Sunday, September 28, 2014

Yang Terindah Hanya Sementara


Aku cemburu ok bila kawan2 aku dapat panggilan baitullah tahun ni.  Hey!!.  Kat sana.. jangan lupa doakan aku tau!.   Tambah cemburu lagi bila Arab Saudi mengisytiharkan taun ni sbg haji akbar.  


Ada banyak pendapat berkenaan Haji Akbar:-


  1. Dikatakan haji akbar adalah kerana haji lebih besar dari umrah (umrah adalah haji kecil). Rujuk khutbah Rasullulah SAW pada haji wada'.
  2. Dikatakan haji akbar adalah kerana bersamaan dgn haji yg dilakukan spt haji Rasulullah SAW yg jatuh wukufnya hari Jumaat.
  3. Dikatakan haji akbar kerana kemuliaan wukuf haji yang jatuh bersamaan hari Jumaat yang dimuliakan (kerana hari Jumaat sendiri hari raya).
  4. Dikatakan pahala haji pada hari Jumaat adalah diberi pahala bersamaan 70 kali ganda haji org yg mengerjakan haji. Pahala yang banyak yg memberi motivasi kepada dyufur rahman utk melakukan dgn bersungguh2 dan cemerlang pada hari wukuf.
  5. Di bumi kita, ada tempat yg paling mustajab doa iaitu di Tanah haram, Mekah.  Di Mekah, tempat yg paling mustajab iaitu Multazam (hanya  berkeluasan 2 meter pjg dan boleh memuatkan 4 org shj).  Tapi Allah SWT telah menjadikan hari wukuf di Arafah semustajab dgn berdoa di Multazam.

  6. Subhanallah, bayangkan orang yg berdoa di hari yg dimuliakan, atas nusuk (perbuatan haji) yg disyariatkan bersamaan dengan haji wada'.
       Wallahualam.


    Amir Khan adalah salah seorang yg menerima "kad undangan" dari-Nya.
    pix credit kpd link yg tertera di atas.

Mudah2an adalah giliran kita pula nanti ye..  aamiin.   Jgn takut utk pegi ke Tanah Suci.  Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun.



YANG TERINDAH HANYA SEMENTARA


Ini pula cerita petang semalam.     Kisah kejakonan.






Balik dari menyinggah kat kedai buah, mendongak ke langit nampak awan cantik berwarna warni.  Subhanallah memang cantik!. Sayangnya tak bawak DSLR.. snap ler pakai hp cikai ni tapi kaler yg cantik tu tak kelihatan pun..  apa punya hp da!!.  


"Cepat Bah.. cepat Bah.. drive cepat sikit, Mama nak ambik camera ni".  Qistina memujuk abah dia.  



Sampaikan umah2 orang pun  kita snap... haha..  Maklum ler on de way nak balik rumah.   Beberapa org jiran aku pun dah keluar2 depan rumah dan snap2 gambo.


Dlm hati aku terus  berharap.. cepat2 la IRP drive biar cepat sampai rumah.. nak ambik DSLR.  Tapi bleh plak dia menylowkan keta sbb nak meninjau2 org tukang rumput buat keja keliling taman.  Adehhh.... somi aku ni!!.  Hancus, terkubur impian aku dan Qistina.  Sampai rumah dah ilang dah awan nano yg cantik tu, yg tinggal hanya awan2 kelabu yg modom.  Sesungguhnya yg terindah hanya sementara.



4 comments:

  1. Untungnya kan insan2 terpilih yang dapat buat haji tahun ni. Moga diorang sempat buat yang terbaik dan kita juga bakal dipanggil nanti..

    Lawa dah tu walaupun tak guna dslr. Haha.. agaknya abah diorang sengaja nak mengusik sam tu.. sengaja lambat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun Aisy.. abah dia saja nak mengusik.

      Delete
  2. in sha Allah ada umur.

    cantik awan berarak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya in real lagi cantik Kak Nor... ada pelangi2 di sekeliling awan tu.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...