Thursday, January 14, 2010

KUASA DOA

Terdiam seketika membaca komen dari ANIS di entry sebelum ini. Oh ya kesinambungan dari cerita si NINEY... malam tadi ketika MM sedang sibuk menggosok baju anak2, tetiba telefon berdering.. IRP yg baru balik dr rumah jiran melirik ke telefon genggamku yg berdering di tgh kepekatan mlm. 

Mungkin bisik hati kecilnya.. 

"Siapa pulak la telefon bini aku di mlm2 buta ni....?". 

Rupa-rupanya si Niniey.  Menjerit keriangan Niniey sbb katanya suaminya tak jadi membeli kereta mewah tersebut. MM yg mendengar pun sama2 menumpang keriangannya. Sempat jugak la MM sampaikan pesanan/komen uoll pdnya. Niniey ucap t.kasih pd uoll w.pun MM tak ler sebut psl kewujudan blog ni.. 

MM sebenarnya dlm entry kali ni bukanlah ingin menjadikan NINIEY watak utama sekali lagi hingga seolah2 cerita NINIEY sebuah telenovela yg tak berkesudahan... Apa yg ingin MM bincangkan bersama ialah 'KUASA DOA' di dlm hidup kita.. kebetulan ANIS juga ada berkongsikan masalah seorang temannya. 

Begitulah perlunya doa dalam hidup kita... spt kes NINIEY... siapa sangka hubby NINIEY yg mulanya bagai berkeras dgn keputusan sendiri.. akhirnya akur... walaupun NINIEY belum habis menyuarakn apa yg terbuku di hati. Atas hasil doanya siang mlm dan berkat doa dr uoll barangkali, kini merubah pendirian suami dgn menyimpan duit yg mulanya dirancang utk pembelian kereta tersebut kepada satu keputusan lain iaitu membuat tabungan kewangan ank2 di masa depan. 

Niniey sgt gembira dgn penjelasan suami, suaranya yg ceria mlm td sudah menjelaskn keadaannya saat ini.... alhamdulilah. MM juga bersetuju dgn HAJAH EILA, di mana pekerjaan atas restu ibu bapa selalunya mendapat keberkatan. Doa seorang ibu untuk anaknya sgt mujarab. 

Spt kes cerita kawan si ANIS, doa org2 teraniya selalunya tidak tertolak. Tiada yg mustahil di muka bumi. Kpd EN. MEGAT, MM sarankan membaca doa YASSIN 7 MUBIN. Sebelum membaca tu kena niat dulu di dlm hati apa yg kita hajatkan..... Siapa yg tak tau apa itu YASSIN 7 MUBIN... sila klik kat I punya blog yg dah sepi tu ya... http://sam73.blogstarz.my.


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.