Monday, March 7, 2011

Isu SENSITIF para blogger pagi ini... Tolong jgn berkecil hati.

I terbaca tadi di blog Fitrihadi tentang isu hangat ni - Nak join bloglist perlu tulis entry? Perlu ke?

Eh kategori isu hangat ke ni? Berdasarkan komen2 dari komentar kat situ... mcm hangat je... lol...... sebab menyentuh tentang berberapa nama popular di dlm arena blogging ni.


Bagi saya (ceh pagi ni berSAYA-SAYA plak), tidak salah kalau seseorang blogger itu meletakkan syarat yg agak ketat (kena tulis entry, buat backlink, tepek gambar hensem, cun dan apa semua bagai) untuk melayakkan teman2 blogger lain berada di side bar blog mereka a.k.a join bloglist.... tapi, ada tapinya tu.... dengar sini!!!

..... kalau mereka itu adalah terdiri dari blogger famous yang memang traffic tinggi melangit, follower ribu, puluh ribu, ratus ribu.....benda ni I rasa tak salah.... sebab apa, itu la kemuncak dari kejayaan seseorang blogger itu dapat diukur - makin tinggi traffic makin berhak la mereka untuk demand apa saja. Ya la kan... tak setuju ke dgn pendapat I ni? Macam kita beli produk berjenama? Lagi berjenama lg mahal.

p/s : Eh nanti kalau I dah famous pun I nak demand cenggitu... Hahahhaa... bukan je kena buat entry... uoll kena sponsor beg LV lagik utk join bloglist I - sila jgn percaya dgn makcik berangan ni.

Bila saya dah berkata begini, keterbalikkan daripadanya ialah :

"Bagaimana kalau blogger tu tak famous, baru hari ni create blog, esok tetiba buat segmen suruh orang buat entry untuk join bloglist?".

Ooooo..... mcm tu ka? Emm... jap makcik pikir, karang kalau makcik tulis straight to the point karang, ada yg kecik ati.
Pendek kata, mcm gini je la, kalau nak letakkan syarat seketat itu, make sure... anda kena komited untuk menaikkan traffic blog anda. Kalau tidak memang takde pointnya Nak oii.... sebab tujuan asal mereka yg beriya2 nak join segmen anda tu tentulah niat pertama mereka untuk sama2 menaikkan traffic, tak kan la nak ngorat plak kan. Ya ke? Cuma nak ngorat je? Suka ati korang lah..

Kalau traffic anda seciput... pagi create blog, petang buat segmen ni (sebab terikut2 dgn fenomena yg melanda) tak sesuai I rasa.... betul la spt kata Fitri tu, erti persahabatan tu dah takde kerana adanya segmen2 mcm ni. Membuang nilai2 persahabatan dlm dunia blogging. Tetiba* saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yg ikhlas meletakkan blog saya di side bar blog anda.

* sengaja dibubuh perkataaan TETIBA di dlm ayat di atas sebab tetiba baru tersedar, betapa rupa2nya masih ramai lagi insan2 yg ikhlas memfollow blog kita seadanya dan mereka tidak pula merunggut sama ada kita nak link back atau pun tidak.... million thanks utk uoll.

Lagi satu Makcik nak tanya kat blogger yg menganjurkan segmen JOIN BLOGLIST AKU, BUAT ENTRY TENTANG BLOG AKU ni? Muat ke side bar korang tu nak bubuh semua blog2 diorang dari serata dunia ni ? Melambatkan loading lagi ada..... kalau bubuh kat tempat tersorok, terpencil dan dipencilkan.... cam tak berbaloi ler pulak kan diorg dah susah2 buat entry utk uoll, promo kat FB, GB dan pelbagai B lagi...

Kesimpulannya dari kupasan ini ialah : Sama ada perlu atau tak perlu buat entry untuk join bloglist.... bergantung pada tahap mana pencapaian sesebuah blog itu.  Begitulah ceritanyaa....Sekian. Terima kasih.

p/s : Jika ada yg terasa dgn tulisan ini, saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.













13 comments:

  1. saya (ber saya jugak ni hehe) rasa perlu.. sebab takkan la begitu senang blogger popular nk letak link kt blog dia tanpa sebarang syarat... mestilah dia letak syarat.. nanti blogger lain kata pilih kasih pulak...kecuali kalau satu satu blog tu memang sgt berinformative dan creative maybe boleh la dia linkkan macam tu je... saya ada join gak syok syok.. tak terpilih pun.. masuk list yang join.. dpt juga 1 follower dan traffic banyak gak masuk ke blog... alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. ENY - pendapat u sgt bernas. I setuju 100%.

    ReplyDelete
  3. sama2...:) kembang kempis idungku...hahaha

    ReplyDelete
  4. ADAH - lebiu Dear! Sedar tak sedar dah lama jugak kita "kenal" di alam maya ni ya. ;)

    ReplyDelete
  5. erkkk, serius taktahu isu hangat nih...ahaha nampak sgt dah lama x jengah blog...ok nk baca skrg...

    ReplyDelete
  6. HANY - ha'a... lama betul tak "nampak" u?

    ReplyDelete
  7. selamat pagi kak..
    terjaga awal..terus ke blog kak..mana ilang tak entry terpendek kak tu.heheh

    kak..bagi ayu..perlu...tapi ayu nie blogger main2..so...sendiri lah cari blog2 untuk dibloglistkan hehehe

    ReplyDelete
  8. Entry terpendek tu rasanya begini

    Z Z Z Z Z Z Z Z.......

    ReplyDelete
  9. Haha...nampak je Ayu ni dgn entry yg tak jadi nk publish tu.

    Anyway, MM ucapkan thanks buat Ayu sbb menyenaraikan MM dlm bloglist Ayu selama ni.

    MS - ha betul tu!!! Pandai..ngantuk sgt la mlm tadi.

    ReplyDelete
  10. perlu sangat kalau si blogger tu mampu buatkan traffic blogger yang buat entry dia tu naik jam macam jalan jam kat KL.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.