Wednesday, November 10, 2010

Untuk Bacaan Para Suami....

Seorang forumer menulis begini :

"Wanita zaman sekarang hanya hidup memperjudikan nasib mengkahwini lelaki yg mereka sendiri ragu akan keimanannya. Kesian saya melihat wanita zaman skrg, kat ruang chat berlambak-lambak suami2 org yg mencari peluang makan luar, chat kat rumah, office dan lain-lain..."

Ok..... kedengaran terlalu negatif je kan... Takpe, biarkan orang lain yg berkelakuan begitu ya uncle2.... asal kita tak macam tu dan jadi suami2 yg baik kpd isteri kita. (ditujukan kpd suami2 di luar sana). Now I nak cerita tentang perkara-perkara yg perlu dihindari oleh seorang suami .... tak banyak, 3 je yg I nak kongsikan....



I tertarik dengan ceramah di video yg dipost oleh seorang rakan sembang .... tapi nak upload kat sini... takde embed code plak...

1) Tentang sikap suami yg pelik :..... Ustaz kata, suami membelanja kawan-kawan ngeteh, itu hukumnya SUNAT, memberi makan isteri adalah WAJIB.... tapi sanggup la si suami ni dibiar je si isteri terconggok kat depan pintu dengan tangan kosong... padahal dia kemain kat luar dah kekenyangan, membelanja kawan2nya...

"ada apa2 tak bang?" kata si isteri
"Tak ada" jawab si suami... sian si isteri tadi...

So? Marilah ambil ikhtibar dari ceramah Ustaz tadi. Uhuks.... paling2 sekeping roti canai pun jadik ler kan... buat penyejuk hati isteri yg menunggu lama uoll ngeteh tu... rasa cam dihargai je kan walau hanya sekeping roti canai... apatah lagi kalau sekotak pizza panaz.



2) Ada sepasang suami isteri ni.... nak makan di sebuah restoran.... si isteri menggendong anak kecilnya.... si suami buat dekkkk je... ambik makanan...then makan sendiri. Si isteri dgn mendukung anak, mengambik makanan.... pastu dgn anak diriba, dengan menyuap makanan lagi... Tak de perasaan belas kasihan dia nak tolong mendukung anak keciknya tadi... (maksudnya bergilir2)... ish ish ishhh... begitulah cerita Ustaz tadi.

Hmmm... ada juga lelaki yg mcm ni ya?. Sib baik la my IRP tak macam tu....(cehhh... puji la sikit, tak kan nk mengutuk suami pulak kan) tang tu memang I puji la... memang ada la sistem giliran waktu makan.. lagi2 time anak2 kami masih kecik2 dulu.... Kalau tak pun... kami bawak bakul dan masukkan budak tu dlm bakul. Barulah selesa nak makan.

So, buat anda yg sibuk sgt suruh isteri beranak satu lori tu... silalah ambik iktibar dari ceramah Ustaz ni... Sayangilah isteri anda selagai mereka masih ada di dunia ini.  T __ T.


3) Selain dari tu... I copy pastekan di sini nasihat seorang forumer..


Menghindari kritikan terhadap isteri


Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak utk mengkasari, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesan negatifnya pada isteri antaranya :-





a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.


Begitulah uncle2 semua.... semoga dapat dijadikan ikhtibar... Sayangi la isteri anda selagi masih bernyawa. Jangan menyesal di kemudian hari. (mana la tau kan.. tetiba dikebas orang..).






No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.