Showing posts with label Ilmu Physcology. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Physcology. Show all posts

Wednesday, December 20, 2023

Pernah tak berkecil hati sebab hadiah yg anda beri tidak dipakai?.

Adakah pernah terlintas di fikiran anda untuk mengetahui sebab sebenar mengapa seseorang tidak pernah memakai hadiah yang anda berikan?. Mungkin, pada pandangan pertama, rasa kecewa menyelubungi hati anda. Tetapi, bagaimana jika terdapat satu plot twist menarik dalam cerita ini?


Terbayangkah anda bahawa orang tersebut mungkin memiliki kegemaran yang unik. Mungkin, mereka menghargai setiap item hingga ke tahap sayang untuk menggunakannya.   Di sini ai contohkan kisah sendiri. 


Akibat suka sangat dapat set cutlery ini masa nak masuk dewan kursus di KL aritu,  sampai sekarang sayang nak guna.   Sebab dia comel dan boleh dipatah2kan jadi kecik dan dimasukkan dalam handbag Doraemon.   Amatlah sesuai untuk orang2 OCD yang mana nak makan fries pun guna garfu.



 

Selama ini ai pun mungkin  dah buat "Cashier Baik Hati" di sini bosan. Hanya memesan kotak kentang berharga 5 dollars meminta pula garfu tambahan (di dalamnya ada set tisu pula tu).

Disclaimer :   Jangan ditiru habit ai yg tak elok ni ye puan2.  Uollz bawak je sanitizer atau air basuh tangan dlm botol. Jgn biarkan keunikan seseorang mengubah tabiat kita yang baik.

 




Tapi tu la.. sampai skg blom diguna.  Nak tunggu sampai desperate dah tak jumpa "Cashier Baik Hati", baru nak guna.



Jadi, sebelum terlalu cepat membuat kesimpulan kenapa hadiah yg anda beri tidak dipakai, mungkin kita boleh bersikap lebih terbuka terhadap perspektif dan keunikan setiap individu. 


p/s.  :.    Shawl yang my SIL hadiahkan pun ai nak pakai untuk raya sebab cantik sangat.  

Monday, January 16, 2023

Neurographic Art Hilangkan Trauma

Tak tau lah sejauh mana keberkesanannya.  Dikatakan ianya mampu menghilangkan trauma, anxiety dsbnya  atas izin Allah S.W.T.    Ok juga. At least untuk mengelakkan diri dari tertulis masalah di sos med atau bercerita pada orang yg salah.

Seni neurografi (neurographical art) ialah satu kaedah untuk mengubah ketakutan dan kecemasan hati kita menjadi sesuatu yang lebih mendamaikan dan menenangkan. Ia dicipta oleh ahli psychology Rusia, Pavel Piskarev pada tahun 2014.




Caranya ialah.. ambil marker dan kertas.  Tulis di belakang kertas itu apa yg ingin anda luahkan.  

Now. Boleh mula melakar sambil menjerit (jgn kuat sangat pulak, terperanjat jiran).   Maka terjadilah lakaran mengikut rentak jeritan anda itu.  

Tak semestinya perlu menjerit pun.  Ini sekadar contoh saja.  Nama pun luahan kan?.



Setelah itu, jika terdapat biku2 tajam di antara garisan2 yg bersambung itu, tumpulkan (dengan melakarnya sekali lagi hingga menjadi cembung).   Ibaratnya yg tajam2 itu adalah masalah anda, maka kena buang.

Dicadangkan lepas siap semua lukisan neurographic itu, warnakan cantik2. Boleh juga dichanting menjadi tudung.  Setiap kali orang pakai, anda pun teringat.. "Kecemasan dan ketakutan anda bukan lagi kelemahan kerana telah menjadi perniagaan.".    MasyaAllah.

Oh ye... ai bukan pakar untuk bidang ini, sekadar memblogkan apa yg ai terbaca.  Boleh tulis di ruangan komen jika anda ada pengalaman dengan ilmu Allah yg unik ini.


Wednesday, March 17, 2021

Tip Menghilangkan Kebencian dan Mampu Memaafkan

Tanda2 orang yg bertaubat ialah hatinya telah lembut memaafkan. Tapi kita ni hanya insan yg penuh kekurangan kan?.  Tanduk2 muncul di awangan tanpa jemu menghasut kita saban hari.  Moga tip2 berikut  mampu membantu anda dan saya dlm mengurangi trauma tersebut seterusnya menjadi wanita yg ayu, classy dan berpendidikan.   Beauty with brain.  Wakaka.. 



Gali Sejarah Silamnya

Cara untuk mengurangkan  kekesalan dan kejengkelan pada sesorang yang pernah mengguriskan hati ialah...... menggali sejarah silamnya.  Mungkin di situ ada satu jawapan, mungkin di situ akan terlahir empathy.. lantas akhirnya anda BERJAYA memaafkannya sebagaimana Nabi SAW ampunkan umat.


Mengikut kajian, tidak la seseorang itu bersikap "pelik" tanpa sebab..  Semua bermula dari akar. Mungkin dari episod2 luka masa lalu dan perjalanan hidup yg penuh ranjau. Mungkin juga kesan2 sbg mangsa2 penderaan, mangsa buli, mangsa body shaming, selalu dikhianati atau mungkin rasa insecure atas kurang percaya diri yang keterlaluan.  Persekitaran yang langsung tidak membantu proses pertumbuhan jati diri.  Sering diperkecilkan, dibezakan atau rasa tidak dihargai.  Mungkin mangsa buli di sekolah. Disisih rakan. Lantas tumbuh menjadi insan pendendam yg menjengkelkan... hingga "tanpa sengaja"  anda pula yg menjadi "tong sampah" dan manifestasi mereka untuk dihumban segala yg pernah terbuku sekian lama.  Segalanya mungkin..begitu lah kalau mengikut kajian physcology.


Anggap ianya satu "Penghormatan".

Tall poppy sindrom ialah budaya di mana org2 yg "berstatus tinggi" dikritik, dibenci, diserang kerana pencapaian mereka lebih menonjol dari yg lain contohnya di sekolah atau Uni. Twist la plot cerita dgn menganggap ianya sbg satu "penghormatan" sebab jika anda bukan kategori tersebut anda tidak mungkin melaluinya.

Andainya anda org yang gagal, yang tak punya apa2, yang tak pernah berjaya, tiada sesiapa yang sudi mencemburui ataupun membenci anda.

Dengan kefahaman yang betul ini, anda akan mampu memaafkan haters, malah anda akan bersikap positif terhadap mereka.


Persekitaran yg toxic juga menyumbang kpd sifat2 yg "pelik" tersebut.


Kenang Saat Manis

Tip seterusnya.. kenang kemanisan yg pernah tersemai.  Mungkin ada, walau hanya sebesar zarah.  Tapi sekurang2nya ada.   Sebagai contoh.. seorang boss selalu menjengkelkan anda, membentak2, bercakap sinis, malah memalukan anda di khalayak ramai.. aduh giler!!.    (Ini contoh sahaja ye.. tiada kena mengena dgn yg hidup mahu pun meninggal).  Tapi cuba ingat balik, sekurang2nya mereka pernah berbesar hati memilih anda dalam ribuan orang yg hadir ke temuduga. Bukankah itu juga suatu jasa?.


Kaji Hikmahnya

Orang yang membenci kita adalah orang yang dipilih oleh Allah untuk memuliakan diri kita dgn cara yang tidak kita suka. Bila kita faham ujian dari Allah, maka kita akan berterima kasih pada orang yang membenci kita, kerana telah mengajarkan kita untuk bersabar.   Dgn sabar, in shaa Allah kita dapat menuai pahala.


Antara contoh penderaan emosi semasa kanak2..
Ketegangan suami isteri di rumah memicu kpd stress anak3, ia menyuburkan sikap iri hati.



Next..  memaafkan.. tapi kurangi percakapan. Cakap bila perlu saja... dan yg indah2 saja.  Lebihkan senyuman.  Tak dibalas sudah.  Hihi.


Sekali pun belum mampu melupakan sepenuhnya segala peristiwa pahit yg pernah mencalar tangkai hati... tapi pelan2 kita cuba melembutkannya.  Moga menjadi asbab terpenuhnya tabung2 amalan sbg tambahan2 amalan2  yg sedia ada yg mungkin belum mencapai standard piawaian buku amalan dari tangan kanan.   Bila anda kenang semua itu.. anda akan bersyukur dengan segala tragedi pahit yg pernah menimpa.. sebab sekurang2nya bukan diistidraj dan terus leka.  Alhamdulillah..


Lapangkanlah dadamu sebelum matamu terpejam. Keikhlasanmu akan berbalas bahagia yang mungkin waktu ini masih Allah rahsiakan.



Friday, June 19, 2020

Astagfirllah

There is no growth without some pain.
Sometimes we have to go through the worst
to get the best.

Try the attitude of accepting difficulty instead of getting aggravated by it. It's a lot more peaceful.

Once we accept difficulty as part of life, and as an opportunity to develop a stronger self, a stronger mission and vision, a stronger empathy, a stronger love, everything changes.  Inshaallah.






We're only here for a short time. Once this day is over, it's gone forever. The space in our mind is too valuable and precious for us to fill it with nonsense. So, try not to over complicate things.

Stop putting so much pressure on ourself to do all the things we feel we "should" do.  Just do what we can and let the rest go. We are all going through times of change and it's high time that we give ourselves a break.


The best solution for all our problems in this world  is beautify our relationship with our Creator and watch all our worries, hardships & difficulties dissappear.

Make constant istighfar (Repentance) with every breath day & night and watch the miracles inshaallah.

“Astaghfirullah al-’Azeem al-lazi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum wa atubu ilaih ”

ْأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
.
(I seek the forgiveness of Allah the Mighty, Whom there is none worthy of worship except Him, The Living, The Eternal, and I repent unto Him).




Yes PKP or any problems associate with it  would be daunting but how about if we  stop complaining and look at the big picture.

Nota :.  Big picture ni maksudnya kita kalau tengok lukisan.. harus tengok secara menyeluruh.. contoh gambo awan bila lihat hasil crop mmg nampak macam awan gelap.. rupa2nya bila diperlihatkan satu frame.. maka terlihatlah ada burung2 berterbangan riang, pokok2 yg segar.. ada pelangi dsbnya.  Begitu juga masalah.. lihat hikmah..


Do trust me.. if we threw our problems in a pile and saw everyone else's, we'd grab ours back. So don't compare our self to others.


Always remember that happiness is actually not about getting what we want all the time, it's about loving what we have and being greatful for it.

Sbg contoh..

"Jangan berharap PULUT DAKAP..  hargai jari jemari yg kita dah sedia ada.. jaga hingga mulus dgn selalu mencuci beras.. selagi tak mulus.. tak lawo pun pakai.. kekeke..".


Well.. back to the topic.
Comparison is the thief of joy. 
It's time to accept, this is you, and you got to spend the rest of your life with you.


So start loving your awkwardness, your weirdness, your unique weakness,  your real skin colour, your everything! It will make your life so much easier to simply be yourself.


P/s. :.  Pohon2 yang akarnya kukuh.. akan tertawa kecil bila terdengar bunyi ribut taufan..  IMAN dalam diri itu lah akar.

Saturday, June 13, 2020

Makan Tido.. Sengih.. Tapi Disayangi. Pakai2 kot?. 😅

A simple act of kindness has the power to change a life.

A prayer, a phone call, a text, a card, a visit, a smile, a "hi.. how're you going?", a like, a "good morning..".. a "assalamualaikum..", a meow, a meng (my Joko's sound when he needs something),a home-cooked meal,  a comment, are a few simple acts of kindness..





After a while tak naik bas.. semalam ai try..
Sebagai satu bentuk "jogging".. sebab untuk menaiki bas.. kita perlu berjalan jauh ke bus stop..

Dan seperti sebelum2nya... sapaan mesra dan senyuman drebar wanita berambut perang itu memberi satu energy yg tersendiri.   That is also a kind of simple kindness..


Di belakang kerusi berdekatan.. semua dah diikat dgn line kuning tanda "social distancing" bermakna penumpang dilarang duduk di situ.. sejak musim2 covid ni.


Di awal kemunculan Covid, 3 bln yg lalu.. seorang drebar dah kena jangkitan.. tapi alhamdulillah dah sihat kot..






Begitu juga Joko.. walaupun sekadar makan tido, jalan2, sengih2, kadang masam muka.. tapi bila kita sedih dia pun konon2 sedih tanda empathy..  itu pun satu bentuk kebaikan yg tak boleh dijual beli.
Bunyi "purrr.. purrrr.." itu mempunyai satu keajaiban menenangkan jiwa pemilik2 kucing sedunia.


Mcm tu la ropa Joko bila nampak 
sesiapa bersedih.. pastu bersuara..
"Meng..??" (bukan Meow).
Bermaksud.. "Why?".
Kekeke..



Begitu lah the power of kindness...
Bukannya bila orang ada masalah or whatever..
Kau tambah lagi nasi tambah..
Jadi BATU API..
Hmmmmmmm.....


P/s :

Smiling is such a powerful form of communication. Remember, smiles can be detected from our eyes too!.  So, don't forget to smile even while we're wearing mask.

Thursday, October 17, 2019

Tangan Yg Menaip Mampu "Membunuh"

Walaupun ai bukan kategori peminat cerita Korea, pun bukan peminat cerita Hindustan (eh pelik kan ai ni.. dilahirkan dlm keadaan tak obses dengan tv) sapa lagi yg macam ai ni sila angkat tgn.. tapi cerita Sulli bunuh diri tu tidak ler pulak ku ketinggalan mengikuti.

Tu lah sebabnya ai anti betul dengan pembuli cyber, body shaming lebih2 lagi.  Suka hati lah kalau sapa2 nak jadi gemuk ke.. kurus ke.  Anak dia cun ke tak cun ke...Asal dorang tak mintak speghetti dgn kita .. eh ai skg suka mkn speghetti tau..  mana tau kot jadi tinggi lampai.  Hahaha... Gurau. 

Netizen mampu membunuh.  Bunuh mental. Jangan kita menjadi sebahagian dari mereka.
Teman2 lama juga tak terkecuali.. boleh  juga membunuh jiwa kalau jumpa2 tetiba cakap....

"Ehhhhhhhhh. Kerepotnya kauuuuuu!" (Ini contoh sahaja ye).
"Ehhhh napa gemok naw ni??.  Lain sgt dengan dulu..".

Tak baik kan cakap camtu?.  Kita tak tau masalah mereka, entah2 tersalah mkn ubat atau apa kan. Atau mungkin mangsa sihir cicak kubin ke atau sihir katak!.  Atau anak2 kuat menyusu badan.. atau thyroid. Ah entah lah kita tak tau masalah apa yg melanda mereka.. so don't judge what you don't understand.

Btw... utk yg jadi mangsa, dihina itu sebenarnya merupakan satu rahmat.   Dengan itu kita boleh belajar memperbaiki diri,  mencari apa yg terkurang.   Kalau manjang dipuji pun tetap ada tak baiknya.  

Solution??.   Setiap entry kena ada solution ye.

Credit to KKM


Beruntung lah kita dalam Islam ada doa2 pemanis wajah.  Sama ada rajin nak amal atau pun tidak.  So, tiada istilah hodoh ye.   Yg ada Sama ada berseri atau tak. Ustazah2 sekeliling ai ni walau tanpa make up pun cun je... jelez ai, mungkin terbit dari hati yg bersih dan husnuzon kot.  So.. hindari dari asik buat hal dgn orang nanti muka bertukar suram macam percikan kayu api neraka pulak. Kekeke..  bye.. assalamualaikum.

Friday, July 28, 2017

The Power Of Fitting Room

"Please don't be long.."   Ujar seorang
 salesgirl  kepada setiap pelanggan yg hendak masuk ke fitting room.  Tak seorang pun mengangguk, sekadar bergegas masuk.

Anda rasa, wajar ke ucapan sebegitu?.  In my personal opinion la kan.... ayat tu macam tak berapa cantik sgt.   Lebih baik tulis kat dinding je, orang pun tak kecik ati.

Tak banyak yg ai nak cuba ketika itu, sekadar sehelai blouse dan sepasang kasut.  Tapi dgn keadaan kita yg berpakaian berhelai2 angkara cuaca.. pastu dgn shawl yg berbelit2,  3 minit tak mencukupi untuk berada di bilik tersebut.

Gambar sekadar sebagai penyeri.. tiada kaitan dgn entry.


Pendek kata,  fitting room pun boleh jadi asbab untuk ai tak jadi beli sesuatu busana.   Lokasi pun memainkan peranan.  Kadang dah kepit kat tgn berhelai2 pun kansel beli sbb fitting room  jauh tersorok.

Berbalik pada kisah kasut tadi tu.. ye, ai jadi beli sebab dah keperluan serta murah (tapi balik rumah nyesal sbb tak sedap di kaki),  tapi baju tu ai tinggalkan pada gadis monyok  tadi sebab peruntukan masa yg sikit sebegitu tak menyempatkan untuk ai berangan depan cermin. "Hantu dlm cermin" blom sempat hasut ai utk beli kot sbb terkejar2 masa.

Kalau berbelanja baju di expo pula, selalunya memang tak ada fitting room. Tapi penjual2 kat sini sangat percaya dgn customer,  selalu dorang minta ai bawa baju2 tu ke bilik air untuk dicuba.. walau bilik air bermeter2 jauhnya dari pandangan mata mereka. So far.. ai tak pernah setuju cadangan mereka itu sebab tak selesa.. end up memang tak jadi beli.

Begitulah peri pentingnya fitting room ye uollz jika anda berjualan baju. Dan cermin pun sangat penting.

p/s  :   ke ai sorang je yg cerewet mcm ni ye?.  Customer is always right, btw.






Wednesday, April 22, 2015

Bila Tak Puas Hati Dengan Office Mate, Apa Nak Buat?

Oleh kerana assignment menimbun...  maka nak "menterapikan" diri jap dalam belog sebelum meneruskan kerja hingga larut malam.  Awek African yg ku panggil Maria tu dah lama tak munculkan diri kat kelas.   Sirna sudah ucapan "assalamualaikum" yg menyapa telingaku saban pagi.   Oh sedih plak tetiba. Aku speku mesti dia dah berhenti.   


Hari ni kat kelas kitorang ada role play meeting.  Actually meeting tu meeting olok2 je sbg menambah skill menyelesaikan konflik.     Jadi aku pun belasah je la ikut macam mana gaya2 selalu aku meeting masa keja kat Malaysia kan.   Yg ku ingat, kalau kita ada problem dgn seseorang, straight to the point kita akan terus sebut nama yg empunya diri tu kat khalayak ramai  kan... supaya permasalahan tu dpt diambil tindakan oleh yg memberi masalah.  Zmn tu, aku memang dah biasa jadi bahan dlm meeting, tahan tak tahan... tebalkan je muka.. demi nak  membeli sesuap pampers si Ain ketika tu... huahaha.  (Ain sila baca belog Mama arini utk menambah rasa sayangmu pada Mama kau ni).



Rupa2nya kat sini, it's not a proper way you know, cukuplah sekadar bagi hint2 dan bincangkan solutionnya.  Tak baik sebut2 nama orang, menjatuhkan air mukanya.  Nak bincang apa2.. one to one meeting bleh la.


Lecturer aku bagi tip, kalau ada problem apa2 dgn opismate.... ambik la kertas, tulis la sesuka ati apa pun korang nak tulis atas kertas tu, screw2... and throw it away!!!!!!!!.   Problem solve!.   Kembali senyum dan buat la seolah2 takde apa yg berlaku.   Boleh tak agak2?.   Try your best.....  


Friday, September 13, 2013

Tip Berhadapan Dengan "Mulut Longkang"

Copipes je ni  dari Wardina Safiyyah.....thanks Dina for sharing!!. (diambil dari Aida kata beliau)...


Apabila seseorang berkomunikasi dengan seseorang yang tidak beradab disebabkan mentalitinya kurang atau bodoh, antara langkah yang disarankan oleh Imam Shafi'i adalah tidak memberi respon dan jawapan terhadap kata-kata, tuduhan dan cacian yang dilontarkan kepadanya. Imam Shafi'i membuat suatu analogi yang cukup indah melalui syairnya (cite) iaitu:



"Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah suatu jawapan. Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas (tidak padan) bagi seekor singa melayani kerenah anjing-anjing".










Ataupun.......... cuba lagi satu tip dari kawan ai ni.... "anggap je orang2  tu sbg Maharajalawak".   Memang berkesan tip kawan ai ni..  cubalah, cuba setiap kali mereka ni nak membuka mulut je.. automatik terus anda bayangkan yg mereka sedang beraksi di pentas Maharajalawak... pasti anda akan ketawa gelihati. :D   (bercakap berdasarkan pengalaman sendiri).




Jika ada masa, tonton la drama pendek ni.... "buat baik dibalas baik"..





Sunday, November 7, 2010

Barulah gembira semula....

Dah glitteratti dah pun status Nuffnang I... baru la naik sikit income..hahaha.... alhamdulilah.... barulah kembali ceria untuk berblog...

Cepat je ya diorg buat tindakan... Actually they all belum reply pun surat I tu... tapi automatik dah ubah semula jadi glitteratti.... Thanks so much Datuk Nuff... Maybe semalam I dah buang semua lip lap yg kat bottom blog I ni kot... Itu kot yg diorg anggap I ibarat mencurangi.... Tapi tak pasti la tu.... sebab dlm masa yg sama I buang sekali blog berkembar I ni.... mungkin jugak "kecurangan" itu berlaku di sana.

Macam biasa..... hari ni I masih lagi memerap kat rumah.... jadi "kaunselor tak bertauliah" kpd teman-teman, berkongsi resepi, membalas kunjungan teman2 blogger.... itu je la aktiviti hari ni.

I pesan pada kawan I tadi.... jika kita SEDANG bermasalah... itu sudah cukup baik. Ada perkataan "SEDANG"...... itu bermakna masalah itu akan berakhir juga satu hari nanti... TAPI jika kita dlm keadaan "AKAN bermasalah".. itu yg sepatutnya paling merisaukan.

So, puan-puan..... anda SEDANG bersedih? Don't worry..... tiap kesedihan akan berakhir dengan kegembiraan...percayalah... tidak hari ini maybe esok kegembiraan itu akan menjelma.

Pernah tak uoll berjumpa situasi ini :

1) "Aku dah rasa dah semua yg diorg alami tu..... Aku dah rasa betapa pahitnya... Syukurlah akhirnya aku bahagia sekarang"

2) "Dulu masa aku mula-mula nak hidup... memang perit... ramai orang memandang rendah pada aku masa tu... tak sangka aku boleh lalui semua itu... macam tak percaya je"

Apa pendapat uoll bila dengar macam tu.... macam release je kan.... sebab orang tu SUDAH mengalami keperitan itu sedang anda pula dlm proses melaluinya.

Semalam terbaca satu blogger tu menulis... dulu tika remajanya beliau selalu dihina oleh rakan-rakan sekelasnya kerana rupanya buruk, hitam dan gemuk... sekarang tidak lagi.. sebaliknya orang selalu memuji kecantikannya dan ilmunya yang tinggi setelah beliau berhempas pulas memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada.

So, moralnya di sini ialah..... sesuatu yg kita alami sebenarnya tidak bersifat kekal... bergembiralah jika anda SEDANG ditimpa masalah... kerana sampai masanya ianya akan sirna juga..... ok.. enjoyysssss!!!!