Thursday, May 13, 2010

SURAT CINTA UNTUK BOSS

Tensen dengan boss anda yang bossy? Ambik garfu cucuk mata boss... hehe tak la.. gurau je.

Actually ini ler sudu yg I baru beli semalam.... murah je.. sudu pun ada pelbagai bentuk dan kegunaan.. begitu juga manusia... setiap individu adalah istimewa dan ada peranannya masing2 dan ada sebab tersendiri mengapa mereka dilahirkan ke dunia....

Cuba bayangkan kalau anda makan mee menggunakan senduk nasi??? Atau makan nasi menggunakan garfu?

Begitu juga ibaratnya anda dan majikan....... anda dan majikan masing2 mempunyai kelebihan masing2 dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Akhir-akhir ini.... terlalu banyak I terbaca rintihan dan keluhan dari teman2 yang mengalami tekanan di tempat kerja, menghadapi kerenah majikan yang pelbagai, alahai......sabor je lerr...selagi nama pun kuli........macam tu le puan-puan...... apa kata baca kat bawah ni......


UNTUK ANDA FORWARD PADA BOSS ANDA (ADA BERANI???)

Allah Taala memberikan rezeki kepada siapa sahaja yg ia kehendaki dengan tanpa perhitungan, maka janganlah kau tergoda dengan harta yg kau miliki atau berbuat dosa dengan kedudukan terhormatmu, sehingga hal ini mendorongmu untuk menzalimi orang lain, khususnya mereka yg berada di bawah kekuasaanmu dari kalangan para pembantu , sesungguhnya mereka adalah sebagai suatu amanah.

Setiap orang diduga dengan pelbagai cara, ada yg diduga dgn kemiskinan dan tak kurang juga diduga dengan kekayaan... Jangan la sampai kekayaanmu itu membawa kepada kehancuranmu di hari akhirat.


UNTUK ANDA yg berasa diperhinakan ~ bersabarlah atas takdir Allah (namun dlm masa yg sama BERUSAHA utk menjadi yg LEBIH BAIK di masa depan... hidup ibarat putaran RODA-RODA. Apa yg anda alami hanyalah terjadi di dunia... mudah-mudahan di akhirat hidupmu akan jauh berjuta kali lebih baik.

Hanya di dunia ini sahaja manusia terdiri dari tingkatan dan darjat, akan tetapi di akhirat kelak mereka sama sahaja, dihitung kesalahan dan dihisab... Hanya amal soleh dan taqwa sahaja yang akan menentukan nasib kita di sana. Maka janganlah anda biarkan diri ditertawakan syaitan hingga utk berbuat khianat atau merasukimu dari pintu kefakiran.

Allah itu maha kaya dan terpuji, jika puan2 dizalimi.... serahkan saja urusanmu itu pada Allah.

UNTUK MENANGAI MASALAH DIZALIMI DI TEMPAT KERJA

1) Lakukan tugasan anda dengan jujur, jika tak puas hati berbincanglah dengan majikan. Jika boss anda masih berkeras dan menunjukkan egonya..... bersabarlah, jika sudah tak mampu dan stress sgt, cuba la memohon bekerja di tempat lain...tetapi di mana pun anda bekerja... masalah tetap akan ada.

2) Sbg muslim, bersolat la hajat....... memohon dilembutkan hati majikan.... setiap kali solat, bacakan al-fatihah untuknya. Sebelum tu bacakan al-fatihah untuk nabi kita, S.A.W dan dalam sehari (masa senggang2 tu ) sedekah 17 al-fatihah untuk ahli keluarga kita spt ibu bapa, mertua atau sesiapa saja - semoga dgn itu urusan anda lebih dipermudahkan.

I percaya, jika puan2 bersabar, suatu hari akan ada sinar terang untuk puan2......








6 comments:

  1. Tak semua bos macam tu, nasib juga la kan, satu je kita ingat yang kalau org buat jahat/aniaya kita Tuhan akan balas balik...so, just be happy rite:-)

    ReplyDelete
  2. ha'a Sirna.....teringat dulu I dpt boss perempuan yg tersgt baik... tak pernah pun meninggikan suara..sungguh mengagumkan & org tetap menghormatinya.

    ReplyDelete
  3. erm...nak kena jadi boss tu...

    ReplyDelete
  4. betul tu princeD...klu dh tensen sgt.. boleh le tukar position jd boss plak...

    ReplyDelete
  5. Hai Linda!!! peringatan utk I sebenarnya...walaupun dah tak bekerja tp mana la tau one day jadi boss..hehehe.. boss kpd bibik.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.