Sunday, February 20, 2011

Akan tiba waktunya.....

Suka plak membaca apa yang ditulis oleh si Serol ni.... oh tak kenal Serol? Tak kenal takpe, dia pun tak kenal I dan I pun tak kenal dia....

"Semasa kamu diam dan bersabar mendengar cacian orang, malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula (membalas caci maki), malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu." (Hadis Riwayat Ahmad)

Apa kata...... lepas ni kalau ada orang mencaci maki kita, kita wat dekkkkkkkkkkk je! Diam2... tunduk2 buat muka sedih sambil beristigfar panjang-panjang, bayangkan syurga yang indah dan penuh dengan pelbagai kenikmatan. What say you?

sob sob sob..

sabarlah... Allah bersama-sama orang2 yg sabar..

Kata-kata ni sebenarnya I tujukan buat temanku Eliza (nama samaran), yang sering kebuntuan kerana hidup sering dihina oleh ibu mertua kerana perkahwinan antara 2 darjat, Eliza ni kalau nak dibanding dgn suaminya, belajar pun tak tinggi mana.... harapkan muka je la cun - tu pun ibu mertuanya kata mukanya tak cun. Biasa ler tu kan... kalau dah tak berkenan, muka secantik Celeopatra pun dikata macam Turinem. ---> sesuka buat anak orang, tak takut ke kalau benda tu berbalik pada anak sendiri ya?

Sudah-sudah la menangis tu Eliza... tu la, dulu I suruh u kawin dgn si Jehan anak yatim piatu tu ko tak mau. So, sekarang.... ko ubatilah hatimu dengan apa yg si Serol ni tulis.... begitu mendalam maksudnya dan kau pasti dapat ubat di balik kata-kata ini :

Apabila ujian/dugaan menimpa kamu.. apabila kamu mendapat/menghadapi sesuatu yg tidak kamu sukai, maka berbaik sangkalah pada Allah.. jangan mengeluh, jangan marah, jangan menyalahkan takdir.. Allah akan naikkan darjat kamu, ampunkan dosa malah tambahkan nikmat yg tidak terfikir dek akal jika kamu bersabar dan bersyukur....


Semoga kau selalu tabah Eliza...






2 comments:

  1. Salam M.Mirror. Nak minta izin tiru cerita ni...Rasa berminat utk kongsi & utk diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. ya la.. U tulis kat blog u ke? Tak nampak pun..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.