Tuesday, March 8, 2011

Entry Terpendek Yang Dah Jadi Panjang - hilangkan parut cara moden

Cara-cara moden hilangkan parut.. (untuk info I baru lepas kena chicken pox)


Soalan dari silent reader berbunyi begini : "Berkesan tak petua2 yg U cuba kat blog U tu, I nak cuba la untuk hilangkan noda2 kat muka I ni..."

Ok.... cam mana nak jawab ya.... Actually, I bukan saja amalkan semua petua2 yg I cerita itu ari (sila geledah2 sendiri kat older post ya)... tapi I amalkan jugak kaedah2 moden seperti makan kolagen (spt yg dicadangkan oleh penjual ubat-ubatan), selain membuat rawatan di salon kecantikan baru-baru ini. Jadi, itu yg tak dapat dikesan yg mana satu sebenarnya telah berjaya "mengurangkan" kesan2 parut itu. - ( mengurangkan ya...bukan menghilangkan terus sbb kalau nak hilangkan dgn kadar cepat.. of coz u kena buat rawatan lazer yg I sendiri takut nak buat). Rawatan lazer tidak la semahal yg disangkakan... dlm lebih kurang RM1000 lebih shj ya puan2.

Tapi, serbuk kayu manis tu, pada I sgt berkesan, U cuba la ya Puan yg bertanya.... Lendiran LIDAH BUAYA juga amat bagus untuk tujuan itu.


Farmasict ada mencadangkan pada I untuk makan vitamin C dan E... atau kombinasi yg terdapat dlm satu botol/kapsul ialah vitamin A,C,E kalau tak silap (sila rujuk farmacist atau doktor ya sebelum sesuka hati nak makan)... tapi of coz ler kena rajin makan baru berhasil. Dicadangkan jugak oleh mereka ialah : jenama Merdema & Bio oil untuk disapu pada permukaan yg berparut...tapi I tak beli sebab dah ada stok bio oil kat rumah.

Apa-apa pun I nasihatkan... hindarkan dari memakai produk yg mengandungi "mineral oil" yg boleh mengakibatkan kanser kulit.  

p/s : Tuan2 & Puan2 yg bertanya ttg ENTRY TERPENDEK - dah puas ati dah I publishkan jugak akhirnya entry yg patutnya tak jadi nak publish ni?... Bukan apa, segan plak ari2 asyik crita pasal parut, parut, parut tak sudah2....heh heh heh..

9 comments:

  1. cocoa butter lotion pun sangat berkesan. :))

    ReplyDelete
  2. Oh really? Thanks Eny.. jap lg nak google. ;)

    ReplyDelete
  3. tak apelah MM....berkongsi ilmu tu kan bagus.....

    ReplyDelete
  4. lidah buaya memang bagus.. tapi. ai tak sesuai pakai kot..setiap kaLi pakai mesti gataL2 teruk.. biLer tak tahan ai garuk2 sampai melecet.. bertambah parut ai... huhu

    ReplyDelete
  5. ZAI - takut uoll bosan kan.. asyik crita parut..parut...parut tak sudah.. :D

    ATY - oh kulit u tak sesuai la tu.. maybe bleh cuba petua yg lain plak.. How about daun cermai yg ditumbuk campurkan dgn bedak sejuk? Nt bleh cuba ya.

    ReplyDelete
  6. hehhee..pizza pisang ek.cane tu..mcm best jerk bunyi nyer~

    ReplyDelete
  7. I dah upload... tak tau la sedap ke tak...cincai je..

    ReplyDelete
  8. akak tgh kena teruk ni..sakitnya hanya tuhan yang tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya Kak.. sabar ye.. kalau ada daun kari, cuba akak bubuh buat pembaringan.. nt hilang sikit bisanya.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.