Sunday, October 25, 2015

Adakah Berkain Batik Tak Comey?

Bilakah kali terakhir anda berkain batik?.  (Soalan apakah ini Kak Mirror??).

*soalan busy body.  Ha2..

Rindu sangat nak berkain batik. Kat Malaysia dulu pun jarang pakai tapi sekurang2nya ada jugak stok dlm almari utk ada2.   Sejak stay kat sini selai pun tak kubawak.  

Tetiba semalam singgah satu kedai tu ada orang jual kain perca.  Bongkar2 terjumpa sehelai ni..   Begitulah kan.. kalau dah rezeki, duyung di laut pun bertemu juga.  (Idiom rekaan sendiri).

Mesti anda tanya brapa rega kan?
Betul nak tau?.  Jgn jeles kay??.



3 RINGGIT MALAYSIA SHJ....
Tapi sorry... tak yah nak berkirim bagai, tinggal 1 ni je org tu jual. Itu pun entah2 org hadiahkan dia pastu tak reti pakai.. then dia jual. Hihi.. mandai je aku buat kongklusi.


Apa lagi... sampai rumah terus jahit (ai jahit pakai tangan uu!!.  Ko ado?).

Adakah berkain batik itu mengurangkan kecantikan isteri?.

Emmm..... tengok pada cara pemakaiannya la kot.   Kalau berkemban mestilah tak comey.  Tapi kalau dilipat elok2, dipadan dgn t.shirt sesuai warna kulit, tetap berseri dipandang.   Mak mentua pun bertambah saaaayang... nak2 kalau mentua jenis org2 lama yg persekitaran mereka penduduk2 desa yg tak suka pompuan bercelana -( ada tau org2 zmn dulu... pakai seluar pun org sok sek sok sek).

Btw, ikut selera suami masing2 la kan... kalau suami pun jenis tak berkain pelekat, kita pun kena hargai usahanya itu utk tak berkain batik di hadapannya. Pakai time dia outstation je.

Kay bai.

6 comments:

  1. Lawa juga kain batik tu..
    Ha, betul tu.. kalau suami jenis tak suka kita pakai kain batik atau apa sahaja yg dia tak suka tu, kita usahakanla elakkan pakai benda tu.. ada suami yg suka si isterinya nampak kemas dan istilah kemas tu bergantung kepada minat si suami tulah.. yg jenis kena mekap nipis walau di rumah tu, adoi rasa rimasnya

    ReplyDelete
  2. Pakai masa nak solat je...aci tak,,..selalu sy pakai track suit je kat umah

    ReplyDelete
  3. kawan saya cerite..suami die suka die pakai kain batik kat rumah..sesksi kata nya dari die berseluar pendek ketat.. ngeeee... kaaaann.. mata orang ni lain2.. :)

    ReplyDelete
  4. Pakai bju kelawar hari2 MM..kain batik takut tersingkap bila tidur..hihi

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.