Thursday, December 1, 2016

Gambar2 Musim Panas

Gambar panas!!


Salam Jumaat...


Semanis apa pun kejadian saat ini ia tidak akan kekal dan suatu masa akan menjadi kenangan.   Yg kecil menjadi dewasa, yang muda menjadi tua.

Sepahit apa pun keadaan.. ia juga tidak bersifat kekal.   Suatu masa bila ianya sekadar nostalgia... kita pula akan terasa2 manisnya kejadian itu.   Apatah lagi jika disertai diari bergambar...


Terima kasih kepada yg meninggalkan komen di blog ini.   Aku sebenarnya dah blogwalking cuma adakala tak meninggalkan jejak... menjadi halimunan. Ada blog2 yg baru aku follow dan aku tertarik.. especially yg menghadiahkan paparan2 gambar, diary kehidupan,  keindahan alam.  Terasa dekat di hati.. terasa Malaysia ada di depan mata..

Kerana itu...  sebagai balasan, aku hadiahkan pula gambar2 di persekitaranku.. tapi malangnya tak banyak sebab aku tak sempat nak buat semua tu bila keluar rumah.

Kekangan masa menjaga permata2 hati yg memerlukan belaian.   Pernah semasa kat kelas... tetiba Qistina mengadu sakit perut dan akhirnya aku terpaksa memonteng satu subjek penting kerana bergegas pulang.

Tapi...  bantuan Allah selalu ada bila kita redho,  aku dikurniai sahabat2 yang ikhlas meringankan bebanan (maksud aku.. dlm kelas) dan juga trainer2 yg baik hati.  Betul kata orang, jadi perantau ni.. penyerahan diri pada Allah secara total kerana kita tiada siapa2.






Ni sebenarnya pizza... tapi topping2 semua kat dlm jadi inti.



Walaupun murah dan cenonet.. entah kenapa aku suka sangat cincin ni.  Mungkin sebab first time kot sejak pindah sini dpt beli emas... err tapi bukan kat kedai emas pun... dan bukan 916.  Aku just suka sbb design dia yg simple.



Cuaca Perth panas terik lately ni... kerja menyidai bukan lagi masalah.    Teringin sebenarnya nak selfie kat atas rumput dgn gaun putih ala2 princess.. haha...sebab bagi aku... lalang musim panas  memiliki nilai2 estetikanya yg tersendiri, malangnya tiada siapa sudi jadi camera gurl... so bakul jelah sbg proksi.



Saja aku rakamkan mesin basuhku yg buruk ni sebab dia suka nyusahkan aku..  dah antik dah...  jap lagi nak let go kot.



Kingspark


Surat cuti Qistina..


Sejak Mamanya sanggup memonteng kerana menjaga dia, Qistina sangat terharu sampai peluk2. 

Sekian.  

3 comments:

  1. Seronoknya merantau di tempat orang.

    ReplyDelete
  2. Alaaaa ambil le gmbar bergaun putih ala2 princess, kitapn nak tgok gak... ~_^

    Qistinakn ada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...
      Umi, anak2 saya paling tak suka jadi jurugambar.. tambah2 lg tgh cuaca panas ni.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.