Tuesday, September 15, 2015

Bertahan Atau Bercerai?

Assalamualaikum  w.b.t..


Gembira hati bila melihat  kawan2 yg mulanya  dilambung badai rumahtangga di usia mudanya, berakhir dengan kebahagiaan di usia tua mereka,  berhoneymoon ke sana ke mari.   Terdetik dalam hati, mulianya hati si isteri mampu memaafkan kesilapan suami yg pernah mencurangi.   Mak salute Dik Non..




Semalam, TERbukak balik fb aku yg dah lama diactivate.  Semua gara2 rindukan Mak aku. Tak sangka bertubi pulak message dlm inbox.. ( oh glamer jugak aku ni ye.. kekeke... ramai pulak merindu).   Oh bukan itu isu yg nak kupersembahkan kat sini ye.. tapi tentang message yg kuterima itu.   


Kesiannnnnnnnn.............. Sob sob sob sob.   Sedih hati  mendengar keluhan hati seorang wanita ni.. suami nak ceraikan dia... angkara tergila2kan ibu tunggal beranak 5.  Selama ni aku sangka beliau dah bahagia.  Almaklum ler...usia perkahwinan pun dah lebih 20 tahun lebih.  Umur pun dah hampir 5 siri. Tak siapa menduga, dugaan itu yg perlu beliau hadapi di saat anak2 dah besar, di saat2 yg sepatutnya suami perlu selalu ada di sisi menghabiskan sisa2 tua bersama.


"Ahhhhhhh kau carik je lain....  buat apa di simpan lagi lelaki seperti itu???!.  Dia dah lama buat hidup kau sangat menderita.  Kau balik je dengan pakwe lama kau!!".      Syaitan dalam hati aku berbisik2 menghasut... tapi..hehe...sebenarnya cuma dalam ati je la. Gila ke apa aku nak cakap cenggitu,  nak runtuhkan mesjid orang... tak baik kan.  Biarlah dia sendiri yg membuat keputusan.




"Aku masih sayangkan perkahwinan ini, aku kalau boleh tak nak bercerai".   Ujarnya... walau ini adalah kali kedua beliau dicurangi  (kali pertama, masa di awal2 perkahwinan).   Aduhh.... tabahnya kan?.



Begitulah antara rentetan perjalanan dlm liku2 kehidupan seorang isteri yg setia, (yg tak setia memang ler tiada tangisan dlm kamus hidup mereka sbb dah ada pilihan lain kann?).    Ok, arini aku nak sinopiskan beberapa episod perit yg pernah dilalui oleh kengkawan aku yg pernah dicurangi dan cara2 mereka menangani.

Kisah I

Puan J (bukan nama sebenar), seorang wanita jelita.  Apabila mendapati suaminya curang dgn seorang gadis,  berlaku la beberapa babak  air mata.  Pagi itu beliau mintak izin  dari si suami utk tido kat rumah kawan...  (of coz ler kena mintak izin, kang dituduh nusyuz plak..tinggalkan rumah tanpa izin).   Then, tiap kali suami pegi keja...  Puan J balik semula ke rumahnya, menjalani rutin isteri macam biasa... masak, mengemas rumah sekemas2nya. Selesai semua tugasan, naik Teksi.. tido blk rumah kwn.    Si suami pula tetap tido kat rumah itu tanpa isteri dan anak2 di sisi (gaknya sibuk dating dgn pompuan tu). 

Then, berlakulah episod itu selama sebulan, sehinggalah 1 hari... dah bosan gaknya suami dgn pompuan tu,  mereka pun slow talk, mencari jalan damai.   Akhirnya perkahwinan itu dpt diselamatkan dan kedua  mereka bahagia hinggalah sekarang.  Alhamdulillah.  


Kisah II

Puan P pula (juga bukan nama sebenar) tidak menduga suaminya akan mencurangi beliau.   Dalam lelehan air mata, memandulah dia bagai hilang arah tak tahu ke mana arah ingin dituju.   Last2 dari Kedah hingga ke Johor menjadi saksi tangisannya itu... punya jauh beliau memandu.  Kebetulan kat Johor ada sedara,  tinggallah beliau kat situ meninggalkan suami dan anak2 kat rumah.   Di Johor, si sedara tadi bawak berjumpa ustaz dgn niat untuk "mengubat" suami yg gilakan balik kekasih lama.   

Berkat kesabaran dan usaha2nya itu, Allah mengizinkan untuk menyelamatkan kembali rumahtangga mereka.  Alasan suami ialah...  "isteri terlalu sibuk dengan anak".    Laaaa pulak.  


NOTA :     KELUAR RUMAH HARUSLAH MEMINTA IZIN SUAMI YE PUAN2..


Kalau MIL aku pulak bagi tip, gaduh cemana sekalipun sesuatu pasangan itu..  biarlah sebumbung, kurang2.. boleh bacakan yassin or whatever sbg mencari jln penyelesaian.

Masing2 punya cara kan.. asalkan usaha perlu ada.

Alamak!.  Dah maghrib la... babai.
Esok aku kembali menjalani rutin seorang student,   cuti semester dah berakhir daaa......   maaf kalau tak sempat berkunjung balas.. itu petanda aku busy dgn assignment.


Nota :.  

Bahaya sebuah penceraian kerana ia akan meranapkan institusi kekeluargaan. Mcm mana anak2 nak dididik dgn islam yg sempurna andai ibu dan ayah mereka berpisah kerana dalam Islam ibu dan ayah mempunyai peranan masing2, tapi ajal, jodoh dan pertemuan semua adalah rahsia ALLAH..moga kita semua beroleh keluarga yg sakinah, mawaddah dan warahmah.  Aamiin.


7 comments:

  1. Tips MIL Sam tu sama dengan pesanan mak saya. Akak saya yang suaminya meninggal tahun lepas tu amalkan macam tu, bila suaminya tiada tu, beberapa bulan dia xleh tidur, sb tak lena bila tidur sendiri. Selama ni tidur berbantal lengan suami.

    Daripada kisah Sam tulis ni dan juga saya dgr drp kenalan saya, kalau seorang wanita tu sayang anak dan perkahwinannya, ramai yang memilih sabar dan bertahan..dan betul insyaAllah berkat sabar tu perkahwinan akhirnya dpt diselamatkan.

    ReplyDelete
  2. Selagi seorang isteri sayang pada rumahtangga maknanya isteri kena taat pada suami.Kalau dah tak boleh taat, bercerai adalah lebih baik supaya masing2 boleh cari kebahagiaan baru. Kerana hidup ini sementara dan kita akan ditanya dihadapan Allah nanti. Jadi, pastikan hidup didunia ini boleh menjamin kita ke syurga nanti

    ReplyDelete
  3. singgah sini..
    salam perkenalan daripada saya follower #900

    Jom folo saya

    ReplyDelete
  4. Asam garam rumah tangga sentiasa di uji walaupun usia dah 5 siri.

    ReplyDelete
  5. Sabar dan redha shj selagi suami tak mengganas naik kaki tangan dan gagal bagi nafkah. Saya udah lalui semua itu.

    Lain padang lain belalang. Ada belalang ganas ada belalang kurus keding menderita. ekekekeke... Serious..

    ReplyDelete
  6. Adoi...seram dengar cerita pasal suami terpikat kat perempuan lain ni..sob sob..jauhkanlah dari hidup kita semua..

    ReplyDelete
  7. Nauzubillah...moga mereka yang tabah terus tabah

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.