Wednesday, May 24, 2017

Cara Berbaju Raya Di Musim Sejuk

Assalamualaikum uollzz!.
Masa memula beraya kat sini, kawan2 kat Msia menyakat bila  ai upload pix sekeluarga dgn jaket di pagi raya.

"Amboi Cik Sam... westernnya!".


Actually, kita pun nak merasa juga bergaya dgn  baju2 tradisional kebanggaan kita.  Boring jugak asik berjaket walau dlm jaket itu sebenarnya terselindung sehelai busana raya blink2.  Lagi pun raya setahun sekali.




Sekadar pix hiasan. Pix credit to my fren.

Ai ingat tahun ni mungkin berjaya kot beraya tanpa jaket tebal lagi setelah mengambilkira idea seorang kenalan ni.

"Saya tak pernah beraya dengan baju sejuk, saya pakai "baju panas" dlm baju raya saya.  Sayanglah dah beli jubah lelawo, tapi pakai kat dalam pulak".  Ujar wanita yang kutemui di sebuah butik baju.  Ai tak kenal beliau.

Lantas ai teringat... my hubby ada belikan thermal utk Ain dan Qistina di awal kemunculan kami kat bumi Aussie ni. Mungkin thermal kot yg wanita itu maksudkan?.  Ke benda lain?. Hihi..
Sapa2 ada pengalaman. Pls share.

Ai tak pernah pakai mendalah thermal ni sebab cari2 kat pasaraya dah  tak jumpa masa tu.
So...  hari ni try cari.. ada pulak,  itu pun atas pertolongan sales girl. Beli 2 helai!.


Tapi mcm tak logik je ia mampu menampung kesejukkan?.   Mcm nipis je uoll?.  Haha...  Entahlah... kita cuba je la ye.  Standby jugak ler winter coat nanti.  Doa2 la mudah2an semua tempat yg diziarahi menyediakan heater.



Sinonim tentang kisah raya,  nak cerita jugak mangkuk raya.
Heran ai... kenapa ye stok2 corelle macam dah tak berapa ada kat sini?.  Bukan takde langsung... cuma mangkuk2 corelle yg berpenutup dah tak ada di rak mcm dulu2.  Ooo korang yg abiskan ea?.  Sudahnya ai beli je pyrex ni.  Actually utk persediaan sahur. Senang guna mangkuk2 kecik ni. Jimat tenaga nak basuh.  Haha.


2 comments:

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...