Tuesday, February 25, 2025

Tip Supaya Tak Beli Banyak Baju Raya

Assalamualaikum uollz!.

Sekarang takut nak keluar rumah, bukan takut apa, asal keluar asik la nak beli baju raya.   Kata nak terapkan nilai minimalis, now dah jadi lain pulak.  Macam ni tak dapat la nak melawan Hajah Sue yang buat strategi mix and match demi kesejahteraan akhirat.





Jadi ai publish lah entri yang selama ni terperap dalam draft, untuk renungan diri sendiri.

Keanggunan bukan sekadar tentang pakaian, tetapi tentang bagaimana kamu membawa diri.


  1. Berjalan dengan yakin – apa juga yang dipakai, haruslah yakin.  Pakai baju raya RM800 pun kalau tak ada inner beauty dan “aura hitam” menyelubungi diri tetap tak bermakna.  Nauzubillahiminzalik. Moga kita diselubungi aura2 putih saja ye puan2.
  2. Bicara berkelas – Tidak terdesak mencari perhatian, tidak berlebih-lebihan. Kata-katamu tenang, tetapi meninggalkan kesan. 
  3. Aura eksklusif – Misteri itu satu kuasa. Tidak semua perkara perlu diceritakan, dan tidak semua orang layak mengetahuinya.  Tapi bagaimana kalau ada yang beriya-iya bertanya hal-hal yang penat untuk dijawab, di depan khalayak ramai pula tu?.  Sila bincangkan.
  4. Kehadiranmu dihormati – Bukan kerana pakaianmu, tetapi kerana kewibawaan dan sikapmu yang tidak memerlukan pengesahan sesiapa.
  5. Menguasai keanggunan, bukan sekadar gaya – Kamu tidak perlu berlumba-lumba dengan sesiapa. Dirimu sendiri sudah cukup istimewa.
  6. Keyakinan sebagai perhiasan – Lebih mahal daripada emas, lebih memikat daripada berlian. Ia datang dari dalam, bukan sekadar apa yang dipakai di luar.
  7. Gerak-geri yang tenang – Segalanya berlaku dengan ritma yang terkawal, kerana kamu tahu, kamu tidak perlu membuktikan apa-apa pada sesiapa pun.
  8. Kesederhanaan yang mengesankan – Ringkas, tetapi sukar dilupakan. Itulah pesona sebenar yang tidak boleh dibeli.





Jadi, jangan risau guyss, keanggunanmu sudah cukup untuk membuatkan dunia merindui.  


p/s. :   BTW,  nak tanya kat mana lagi ada jual kain sari?.  Ada orang bertanya untuk menghadiri majlis resepsi kawan.  Dah pegi dah Kamdar.  Kot ada lain2.  Thanks in advance.




Friday, February 21, 2025

Episod Pukul 2 pagi.


Padahal dah kenyang, tapi bila hubby ajak ngeteh pukul 12 malam tetap onzz!. Sarung saja instant shawl dan t.shirt (ikut tip “Pakar”, kita harus ada set seragam untuk keluar dekat2) such as tudung sarung + baju muslimah misalnya. Gantung siap2 set tu dlm gerobok.  


Menunggu hidangan siap, sedar-sedar dah tengah malam. Dah pasang angan2, balik nanti nak blogging jap. Tetiba sampai rumah, buka telefon, tiba-tiba keluar notifikasi: "Your webwinar starts in 1 hour”.



What??. 

Dalam hati, "Eh? Malam ni?. Bukan ke esok pukul 2 petang?" Baru teringat, semalam memang dah baca reminder tu, tapi tak perasan. Rupanya pukul 2.00 am, bukan 2.00 pm. Ah, patutlah, lupa pulak Trainer tu dari overseas, beza zon waktu.



Alhamdulillah all went well.  Syukurlah sebelum tu dah lelap sejam dua, kalau tak mesti dah tersengguk-sengguk depan skrin.

p/s :  Sapa pernah macam ni?.


Tuesday, February 18, 2025

Redho Dalam Kabus Takdir

"Macam mana hari ini?. Ada perubahan tak?" tanyaku pada Oddah  (bukan nama sebenar) melalui WhatsApp.

Dah lebih seminggu, soalan itulah yang aku ulang, macam doktor pelawat pula lagaknya. 😂

“Ok sikit la. I tengah menikmati ‘Jalal’ Allah ni. Ujian Allah kena rasa nikmat, biar apa pun berlaku. Barulah namanya redha dengan ketentuan-Nya…”

Aku terdiam. Rasa risau yang tadi menyesakkan dada tiba-tiba hilang. Perkataan “menikmati” itu terus menukar persepsiku. Terbayang Oddah duduk tenang walaupun sakitnya belum hilang sepenuhnya, seakan-akan menikmati secawan kopi panas di bawah pohon pisang ketika hujan: badan menggigil, tapi nikmatnya tetap terasa.




Gambar lama je ni, (sekadar hiasan).  Rasa damai je dibawa ke kebun pisang ketika meneman org berurut.  


Apa itu Jalal Allah?

Jalal Allah” ialah kebesaran dan keagungan Allah yang kadang-kadang tersingkap melalui perkara yang kita anggap “buruk” : musibah, kesakitan, kehilangan atau kesedihan.

Tetapi di sebalik setiap ujian hidup, sentiasa ada rahmat, yang hanya dapat dilihat oleh hati yang yakin dengan ketetapan Ilahi.

Oddah menambah lagi:
“Kalau Jamal Allah, itu pula perkara baik yang Allah beri… dan kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa hikmahnya.”









Contohnya Cik Q ni lah, pesal rajin pulak buat bunga di balik rutin hidupnya yg sibuk?.  Ada lah tu hikmahnya.   Mungkin suatu hari nanti nak bukak kedai bunga kot?.  Aamiin.  





Kesimpulannya, orang alim dan beriman menghadapi ujian bukan dengan mengeluh, tetapi dengan mencari makna. Mereka melihat musibah bukan sebagai hukuman, tetapi sebagai tanda kasih sayang Allah, peluang untuk mendekatkan diri, memperbaiki amalan, dan meraih kedudukan yang lebih tinggi di sisi-Nya. 

Belajar Dari Oddah Tentang Hikmah Ujian Hidup

Mungkin kita semua boleh belajar sesuatu daripada Oddah ini, wahai puan-puan.
Tidak semua orang mampu “menikmati” ujian, tetapi bagi mereka yang benar-benar memahami hikmah di sebalik ketentuan Allah, di situlah terletaknya ketenangan jiwa yang sebenar.

Insha-Allah, semoga kita semua terus diberi kesihatan, kekuatan, dan hati yang sentiasa redha menerima ujian hidup sebagai aturan terbaik dari-Nya.
Aamiin ya Rabbal ‘alamin.

Friday, February 14, 2025

Envelop Cinta Monyet

Assalamualaikum.

Kalau nak bagi hadiah pengantin saudara mara terdekat, ai lebih suka bertanyakan wishlist supaya penerima lebih gembira dan tak berlaku “unwanted gift”, tetapi kemarin ada sedikit rasa ralat tak sempat belikan hadiah “wedding wish list” my nephew. Padahal sekadar air fryer je, bukan rumah sebiji pun. Tapi begitulah, bila masa mencemburui.  

Mana tak sibuknya,  di minggu yang sama ada jemputan di Laman Seri Pinang, Port Dickson, anak Datin L. Of course double excited untuk kedua-kedua majlis ini sebab ianya ibarat reunion sekolah, dihadiri oleh kawan-kawan lama dan saudara mara yang dah puluhan tahun tak jumpa.

Petang itu, hubby ada juga cadangkan serahkan saja urusan pembelian pada staff. Tapi terasa malas pula nak menyusahkan orang, lebih-lebih lagi di hari minggu. 




Akhirnya, angpow jadi penyelesaian paling mudah. Tapi, mencari sampulnya pula jadi satu cabaran. Tiada satu pun kedai yang menjualnya pagi itu, dan yang ada cuma… “envelop cinta monyet” macam ni.  Lantak la situ kan.  Kekeke.



Tapi rasa ralat (tak belikan hadiah) telah berakhir,  agaknya Makcik dan anak sedara memang ada telepathy kot?. 😂😂 Tetiba petang semalam dapat message ni dari Abang ai (ayah pengantin),  Irfan dah beli sendiri air fryer tu.   Alhamdulillah.   Entah la cukup ke tak duit angpow tu,  ai tak pernah survey harga AF kat Malaysia ni.  Kalau kat Aussie memang merata lah ai jumpa.  Keluar pintu kereta je tros jumpa kedai elektrik.  Ha begitulah analoginya. 




Ok begitulah kisah keceriaan February.  Moga bulan-bulan berikutnya ada lagi keceriaan2 lain menanti.  Aamiin.


Tuesday, February 4, 2025

Pernah tak hilang beg masa travel?.

Malam tadi, sedang bersiap untuk tidur, tiba-tiba telefon berbunyi. Rupanya kakak dari Oman mengirim pesan—katanya ada ole-ole untuk ai, sehelai shawl dari sana.

Terhibur pula hati. Bukan kerana shawl semata-mata, tetapi kerana ingatan itu. Dalam banyak perkara yang beliau dah lalui di sana, masih terbersit juga ingatannya pada adiknya ini.  Masa baru sampai di Mesir aritu, luggage beliau hilang.   Kesian juga mendengarnya.  Alhamdulillah dah ditemui pun.     Moral of the story, kalau kita di kaunter (masa nak ambik boarding pass), pastikan betul-betul sticker sudah dilekatkan pada luggage kita. Kadang-kadang perkara sekecil itu boleh menyusahkan kalau terlepas pandang.  Dan jangan lupa snap gambar bag2 tersebut supaya senang dikenal pasti.  Tulis juga sedikit butiran, phone atau email untuk mudah dihubungi jika beg kita tersesat di mana2.





Oh bukan ini ye.  Ni fabrik batik yang beli kat Trengganu aritu.  Baru habis deal dgn my fav Tailor sebab nak tukar design. 😅.  Mulanya nak buat kurung moden (sebagaimana pesanan yg tertera pada gambar), akhirnya lebih elok buat  Kurung Pahang saja.  Cotton batik sebegini mudah kronyok, tapi sesuai utk cuaca Aussie di musim panas. Jadi bila buat kurung Pahang, mudah untuk menyarungkannya dan lebih selesa untuk bersantai2.





Upload satu, pemandangan di Oman.  Moga one day kita dapat ke sana pula.  Aamiin.


Ok itu saja entri sebagai hiburan diri sendiri.
Bukan nilai hadiah yang membuat kita gembira pun, sebab shawl ai pun dah segerobok 😂😂tetapi perasaan dihargai dalam ingatan seseorang itulah yang utama.


Monday, February 3, 2025

Jika Pasangan Anda di Spektrum Autisme

Assalamualaikum Puan-puan.

Tertarik pulak dengan topik yang berlegar-legar di beranda lantas ingin membelogkannya untuk pengetahuan am.    Dalam masyarakat, autism sering dikaitkan dengan kanak-kanak, tetapi ramai rupa-rupanya individu dewasa hanya menerima diagnosis pada usia yang lebih matang. Fenomena late diagnosis ini semakin mendapat perhatian, terutamanya dalam konteks perkahwinan, di mana pasangan mula menyedari perbezaan dalam interaksi sosial, komunikasi, dan gaya pemikiran suami mereka. 

Autism bukan satu penyakit tetapi lebih kepada perbezaan neurologi, so jangan salah faham ye.  Malah ada antara mereka IQ jauh lebih tinggi dari kita.

Lelaki dewasa yang menerima diagnosis lewat mungkin telah lama berdepan dengan cabaran dalam memahami emosi, mengurus hubungan sosial, dan menyesuaikan diri dengan masyarakat.




Adakala ia tidak begitu ketara ketika bercinta atau dalam fasa awal perkenalan. Sebelum berkahwin, seseorang mungkin mampu ‘masking’, iaitu menyesuaikan diri dengan norma sosial dan menyembunyikan cabaran yang mereka hadapi. Ini menyebabkan pasangan tidak dapat mengenal pasti dari awal perkenalan

Autisme yang Ringan, Sukar Dikenali 

Sesetengah individu berada dalam spektrum autisme yang ringan (Autism Spectrum Disorder - ASD Level 1, dahulunya dikenali sebagai Asperger’s Syndrome). Mereka mungkin berfungsi seperti orang lain dalam banyak aspek, tetapi dalam perhubungan rapat, perbezaan mula kelihatan apabila :-

✔️ Kesukaran memahami isyarat sosial dan bahasa kiasan.
✔️ Lebih cenderung berfikir secara literal.
✔️ Tidak pandai menunjukkan emosi atau membaca perasaan pasangan.
✔️ Bergantung kepada rutin dan boleh menjadi resah jika ada perubahan mendadak.
✔️ Mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap sesuatu topik, sehingga kurang memberi perhatian kepada perkara lain. 


Perubahan Dinamik Selepas Perkahwinan 

Selepas berkahwin, kehidupan lebih kompleks. Interaksi menjadi lebih rapat dan melibatkan keperluan emosi yang lebih mendalam. Di sinilah pasangan mungkin mula menyedari bahawa suaminya sukar memahami perkara yang bagi dirinya adalah "biasa”, contohnya, memahami nada suara, membaca ekspresi muka, atau memberi respon yang diharapkan dalam situasi tertentu. 

Bukan kerana suami tidak peduli, tetapi otaknya memproses maklumat dengan cara yang berbeza. 


Sekadar gambar hiasan.



Apa yang Boleh Dilakukan jika suami anda begitu?. 

✔️ Komunikasi yang jelas – Elakkan sindiran atau bahasa kiasan. Terus terang, tetapi dengan nada yang lembut.
✔️ Menerima perbezaan – Jika suami kurang menunjukkan kasih sayang secara emosi, mungkin dia lebih selesa meluahkannya melalui tindakan.
✔️ Membantu suami memahami emosi – Dengan memberikan contoh atau menjelaskan apa yang dirasakan, tanpa menganggap dia ‘sepatutnya tahu’.
✔️ Menyesuaikan jangkaan – Setiap pasangan berbeza, dan hubungan yang bahagia bukan berdasarkan standard orang lain.
✔️ Mendapatkan sokongan – Jika perlu, mendapatkan bantuan daripada pakar terapi boleh membantu memperbaiki komunikasi dan kefahaman dalam rumah tangga. 

Dengan memahami cara pasangan berfikir dan berfungsi, banyak cabaran boleh diatasi dalam rumahtangga, kerana cinta bukan tentang kesempurnaan, tetapi tentang menerima satu sama lain seadaanya.

Disclaimer :   Saya bukan Pakar, hanya pengumpul maklumat.  Tiada kena mengena dengan yang hidup mahu pun meninggal dunia.


Sunday, February 2, 2025

Sambut Birthday Tepi Sungai.

 Happy birthday Cik Q!.    Birthday kali ni Cik Q memilih tema biru berlokasikan Swan River, South Perth.






"Allahumma inni as aluka bi anni asyhadu annaka antallah, Lailaha illa anta al ahadus somad, alladzi lam yalid walam yulad, walam yakullahu kufuwan ahad"

Mama doakan semoga Cik Q sentiasa dalam ketenangan dan kebahagiaan, menjadi Business Women yang solehah dan HEBAT, terkenal seantero dunia, dihormati dan disegani oleh penduduk langit dan bumi. Dikurniakan suami yang beriman, handsome, berkarisma dan menyintai Allah dan Cik Q selama-lamanya. Masya Allah!.  Aamiin.

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Cik Q! 💖