Friday, July 28, 2017

The Power Of Fitting Room

"Please don't be long.."   Ujar seorang
 salesgirl  kepada setiap pelanggan yg hendak masuk ke fitting room.  Tak seorang pun mengangguk, sekadar bergegas masuk.

Anda rasa, wajar ke ucapan sebegitu?.  In my personal opinion la kan.... ayat tu macam tak berapa cantik sgt.   Lebih baik tulis kat dinding je, orang pun tak kecik ati.

Tak banyak yg ai nak cuba ketika itu, sekadar sehelai blouse dan sepasang kasut.  Tapi dgn keadaan kita yg berpakaian berhelai2 angkara cuaca.. pastu dgn shawl yg berbelit2,  3 minit tak mencukupi untuk berada di bilik tersebut.

Gambar sekadar sebagai penyeri.. tiada kaitan dgn entry.


Pendek kata,  fitting room pun boleh jadi asbab untuk ai tak jadi beli sesuatu busana.   Lokasi pun memainkan peranan.  Kadang dah kepit kat tgn berhelai2 pun kansel beli sbb fitting room  jauh tersorok.

Berbalik pada kisah kasut tadi tu.. ye, ai jadi beli sebab dah keperluan serta murah (tapi balik rumah nyesal sbb tak sedap di kaki),  tapi baju tu ai tinggalkan pada gadis monyok  tadi sebab peruntukan masa yg sikit sebegitu tak menyempatkan untuk ai berangan depan cermin. "Hantu dlm cermin" blom sempat hasut ai utk beli kot sbb terkejar2 masa.

Kalau berbelanja baju di expo pula, selalunya memang tak ada fitting room. Tapi penjual2 kat sini sangat percaya dgn customer,  selalu dorang minta ai bawa baju2 tu ke bilik air untuk dicuba.. walau bilik air bermeter2 jauhnya dari pandangan mata mereka. So far.. ai tak pernah setuju cadangan mereka itu sebab tak selesa.. end up memang tak jadi beli.

Begitulah peri pentingnya fitting room ye uollz jika anda berjualan baju. Dan cermin pun sangat penting.

p/s  :   ke ai sorang je yg cerewet mcm ni ye?.  Customer is always right, btw.






5 comments:

  1. Rimaslah Sam jika tetapkan masa gitu.

    Lagi 1, saya cukup tak suka dorang ikut jer sepanjang kita pilih baju, dalam kes gini, walaupun ada yang berkenan di hati, letak balikpun ada, tak jadi beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Umi. Merimaskan bila dipesan2 sebegitu!.
      Saya pun cukup tak suka diekori. Tapi alhamdulillah situasi tu tak jumpa kat sini sbb awal2 dorang akan tanya sama ada kami perlukan pertolongan or just happy looking.

      Delete
  2. Kalau ada y Q tunggu kt depan pun rasa tak selesa. kna tmabah lagi fitting room

    ReplyDelete
  3. Betul tu...kalau saya pun de mood nak try baju kalau kena tegur macam tu....sekarang beli online je ukur badan sendiri...haha...senang cerita

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...