Tuesday, October 28, 2014

Tip Melupakan Bekas Kekasih Hanya Dengan Sekali KLIK

Menyingkap entry bertajuk "Tip Mengembalikan Kekasih" dlm entry Kak Mirror yg lampau, dpt dilihat rata-rata  menemui jalan buntu.  Kak Mirror pun sampai tak dapek nak menolong.


Udah... kalau "si dia"  enggan kembali.  Lupakan terus.  Jgn jadi stupid.  Kak Mirror ada satu cerita nak kongsi ni...  kisah kawan Kak Mirror yang telah berjaya melupakan pakwe lamanya dengan sekali KLIK..   bayangkan sekali KLIK je tau... lupa terus jejaka yg selama ini menjadi pojaan hatinya.  Canggih tak?.






Sinopisnya adalah begini :  


Puan M sudah berkahwin... tapi entah macam mana tah, walaupun sudah berkahwin dan memiliki sebuah rumahtangga sempurna, ingatannya pada bekas kekasih masih meluap2 (dosa tau Dik Non, dah kawin jgn terkonang bopren lama, ianya adalah satu DOSA).    Mungkin sebab masalah rumahtangganya yg kian meruncing membuat bisikan ablasa selalu berlegar2 dan mencuit2 hatinya utk mengenang masa silamnya yg sudah berpuluh tahun ditinggalkan.


Meski pun begitu, Puan M masih ada iman, sekadar terkonang2 camtu je ler.. tak lebih dari itu... tapi kami sbg kawan2nya ni kadang rasa nak termuntah gak la bila dia asyik nau terindukan fatamorgananya itu. Dah la jejaka tu yg lari tinggalkan dia.  Dah beranak pinak dan bahagia pula dengan bininya.  Tak ke pelik tu??.   Kira macam syok sendiri pun ada aku tengok dia ni... keh keh keh.


Tapi Puan M patut bersyukur sbb dikelilingi sahabat2 yg selalu mendoakannya, dan berusaha menyelamatkannya dari lembah neraka.

  



"M...  oiii dia dah tua la..  ko takyah la nak rindukan dia lagi".  Tegur N, kawan kami dalam wassap group yg berprestij itu.

"Aku yakin... lepas aku tunjukkan satu gambo ni... ko akan hilang selera".  N memang agak rapat dengan lelaki itu.   Berbanding aku yg tak berapa mengenalinya.

Jadi, aku pun sama2 tak sabar nak tengok apa yg bakal diupload oleh si N ni...  Si M pun apatah lagi.  xbopren dia kan.. mestilah berganda2 tak sabornya nak tengok.


toink toink....   deringan notification wassap, tanda gambo telah diupload.


Satu wajah lelaki yg kian berusia muncul di paparan.    Sebab terkesima sangat tengok dia lain nau berbanding dulu, aku sampai tak sempat menaip apa2..

Si M pun terdiam agak lama... mungkin terlalu asyik membelek gambo tersebut yang merupakan bekas kekasih pujaannya selama ini.


"Nah!.   Amacam??.  Ko masih mahu rindukannya lagi??".  taip Puan N, disusuli icon menjelir lidah yg panjang.


"Gulppp!!!.    N..... Usaha kau telah berhasil!!!!.  Ko telah berjaya menyelamatkan aku.   Heee... tak hensemnya dia sekarang.   Hahahaha ".  balas M tanpa rasa bersalah.   


"Hahahaha..    Selamat bermimpi yang indah2 M....".   kata2 terakhir kami sebelum say good nite dan membiarkan M melayan perasaan.


"Hahahaha...... Yey!.  Aku telah berjaya.  Terima kasih sabahat2ku".  Balasnya lagi.


Alhamdulillah.   Berjaya akhirnya usaha2 N utk menyelamatkan sahabatnya itu, selama ni puas pujuk dan nasihat pun macam tak berhasil, kali ni dgn sekali KLIK terus berjaya.... M mcm baru tersedar dari terpukau bahawa Yg hensem tak selamanya hensem!.  Sampai ko nak puja2 bagai nak gila meroyan siang malam lupa somi, lupa anak.  Ha gitu!!.   


Namun ini bukan la bermakna seolah2 fizikal jadi taruhan.  No!!.   Sekadar usaha utk tidak membiarkan M terus hanyut   terigau2  dgn bayangan kacak masa silam yg semuanya hanya bersifat sementara.   Kira mulia la jugak niat kami tu kan... walau kedengaran agak zalim?.  Hahahaha.. 


Teringat satu ayat omputih ni...

"You keep forgiving them until you unlove them..".   

Teruskan memberi maaf.. kerana dengan berdamai dgn masa lalu mungkin mampu memudarkan rasa... jadi tawar hebeh.


p/s :   tapi kan... org kalau dah cinta, fizikal bukan lagi ukuran...  mungkin cinta si M ni pun sekadar luaran kot..... keh keh keh... jgn marah M.  Aku gurau je tau!. 

2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.