Thursday, April 8, 2010

DON'T DISTURB ME (ANYMORE)!!!


T.kasih kepada teman-teman yang memberikan nasihat berguna kepada MM di wall FB semalam berkaitan dengan "si dia" yang...... jeng jeng jeng...

Bila MM suarakan perkara ini pada My Irp... dia kata...

"Betul la apa yang kawan-kawan you nasihat tu...."


Sebenarnya MM nak kata "dia"(orang itu) tu stranger sangat pun tak la jugak..... MM dah biasa deal dengan dia sebelum ini. (tak payah la sebut kat ruang terbuka ni apa bentuk deal I dengan dia sebab I pun dah maklumkan di FB.... takut dia tetiba muncul kat sini pulak..dia tu cakap je dia buta IT tapi sebenarnya dia pernah kerja kat office bertahun-tahun). Masalahnya tu.... dia ni jenis suka terjah-terjah secara tiba-tiba, waktu tengahari pulak tu...dah la time tghari MM kadang nak sholat zuhur ke, nak tido ke.... nak masak ke.... psst...nak chatting ke? ;) Siap kena marah dengan Pak Guard lagi tu... dia masih buat muka toya menebeng kat tepi tembok tu!!! Agaknya dia dah "tergila-gilakan" MM la kot.... hehehe.... my secret admire......

Tu la.... ada "peminat" pun susah....... sib baik tau I ni bukan artis... :p ... MM dah decide dah yang MM memang tak dapat tolong dia untuk bekerja di "office" MM ni.... even tawaran yang dia bagi tu memang sound good sangat! Dia kata, selain tolong melipat kain nanti dia boleh tolong MM ajar macam-macam!!! Yang paling MM teruja tu dia kata dia nak tolong ajar menjahit............. seronoknyaaaaa!!!! Sapa yang tak mahu... dah lama tau MM berangan jadi fesyen designer... tiba-tiba ada orang "menyerah diri" nak ajar kat rumah...mestilah seronok.

Sudah...sudah..... jangan nak berangan..... percaya sangat la dengan janji-janji dia tu... dibuatnya dia jahit badan you sekali baru tahu!

Kebetulan pulak one of my friend yang kat JB pun cakap dia pun baru je didatangi oleh wanita muda gebu yang mintak kerja jadi pembantu rumah last week. Even wanita yang dimaksud tu berlainan orang.... umur dlm awal 20an....yg datang rumah MM ni lewat 30an tapi dah macam trend plak.... "belajar" di bumbung yang sama kot? :)

Sorry la pada orang yang "minat" sangat kat I tu... bukan MM tak kesian dengan you (dengan sinopsis cerita you yang mengatakan you orang susah..duit tak ada) tapi MM kena lebih dulu kesian pada anak-anak.... MM tak kisah kalau you sanggup nak melipat kain kat ruang corridor kat luar rumah macam apek-apek yang tolong merumput kat laman tu pastu I kunci pintu dan bila siap melipat you serahkan pada I bakul kain tu

Tapi!! nanti you kata MM sombong pulak, pastu corridor tu kan panas, kalau hujan pulak kena tempias.....tapi kalau you nak kerja dalam rumah.... ngeri la MM..... mana tau mula-mula you lipat kain lepas tu tiba-tiba...... !!!!!!!!!!!!!

P/S : UNTUK MAKLUMAN "DIA" YANG MM MAKSUDKAN DALAM CERITA KISAH BENAR DI ATAS ADALAH SEORANG PEREMPUAN.... JANGAN PULAK ADA YANG MENYANGKA MM NI MEMBENARKAN LELAKI MASUK RUMAH KETIKA KETIADAAN SUAMI......OHHH GILER!!! SAJA NAK BUAT SUSPEN.....

5 comments:

  1. siap gamba pisau ader darahhh.. seriau aku..takut beb biler ko dah marah..

    ReplyDelete
  2. ko Doyok...baik2 tau ni skrg tgh musim pompuan gedik dtg rumah merayu2 mintak keja....jgn ko tergoda sudah!

    ReplyDelete
  3. kusss...semangat....tengok pisau berdarah tu...ingat MM mengamuk ke apa ni...hehehe ..hati2 yea....

    ReplyDelete
  4. pergh!!!!.......ganah mu mek!!!...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.... semua dah salah paham dah.... actually pisau itu ibarat kalau la tetiba pompuan yang dtg merayu mintak keja konon nk melipat kain tu tetiba menghunus pisau...heee seramnyaaa!!!!

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.