Saturday, September 25, 2010

KEMAAFAN YANG TERTANGGUH


Baru habis menangis menonton drama KEMAAFAN YANG TERTANGGUH di TV3... Syahdu betul cerita tu.. tapi sayangnya ending kurang menarik.....sebabnya at the end ibu mertua zalim tu mati macam tu je.... patutnya hidup terus dlm keadaan crazzy ke.... baru la nampak pembalasan yg setimpal dgn kezaliman yg dia buat terhadap si menantu dan besannya tu.

gambar curi..... dari FB Amsuda... sorry mencurik!!!!.... cik
terliur betul tengok ayam2 BBQ yg cik
kempunan sgt ni....



Tapi secara keseluruhan ok la tu.... ada unsur2 penjiwaan watak yg dibawa.... cuma make up pelakon2 tu terlalu tebal la even kat rumah dan ketika solat. Lagi satu, patutnya watak si Eira Syazira tu.... time balik kg tu pakai la tudung....bukan apa.... biar nampak real sikit.... biar nampak ala2 isteri paling solehah. Produser kena lebih peka benda2 mcm ni utk menjadikan sesuatu drama itu lebih berjaya.

Sesiapa yang miss tak dpt menonton drama ni, sinopsis boleh la jenguk kat blog kakak ni. Panjang lebar dia tulis.

p/s : Teringat kata-kata seorang menantu yg marahkan mertuanya :" Kalau dah kongkong sangat anak lelaki dia tu... ha dia je la yang kawin dengan anak dia! Tak payah sibuk2 suruh anak lelaki dia kawin pastu siksa menantu". Hua hua huaaaaa............. NO COMMENT!


Oh apa yg I baca arini???

TENTANG TIDUR DAN KISAH SUAMI ISTERI

Kalau ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tengok la mukanya bila dia tidur..... kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah dan sebagainya...

Ooooo........ok...ok.... thanks for sharing... nanti I sampaikan pada kengkawan.....

Apa yang I nak tulis hari ni???

TENTANG RAYA....

Oleh kerana raya pun dah ke penghujung (iyer ke?? tak tengok kalendar pun), I nak buat conclusion......:-

1) Minuman bergas dlm botol tu lain kali beli sikit je..... kalau kat kampung boleh la beli byk berkepuk sebab kat kg ramai orang marhaban..... lagi2 kat kg I tu... masuk hari kedua je, berpusu2 orang datang.....marhaban lelaki... pelbagai jenama motor singgah ke rumah.. ucap "Assalamualaikum"..... then tuan rumah jawab "Waalaikumsalam"..... naik atas rumah, baca2 selawat marhaban ya nurulaini.... pastu minum sikit, pastu turun.... lari plak rumah jiran sebelah..... buat lg perkara yg sama..... hinggalah rumah yang paling hujung... Begitulah yg berlaku hinggalah raya yg ke-4 baru reda.

Kat sini ni (JB) pulak lain ceritanya.... air gas ni diorg tak suka sgt.... lebih rela minum air kosong... jadi tu yg air tu sampai sekarang tak berusik.

2) Baju raya lain kali beli biar sikit je...tapi berbaloi2, .... Jgn beli banyak tapi kain jenis panassssss mcm yg I tersalah beli tu..... dah la warna suram...... tak cun lansung!

3) Cheese tart lain kali bubuh dlm peti ais..... baru tahan lama....

4) Tahun ni nampaknya orang dah mengurangkan aktiviti "munjung"..... bukan mengunjung ya.... kalau tak faham maksud "munjung", sila jenguk kamus Jerman. Maybe orang dah mula sedar kot bahawa munjung2 terlampau pun nanti sudahnya tak de org makan..... membazir!


Ok la...... dah kul 2.22 pagi dah...... kita sambung esok ya... jumpa lagi!

9 comments:

  1. i x sempat tgk drama tuh...
    beraya kt rumah cousin...
    sgt touching...

    ReplyDelete
  2. MS BUBBLES ~ memang sgt touching...dan rasanya diadaptasi dr cerita sebenar di alam nyata.

    ReplyDelete
  3. Aku TGOK sekejap malam td, tp fasal ibu mentua tu eksyen sangat, aku matikan TV. Ada lg ke emak mentua brlagak mcm tu? Tak trgamak aku lihak anak menantu jd hamba.

    ReplyDelete
  4. hahaha... ok la tu klu dah sampai ko nyampah nk tengok. Lakonan yg mantap! MS~ memang ada lg ibu mertua zalim spt itu..itu bukan cerita olok2....

    ReplyDelete
  5. gerammnya tgk crita kemaafan yang tertangguh tu.. geram kat mak mertua dia yg jahat tu.. pastu mati gitu ja.. patutnya kena seksa lebey sket mak mertua dia tu.. baik sungguh menantu dia... kalo kiter kan, dh lama angkat kaki cabut balik umah sendiri.. kakakakakaa

    ReplyDelete
  6. Linda ~ hahaha...menantu dia yg lelaki tak pulak dia buat mcm tu ya... tak adil betul! Tu la...ending tak menarik la...ada ke mati mcm tu je... Bagi la dia sengsara ke atau al least kalau mati pun mati la dlm keadaan yg sgt mengaibkan....baru la lebih beri pengajaran kpd penonton.

    ReplyDelete
  7. Aku tengok dah part yg mak dia mati kat tangga tu je... huhuhuhu...aku gi open house, balik rumah jem giler... biasa 1/2 jam dah sampai tapi itu hari dekat 2 jam...

    kul 11.30 mlm masih jem lagi... cehhhh..ni gara2 byk sgt open house le....

    ReplyDelete
  8. mummy memang kureng beli air bergas... klu anak2 merengek belilah sebotol dua, tu pun kerap belikan isotonik drink cam 100+... klu tamu dtg beraya mmy bancuh oren sunquick or sirap pandan je...

    ReplyDelete
  9. COMEI ~ Aku kalau tak pun tak tengok tapi gara2 tak dpt pegang laptop sbb IRP nak pakai, aku layan la drama.

    MUMMY ~ Air bergas ni dah mcm tradisi kat kg kami..sebab senang bila dah marhaban ramai2 mcm tu... mana yg nak minum..diorg akan tuang sendiri...tuan rumah cuma sediakan botol dgn cawan je.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.