Thursday, December 23, 2010

LELAKI LEBIH RAMAI DARI WANITA DENGAN NISBAH 105 :100

I sangat Loiikeeeeeeeeee (untuk menunjukkan terlalu LIKE) dengan berita di Kosmo hari ini.

PUTRAJAYA - Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Katanya, penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang.
Berita lengkap sila klik terus ke Kosmo sebagaimana di atas.

Komen Miss Mirror :
Bagus la kalau lelaki lebih ramai... jadi saham wanita akan lebih tinggi... hehehehe... itu belum lagi saingan dari jejaka-jejaka asing yang jauh lebih kacak dan romantik. Tapi I rasa bancian ni untuk kanak-kanak lelaki je kot... kalau dikira pada penduduk dewasa, maybe jumlah wanita lebih ramai.
Even ratio ni tak terlalu tinggi 105 : 100 tapi at least la kan....tak kan ada lagi la lelaki-lelaki yg suka berlagak cakap mcm ni ......

"Baik-baik tau... pompuan sekarang lebih ramai dari lelaki.... pandai-pandailah jaga suami tu". :P
Hmmmm..... no comment la tu.

Apa-apa pun difahamkan jumlah lelaki lebih ramai dari wanita ni bukan saja berlaku di Malaysia, malah di dunia as well....kecuali di Grenada 1 : 1. Oh begitu?

Apa-apa pun diharapkan peningkatan ini juga bermakna meningkatnya jumlah lelaki berkualiti di Malaysia ni.... tidak la lagi kita mahu dengar adanya kes-kes lelaki buat jenayah, lelaki masuk ke pusat serenti dan sebagainya.

Alamak.. masa terlalu mencemburui.... terpaksa la I berhenti di sini...



Anda mungkin juga ingin membaca :

Kenapa Blogger Tidak Famous Macam Hanis Zalikha atau Cik Epal

Inginkan badan yang Segak Dan Berketul-ketul

Maksud An Open Relationship (18sx)


8 comments:

  1. yang tang laki pompuan tu aku mmg tak tau..
    eih?? betul ke laki ramai tu kanak2?? rasenye yang lahir skarang ramai pompuan la.. kat skola aku perhati pulak.. kelas pertama pompuan ramai, sampai la ke kelas terakhir pompuan ade separuh, lelaki separuh..

    tapi bab jumlah penduduk tu pulak.. erm.. 27.6 juta je ke?? eih?? biar betik??

    tak tau la.. tapi aku tengok kertas kerja bapak aku(yang bekerja di KKLW), jumlah penduduk malaysia dah 28 juta lebih dah..

    kosmo ni biar btoi...

    ReplyDelete
  2. kalau lelaki banyak and ramai pon tp sume yang tak de quality macam mane MM??

    haaaaa sori guys!

    ReplyDelete
  3. MHI ~ Oh your dad kerja Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah?

    Tapi statistik ni berdasarkan bancian pada tahun ni? Wallahualam la kenapa boleh ada perbezaan jumlah yg disebutkan tu.

    ReplyDelete
  4. MS BUBBLES ~ Itu la yg menakutkan.. biar ramai dan berkualiti, barulah kemajuan dpt dicapai.

    ReplyDelete
  5. MM
    ayu ada gak pagi tadi sambil susun pau kukus...dengar tentang berita nie,

    agak hairan eik...walhal diuniversity..lelaki kurang..belum lagi ditambah kat ipt..

    agak-agak kalau budak2 depa kurang...
    sekolah pun perempuan lebih ramai

    ReplyDelete
  6. AYU ~ pau kukus? Sedapnyaa... Apa2 pun Ayu... akak tetap gembira dgn nisbah yg dikeluarkan oleh pihak bancian negara ni... tak kira la sama ada ianya jitu mahu pun tidak. :D

    ReplyDelete
  7. harap2 bertambah bilangan yg berkualitinye...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.