Saturday, May 8, 2010

KEK MARBLE KUKUS

Puan2..... mari kita main masak-masak lagi, kali ni kita buat Kek Marble Kukus.......... Semua orang terror memasak kek kan? Mesti main campak2 je buat kek marble ... takpe.... pada yg baru nak belajar buat kek tu...Sebagaimana dijanjikan semalam, hari ni I kongsikan kek marble kukus yg boleh anda cuba.... Kalau tak jadi jangan marah, I olah sendiri kek ni ikut citarasa I dan ikut tahap mood..... hehehe... tapi I buat ok jer.....100% bahan-bahan adalah spt di bawah.... ini untuk hasil kek yg kecik je... sbb semalam, telur pun dah habis, belum sempat beli....itu yg I buat kek cenonet ni... Spt Mama Miraki, I pun malas nak guna mixer, blend je bahan2 tu guna blender.........ringkas sikit keja & utk anak dara2 di luar sana yg belum beli mixer tu..... takpe... jgn susah hati... guna je blender and kalau oven takde...... kek ni adalah kek kukus. No worries...... ok! Pengukus baru je RM30 ............ kongsi la dgn housemate kutip duit sorang RM10, pakai sama2. Nak mahal sikit pun boleh.. macam yang ini.

BAHAN-BAHANNYA

Mentega 200gm
Telur 2 biji
susu segar/cair 3 sudu besar
tepung MFM 200 gm
gula castor 160gm
coklat serbuk - 3 sudu besar
1 sudu/secubit ovelette
1 penutup esen vanilla






CARA

1) Panaskan pengukus, ayak 100gm tepung tadi bersama coklat serbuk (bhn A)...lebihan tepung 100gm lagi asingkan tanpa apa2. (bhn B)
2) pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan ovellete.
3) masukkan telur sebiji demi sebiji
4) masukkan sepenutup esen vanilla
5) Bila kesemua benda2 yang diblend/mixer dah kembang......bahagikan kpd 2 bahagian.
6) Satu bahagian masukkan ke dlm BAHAN A dan 1 bahagian lagi ke dlm BAHAN B.
7) Adun menggunakan senduk kayu/plastik... dan selang-seli dgn susu cair/segar semasa mengadun hingga selesai.
8) Lengserkan acuan menggunakan mentega.... suka hati anda untuk meMARBLEkan (mencampurkan bahan A dan bahan B hingga membentuk corak spt marble) Deco mengikut kebijaksanaan anda sendiri... gambarajah di bawah mungkin boleh membantu anda... ini hanyalah basic yg ringkas yg boleh dijadikan panduan.
9) Tutup acuan menggunakan aluminium foil
10) Kukus selama 45 minit - 1 jam.

9 comments:

  1. ohhhh wajib mama cuba ni....mana gambarnya.....dah mengidam kek pelangi petang mummy gee tak dapat..nak buat sendirilah...lepas ni oven tak laku wooooo ...semua pakai kukus aje...hehehhehee

    ReplyDelete
  2. wah2..mesti sedap kek marble kukus miss mirror ni.nak cuba gak next time..tq 4 sharing babe

    ReplyDelete
  3. nak cuba....alah tapi kena timbang ler pulak....mana pulak mama letak alat penimbang ni yea.....heheheh kalau pakai cawan kan senang....

    ReplyDelete
  4. Mama...ada yg guna cawan...mcm ni sukatannya ya puan...

    1 1/4 cwn tepung MFM
    3 - 4 sudu serbuk koko
    2 titik esen vanilla
    1 cwn gula
    4 biji telur

    sayangnya dlm resepi tu dia tak sebut pun BUTTER..tu yg MM olah sendiri jd mcm resepi yg ni pastu tambah2 lg dgn ovellete.

    Mummy Shane... I skrg mmg semua main kukus2 je..sejak oven rosak..hehe..

    ReplyDelete
  5. Shey ~ kalau dah siap kek tu jgn lupa upload..

    ReplyDelete
  6. wah tak sabar tunggu kek yg siap tu (mcm la nak jamu kita heh)

    suka kegigihan melakar gambarajah tu. baru ai pahammm.

    ReplyDelete
  7. Adia ~ sebenarnya ada byk versi utk mencorakkn kek tu...ada yg jauh lebih cantik & sebijik mcm marble.

    ReplyDelete
  8. harus dicoba nih kek marble kukus nih.hehehe

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.