Friday, December 24, 2010

BLOGGER OTAI MEMANG SOMBONG! BERLAGAK!

Siapa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai "blogger otai"? 

1) Ada yang mendakwa seseorang blogger yang mempunyai jumlah komen yang banyak maka dia adalah otai.

2) Ada juga berpendapat, otai adalah mereka yang mampu mempraktikkan ilmu yang dimilikki untuk kegunaan orang lain, membantu newbie2, maka dia adalah sebenar-benarnya otai.

3) Ada pula pendapat mengatakan otai ialah mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blogging..... otai diambil dari perkataan "old timer"?.

4) Adakah otai adalah mereka yang telah berjaya menjana income ratusan ribu dari Nuffnang, Advertlets dan sebagainya?
5) Kepopularan tidak menjamin seseorang itu layak digelar otai? 




Hal ini memang sungguh misteri, maka biarlah mereka yang otai sahaja yang menjawab persoalan ini. ;D.   Sebenarnya I ingin membongkar satu misteri yang melanda di kalangan newbie yang mendakwa, blogger otai kebanyakannya sombong...... enggan membalas komen,enggan meninggalkan komen di blog newbie, enggan senyum (jumpa kat mana la tu?), enggan follow balik...enggan itu.... enggan ini... enggan lagu Fauziah Latiff.. 



Blogger Otai sombong! Berlagak!????????????????????? Oh bukan saya yg kata ya...  Ini sekadar tajuk entry untuk BIKIN PANAZZZ!!!




JANGAN BERBURUK SANGKA SANGAT...


Marilah adik2 programkan minda adik2 melihat perkara ini dari sudut yang lebih positif (ceh tetiba ber"adik2" pulakss....rasa mcm dah tua sgt kita huhu..).

Jgn nak berburuk sangka sgt  Dik. Agak-agak uoll la kan.... kalau uoll jadi mereka, larat ke nak membalas semua komen-komen yang berjuta-juta macam diorg tu? Daripada diorang habiskan masa berjam2 melayan semua komen-komen tu, baik la mereka tu memikirkan bagaimana untuk menghasilkan entry yang lebih berkualiti. Tugas mereka sebagai blogger otai memang sepatutnya dipergunakan sebaik-baiknya untuk membentuk jenerasi yang lebih berilmu, mendidik masyarakat. 


Lagi pun kan....kalau diorang dah reply, dah bagi tutriol semua, uolll lariiiiiiii macam tu je kan.... betul tak? Baik mengaku sekarang? Betul tak I cakap ni?... At least la kan.. ucapkan la terima kasih ke.... bagi jambangan bunga ke.. (cewah) ha barulah diorg rasa dihargai. 


I ni... walaupun tak otai, I dah rasa la semua pengalaman orang-orang yang " touch and go" ni.   Ah... Tapi malas la nak ungkit2 plak bab2 menyalurkan ilmu ni... (Ustazah I kata, dlm dunia ni yg layak mengungkit pemberian hanyalah ibu sahaja. Ok... peace!! Halalkan apa yg telah diberi. Semoga dipanjang-panjangkan lagi apa yg telah diajar walaupun tak seberapa.... nak "touch n go" dari blog aku  pun suka ati la dik non).

"Sometimes people crosses your path asking for help and advice, by helping them, naturally you get the answers to solve your own problem... God works in many wonderful ways!"


Tapi kalau diorang tak senyum bila uoll dah susah payah tegur masa jumpa diorang jln2 kat luar tu... ha.... yang tu patut pun kalau uoll nak kata sombong. Tapi kalau nak sedapkan hati, anggap je la maybe diorang tu macam I ni.... rabun.


Then  tadi apa yang uoll kata? Uoll penyumbang kepada traffic mereka? Ha... memang la betul pun. Tapi betul ke uoll tinggalkan komen kat situ atas alasan memang uoll suka giler apa yang diaorang tulis?.  Adakala suka.... adakala tak la suka sgt pun kan.... Hehehe.... jgn nak tipu I la.... I dah tau dah apa yang berlegar-legar di kepala. Nak curi traffic je kan? Ok la tu... sama-sama dapat faedah pun kan... so, apa masalahnya sekarang?






Anda juga mungkin ingin membaca yang ini :

*Ilmu Pengasih.

*Kenapa Blogger Tidak Famous Macam Hanis Zalikha atau Cik Epal

*Inginkan badan yang Segak Dan Berketul-ketul

*Maksud An Open Relationship (18sx)



13 comments:

  1. yup...dulu masa saya mula berblogging , saya pon fikir macam tu jugak...tapi sekarang saya tak macam tu lagi la.. :)

    Entri Terkini
    Bila Kanak-Kanak Mengejar Populariti

    ReplyDelete
  2. ada blogger otai yang smbong & berlagak & ada gak otai yg best...
    tak mau jd otai nak jadi org biasa-biasa jek...

    ReplyDelete
  3. AFIZZ ~ good! :)

    ODAH ~ dah otai privacy pun kurang.. tu yg u tak nak kan? :)

    ReplyDelete
  4. kalau otai dlm blog i x kisah sangat kalau nak sombong ke poyo ke...sebab entri entri die mesti special!

    tapi i memang sentap kalau photographer melayu yang buat job wedding admit diri sendiri otai. sila pengsan sekarang..

    ReplyDelete
  5. MS BUBBLES ~ laa... klu diri sendiri yg admit.. tu dah problem dah tu... itu otai syok sendiri..hahahaa....

    ReplyDelete
  6. ade i pernah jumpe..admit diri sendiri otai,best..on that time i bukan rase admire pon kat die... rase nak muntah time tu jugak..

    nak bangga diri pulak dengan i, i tau la i ni orang yang cikai aje,

    ReplyDelete
  7. mia ni blogger biasa je... bukannya otai... heheheh

    yang penting jangan sombong... :)

    ReplyDelete
  8. MIA ~ tiada creteria specifik utk melabelkan seseorg itu Otai.. boleh jadi u rasa u bukan otai, tapi pendapat org lain kita tak tau kan ;)

    ReplyDelete
  9. Blogger otai tu tak ada jantina kah? Ia tak semestinya L atau P?

    Usah peduli tu semua. Teruskan tulis blog, sama ada org baca atau tidak, sama ada orang komen atau tidak.

    Kerja kita ialah terus menulis tanpa henti dan tanpa copy paste idea sesiapa.

    ReplyDelete
  10. MS ~ laaa.... mana la I tau.. sebab bukan I yg cakap dia sombong. :P...

    ReplyDelete
  11. betui tu diorang yg otai byk komen ni penat nak balas semua. jadi balas yg kwn rapat diaorang je le..heheh

    ReplyDelete
  12. NURIZ - klu dah sampai 200 komen.. nk balas, kena upahkan typist la jwbnya.. :)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.