Tuesday, May 4, 2010

KITAR SEMULA


MM baru siap memasak keria ~ kalau MS nak tengok keriaku yg tak la cun mana tu, nanti MM upload. Sekarang MM sedang mengumpul kekuatan untuk kembali ke hobi lama ~ mendekorasi rumah..... Gambar di atas adalah ikhsan dari Leleq (MM dah minta izin melalui tepon td untuk upload gmbr ni)... hasil kelembutan tangan si mak buyong ni mengitar semula gerobok lama pemberian ibu mertuanya, akhirnya jadi macam ni. Cantiknya Leq....... kalau la aku sekreatif engko..... kan bagus...... tentu gerobok makan pesen lama aku tu dah berseri-seri macam ni...(gerobok makan zaman mak2 kita yg MM dapat dari seseorang... sekarang dah tersadai kat bawah pokok pisang).

Gerobok tu pada zaman mak-mak kita memang berjasa... lalat pun susah nak hinggap. Sekarang guna tudung saji pun kadang tak guna.... sebab tu la kalau boleh pinggan mangkuk biar beli jenis berpenutup.. Lalat memang suka menggedix... dah itu pe-el dia... nak wat mcm mana....

Ok la.... nak sambung balik kerja mengecat yg terbengkalai semalam..... tapi silap teknik la.... Leleq pesan pada MM, sebelum kita cat guna cat kilat tu puan2.... kita cat dulu perabot tu dgn cat kapur....dah kering baru kita cat semula dgn cat kilat..... lepas tu suka hati puan2 la nak deko ikut sekehendak hati puan2....

MM tertarik dengan sorang kawan MM yg memberikan tip berharga di majalah deco(rumahnya shj yang masuk majalah.... muka dia I tak nampak) dia kata kalau nak jimatkan cat tu.... beli je cat warna putih lepas tu kalau nakkan diding warna biru.... campurkan je dengan sedikit nila. Oooo mcm tu ya..... tip yg sgt bagus..... tp bendalah nila pun aku dah lama tak nmpk bayang..... tapi kalau MM nak rumah warna merah... boleh tak MM campur dgn buah dragon? Sapa yg pandai.... sila jawab.


buah dragon... curik gmbr dgn si google..




4 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.