Sunday, September 18, 2016

Menghadiri Kenduri Kendara

Assalamualaikum..

"Wudhu adalah simbol penyucian hati.
Jika telah berwudhu, solat.. tapi hati tetap kotor.. maka......"   ada sambungan dari Ustaz tapi aku hilang fokus, batuk melanda2 memecah kesunyian surau.

Tekak gatal!.  2 botol mineral telah menjadi habuanku malam ini.   Hay fever telah melanda.  Moga Allah berikan kesembuhan segera. Aamiin.

"Sakratulmaut untuk orang2 kafir tidak menyakitkan berbanding kita, Allah lakukan semua  itu sebagai pengguguran dosa2 kita".  Sambung ustaz lagi.


Sedap sungguh tuan rumah memasak. Paling laris sambal belacan tempe.   Tak sempat mencungkil rahsia kerana beliau sibuk turun naik memunggah lauk pauk.  



Pavlova dari kami utk mereka..
Lelehan buah markisa di atasnya...
bukan idea yg menarik pun 
sebab aku tak suka buah tu kot..


Ini pula kisah Aidil Adha..

Sebagaimana ku kata..
Aidil Adha di Perth meriah..
Semalam masih berlangsung Eid Carnival 
walau telah seminggu raya..




Term break telah berjaya menggemukkan aku.   Sayangnya ianya bakal berakhir hari ini sebab esok aku kembali ke kuliah.





   Antara makanan2 yg terjual.. satay, nasi morrocon, gozleme dll.




Ini pula kisah pagi ini..
Magee panas dari suami khas utk isteri yg demam.




2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.