Friday, January 29, 2010

SABAR


sekadar gmbr hiasan utk kenangan kami sekeluarga - tiada kena mengena dgn tajuk

Hari ni MM ingat mcm nk cuti dari berblog sbb busy... tp entry dr blog COMEI
bagai memanggil2 MM utk berkongsi cerita plak... lg pun esok lusa belum tentu MM dpt bersiaran... hari minggu la katakan.

Bukan la kisah yg sama mcm cerita si COMEI tp kisah teman-temanku yg telah Allah turunkan hidayah. Sejuk hati bila dengar kwn2 MM masing2 dah sibuk menuntut ilmu agama... almaklum kan tahun ni kami dah semakin "remaja" kan?...walaupun MM sendiri pun mcm gini la adanya....

"Bila kita mati, hanya amalan yg boleh kita bawa bersama, Sam..harta semua itu tiada makna lagi" luah si Ron di talian pagi tadi.

MM nak kata terkejut dgn kenyataan si Puan Ron (bukan nama sebenar) tak la jugak sebab sebelum ni pun MM dah biasa dgn kenyataannya yg berbaur keagamaan semenjak terlabuhnya tirai 2009 yg lalu dia mana Ron mula melangkah ke usia 3xthn. Cuma tak menyangka pulak dia boleh berubah begitu drastik sekali.... semoga Allah menetapkan imannya.

Suami Ron seorang yg baik dan boleh dikatakan alim... pada perkiraan MM, termakbul jua doa si suami selama ini yg tidak pernah putus walau pelbagai tohmahan yg pernah dilempar ke atas si isteri. Apa taknnya si Ron ni... dlm entry MM yg lalu kan MM ada menyebut..... dia tak suka masak dan tak betah tinggal di rumah. Ya Allah Ron.... kalau ko masuk blog aku mesti ko marah kt aku kan sbb asik sebut ttg kau? Bukan apa.... kau tu terlalu unik bagi aku.... aku tak pernah jumpa org yg tak betah tinggal di rumah dan tak pernah masak...sbb tu la aku jadikan kau heroin dlm cerita2 di blog aku....maafkan aku ya Ron... ah takpe...org pun bukan tau RON tu sapa?

Motifnya MM tulis cerita ini utk anda semua ialah utk memberikan kesedaran kpd para suami... suami kena sabar dgn kerenah isteri.... Bila suami ckp dgn lembut... lambat laun batu yg keras pun boleh jd lembut... Aku sgt berbangga dgn perubahan si Ron walau aku tak pernah zahirkan padanya.... Ron, jgn lupa ajar aku ya bila ko dah tamat "belajar" tu.... Ko mmg isteri yg solehah.

" Sabar bukan bererti pasrah dan menyerah pada nasib, sabar adalah kegigihan kita untuk tetap berpegang teguh kepada ketetapan Allah. Kesabaran itu adalah kolaborasi antara REDHA dan IKHTIAR. Kesabaran bukan proses diam dan pasif, melainkan proses aktif, iaitu akal aktif, tubuh aktif dan iman yang aktif "


























No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.