anda yg ada ex2 tu ler.... mcm aku ni... lain ler... sbb takde exborpen pun kat kelas aku, kelas lain mungkin ada... haha... gulp!.   Sila contohi Ahkak Mirror ni ye adik2 gugurl semua, sekolah utk belajar..  bukan utk bercinta.    Bluekkk... poyo!.   Muntah la jika suka. 


Ok... mari layan gambar.. kata itu ari rindukan gambo aku, nak tengok tudung raya aku... ok, dgn senang hatinya hari ni kukongsikan... tp jgn menyesal plak bila dah tengok... abaikan mukaku yg kelat.... kalau tersengih sgt, nanti aku nampak gedik (imej consultant aku yg kata... kekeke... sila jgn percaya).




Bersama Cikgu Azie dan Kak Peah.. (isteri kawan aku).










Banyak rumah kami singgahi pada hari tu... rumah Amir paling last.



Kat rumah Amir cuma mampu snap gambo kuih kocinya yg sedap ni... sebab segan, tetamu dia  ramai... dah mcm majlis menyambut menantu.


Thanks kpd semua yg menjemput.  Sorry Rizal (kwn sekolah rendah) yg tak sempat kami singgahi, sebab sampai P.Gudang dah petang.  Tentu majlis pun dah abis.



p/s :   Thanks sayangku IRP sbb sudi menemani isterimu ini. 


Saturday, August 9, 2014

Random Photos - Raya Mood

Angkara  kecikaian  hp cap tikusku..
ditambah dengan kebutaan IT yg melandaku 
sejak perkembangan IT semakin pesat ni..
SD card aku  selalu full berakibat dari 
ketegaran bergroup wassap..


Nak ditelan masuk perut tak muat..
dibuang pula sayang...
maklum... aku ni kan penyayang...
apatah lg bila kengkawan tersayang yg
mengupload..   mcm tak tergamak plak nak 
delete mcm tu je..
Maka.... dengan penuh kesopanan
aku nyahkan semuanya kat sini..
sambil2 tu kita bercerita akan rahsia di balik 
gambar yg tersirat..







Roti tortilla?.  Karya Datin Z...
Ni mesti menu utk org datang beraya ke rumahnya..
lupa plak aku nak tanya..

Bahan2 filling spt di atas ye..
roti pita tu beli siap je sudah Dik Non..
kalau aku.. mmg tak koser la nak 
buat doh bagai...






Sebelum raya aritu.. aku pun ada beli 
bangkit cheese ni dari Aim (x-classmate)
tapi lupa nak snap.  Akibat sedap sgt kawan aku ni buat..
blom sempat raya dah abis Qistina ngan aku 
makan..

Gambar sumbangan Aji.





Now, baru aku tau kenapa org suka
snap gambo makanan sebelum makan..
bukan kerana mereka  mental arithmetic
sebagaimana tuduhan pakar2 kesihatan..
tapi mereka sebenarnya nak belajar platting..
serious ni!!.   :P.   Baca kisah benar di bawah.


Alkisah...
Rumah MIL aku buat open house ritu..
Kat situ baru aku terpikir.. 
peri pentingnya kalau org rajin snap gambo 
buffet2 kat hotel.. atau apa2 jelah..
yg cantik2 berkaitan makanan..  ko boleh tiru bulat2
cemana dorang potong kek, buah2an, sayur2an.. dsbnya..
Ironinya ko akan dpt satu hidangan yg  cantik .. 5 bintang!
JADI!!!.
Idak le ko jadi mcm aku ritu..
entah brapa kali aku tanya Mak Mentua aku..
"Mcm ni ke Mak cara potong dia?".  
"Mak...  buah tu nak potong mcm mana?"
"Sayur tu nak susun macam mana Mak?.  Mak!!.  Mak!!!!!!!!!!".
Senonoh je kannn..... jatuh kredibiliti sbg menantu mitahli.


Nasib la MIL aku tak kisah..
"Ha... ya, mcm tu..".   Jawab MIL aku.. 






Gambo sumbangan Azie...
Orang kata -  beli baju kat Kota Tinggi, Johor berbaloi2 rega dia..
(kalau kita pandai tawar menawar)...  aku tak tau sgt, sbb dah lama tak ke sana pun..

























Simpan jap resepi serunding raya Datin Z ni...
sebarang kesilapan ejaan harap dimaafkan... bukan 
aku yg taip tapi Kak Ai..  thanks Kak Ai darling!!!.





Haha... aku suka yg ni.   But no comment.






Hari ni ikut hubby gi open house rumah kawan dia.   
Mood menggedix masih ke laut... tapi tetap ada hati nak snap
gambo kat rumah orang..
jadi  masih dgn mood gambar sekerat.. sbg kenangan.

Saturday, March 1, 2014

Wanita Cantik Tak Pandai Masak?

Kengkawan aku kalau terbaca entry ni.... mesti spontan mereka akan berkata...

"Ooooo si Sam curik gambo aku!!!". 

Ha'ah darlings.  Mmg hasil curian dari gambo2 yg korang share kat wassap pun, tapi seharusnya anda perlu berbangga sebab gambo2 ini diupload UNTUK MENIDAKKAN tajuk di atas.  Wah!.  Silalah berterima kasih di atas pujian melangit dariku itu.


Ya ler puan2...."SIAPA KATA WANITA2 CANTIK TAK PANDAI MASAK??".  Gang2 sekampus aku yg cantik2 ni telah membuktikan bahawa tuduhan itu tidak benar.. 


Di balik keanggunan dan kelentikan jemari  mereka (dahulukalanya lah.. skrg tak pasti la plak aku lentik lagi atau tak  sbb dah lama tak nmpk)... tak kusangka...bila dah kawin dan beranak pinak, pandai pun diorang jadi "orang".  Wah!!.  Tepukan gemuruh utk kengkawanku ini.   Clap clap clap!


Ok.... kita tengok apa yg jelitawan2 ini dah buat di dapur mereka... layanzzz!!


Cengkodox dari Datin Y..   Mesti dia akan marah sbb dlm byk2 gambo yg dia share, gmbr cengkodox plak yg aku upload.. hehe..
ini pun dari dia..

Yg ni pulak dari Madam Rose..  BOILED ORANGE CAKE kata dia.... wahh... bunyik pun dah menyelerakan...  bagus si Rose ni selalu mengingatkan aku supaya jgn beli handbag... wakaka.. thanks Roseku kerana mengajarku erti zuhud.


Ini dari si jelitawan Ana (kejelitaannya mmg jadi bualan hangat di zmn2 keremajaan kami.)...  Chocolate cheese yg lazat.


Datin Z a.k.a Akak Gebuz je yg dah lama x upload pix makanan... busy gamaknya.

Tak relevan langsung kan bila org kata... masakan sedap  ikut jenis tangan????.


Jadi berdasarkan hujah2 di atas,  saya (berubah jadi "bersaya2" sbb kengkonon tgh kat atas pentas), saya sbg pihak pembangkang perbahasan ini, memang tidak bersetuju dgn tajuk di atas.  Sesungguhnya yg arif,  jemari2 bukan penentu kemahiran memasak tetapi usaha dan keikhlasan.     Sekian.   Terima kasih.




Ok lupakan kisah tentang jelitawan2 itu, aku nak interfram gak cerita ttg diri sendiri sepanjang pagi ni sbg rujukan di kemudian hari.  (difahamkan si Ain pun dah jarang masuk belog Mama dia, jd Mama dia xde masalah nk upload pix makanan lagi).


Aku takde masak apa sgt tadi... ni je kegilaan aku skrg... meratah salad.. Breakfast tadi cuma speghetti, lunch pulak cuma masak ikan merah asam rebus + ikan kering + sambal belacan.




p/s :  Korang2 yg jelitawan di luar sana, hari ni masak apa?.  



Wednesday, July 13, 2011

Kawan I sesat Di Hutan Jelebu bersama anak-anaknya

Semalam ingat nak chat lelama dengan si Comei, tetiba dikejutkan dengan satu berita bekas classmate aku si Anep Bukan Nama Sebenar, dah semalaman tak balik-balik sejak masuk ke dalam hutan Jelebu bersama dua anaknya.

Dah macam-macam terbayang kat kepala aku ni, teringatkan kes Datuk Sos, teringatkan kata bini Anep melalui smsnya kepada kengkawan yang kata kat sana kelmarin tengah hujan lebat, takut tanah runtuh. Naik risau gak la kami kengkawannya ni kan... menunggu2 update di FB sampai dah berderet2 dah thread. Paling risau mengenangkan 2 orang anak-anaknya yg masih kecik tu la kan... bayangkanlah cemana, dah la budak lelaki kan kuat makan.. ni lagi kalau tak jumpa makanan.

"Ala tak risau la... orang kalau dah biasa masuk utan, mesti tak panic". Kata suamiku, IRP bila aku nyatakan bad news ini kepadanya.





Hutan Jelebu - ikhsan Google



terbayangkan kalau-kalau ada rimau..


Betul la bagai dikata oleh IRP, akhirnya malam tu mereka berjaya ditemui. Ok, ini I copy paste je la cerita dari bini si Anep Bukan Nama Sebenar ni... tak pandai plak aku nak mengarang ayat ala2 novelis.

"Ceritanya gini...diorang ni pi jelebu utk memantapkan lagi skill pemanduan 4X4 ni, perginya 5 kereta seramai 9 peps termasuklah anak I yg 2 org .. 7.30 pagi keluar rumah, breakfast at Batu 14 ulu langat then off they go..tada lah tapau makanan..sbb planning nak keluar lunch..tiba kat sana..dah layan trail yg seronok ni..hujan lebat..tapi sekejap jer lah..then jalan masuk yg tadi dah berubah disebabkan tebing sungai runtuh, diorang pusing lah nak cuba keluar ikut tempat lain, tapi makin lama makin menaik jalannyer, then ada lah a few accident...spt tersangkut..kena potong pokok buluh and so on.

They all decide nak overnite then keluar esok pagi sbb dah letih dan tak mkn..food mmg limited..bak kata haniff soup ada tapi sepeket..roti 2 keping...so mlm tu derang share2 lah apa yg ada..pagi bangun sambung lagi cari jln keluar yg selamat..sampailah rescue team dpt hubungi diorang2 ni..tu pon ikut petunjuk awan dan matahari sbb map tak ada..so kira masuk jln lain..tapi keluar about 7 kilos away..dlm 4.30 mcm tu selamat lah jumpa jalan keluar..nampak jer family and fren mmg sedih sgt lah..muka dah pucat coz 2 hari tak mkn..sian my boys tada tenaga dah...mkn roti canai pon lahap..ada jugak yg gigil2 mkn..but alhamdulillah..cuma luka2 ringan..tada yg serious cuma penat dan tada tenaga..skrg mereka2 ni tengah berehat di rumah..."

Alhamdulillah.. semuanya selamat akhirnya..

bayangkan kalau aku terpaksa tido dalam utan pastu jumpa bendalah ni... hee seramnyaa..


Sebagai bukti penceritaan... ini gambo 3 beranak yg sedang keriangan. Tak pasti la aku, ni gambo time mereka baru sampai ke setelah dah keluar ke... wallahualam, tak sempat aku nak tanya, dia dah izin cerita ini dipaparkan pun dah cukup menggembirakan aku (sebab IRP nak tau cerita sebenarnya). Yang penting mereka dah pun selamat dan yang pastinya dua anak-anak Anep bukan nama sebenar ni telah melalui satu pengalaman paling berharga dalam hidup mereka... sama la macam abang aku si MS yang pernah sesat di hutan Jengka selama 4 hari. (kusangkakan 10 ari.. lupa la, cerita ni dah lama la katakan..10 tu utk figure 10 orang).
Korang pernah ada pengalaman? Sila-silalah share ye...