Showing posts with label ISU BLOGGER. Show all posts
Showing posts with label ISU BLOGGER. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Entry Jakun : First time dengar blogger kena marah dgn pemilik asal photo di google

Jenuh mencari USB cable yang ghaib tetiba.. sebab nak upload pix ngeteh2 dgn IRP pagi tadi. Blue tooth dah tak jalan dah, lama rosak. Dalam masa yg sama rasa terinsaf kejap dengan entry sorang adik blogger yang mendakwa telah diberi message amaran oleh Uncle Google ketika tengah sedap2 menayangkan satu gambar yg diambil dari google images ~ atas arahan dari pemilik photo tu ler.. (kira macam amaran keras.. nak saman ikut undang2 negara beliau....bla bla bla.. dollar.. bla bla... I yg baca pulak yg takut, adik tu relax je).

Sangkakan bila pix tak de "water mark" tidak la jadi masalah untuk dicopy paste ... ibarat orang bercinta tapi belum bertunang... maka sapa2 je pun boleh meminang tanpa dihantui rasa bersalah. "Water mark" tu ibarat cincin tunang kita tau..

Macam ni je la lain kali Mek Jah, sebelum kita nak copy paste sesuatu photo di google images, kita kena singgah dan view profile blogger tu lebih dulu... agak2 muka macam singa je, batalkan niat... guna je gambar sendiri. lol....

Hmmm ok la... Miss Mirror hari ni sebenarnya tgh happy mendengar perkhabaran kawan Miss Mirror ni pregnant setelah sekian lama menunggu, berdoa, berusaha.. alhamdulillah. Akhirnya Allah mengabulkan doamu.

Mana la USB cable ni....malam tadi tertinggal atas dressing table.. pagi ni dah takde.



Tuesday, July 19, 2011

Blog Saya Dah Runtuh...

Aduh mak... blog I dah runtuh sekali lagi...(sila rujuk side bar).
Sebarang kesulitan amatlah dikesali...

Dalam proses membetulkan semula... itu pun kalau jumpa "penawar"... kalau tak jumpa nak wat macam mana kan...
biar je la mcm tu... janji entry boleh dibaca... he he..

Tadi I dah cuba tukar guna layout sedia ada tapi blank... loading manjang. Entah la...

Tuesday, May 24, 2011

Google... please help me!

Tetiba je I tak boleh sign in ke blog ni guna Yahoomail address. Apakah ini bermakna rumours yang aritu benar-benar telah dikotakan oleh blogspot?



Memang I tak delete lagi account yahoomail (sbg author pertama blog ni) sebagaimana yg dicadangkan oleh rakan2 blogger aritu sebab rasa jenuh la nak follow balik mana2 blog yang I dah follow. Tu yg I kekalkan je. So, I just invite je diri sendiri guna alamat Gmail plak. Tetiba hari ni bila nak sign in terus tak boleh.



Mungkin you all takde masalah ni sebab kesilapan I ialah I lupa password yahoomail tu (sebab memang dah lama tak access pun.. just sign up account tu semata-mata untuk buka blog - pastu tinggal macam tu je.... then now dia kata I tak pernah verify lagi account tu... tu yg ada problem bila nak sign in.) Adohaiii.... cemana la jadi mcm ni??



Memang boleh post entry baru guna account Gmail (author kedua) yg tinggal ni.. tapi untuk entry2 lama tak dapat la nak edit kan... tu yg I rasa tak best la plak... Harap2 Datuk Google cepat2lah selesaikan problem I ni... sebelum I menangis..... sob sob sob.




"BLOG BUKAN HAKMILIK KEKAL"





Monday, April 18, 2011

Kekecohan Blogspot Yang HARUS anda tangani & Inilah cara menanganinya sebelum blogspot anda terkubur

En Matsomherbs buat kecoh lagi... so I pun tolong kecoh-kecohkan kepada anda pula. Mana la tau kan masin plak mulutnya tu, melopong plak kalau blog kita hilang tak semena-mena. Kalau nak tau apa yg dikecohkan.. sila la klik nama beliau di atas. Macam biasa, I malas nak ulang tayang cerita.

Sebagai solution, I berikan cara-cara untuk anda "menyediakan payung sebelum hujan".

CARA-CARA MENUKAR EMAIL ADDRESS PADA AKAUN BLOGSPOT DARI YAHOOMAIL KEPADA GMAIL

Mula-mula sekali mestilah kena sign up satu email address dengan google dulu.
Bila dah selesai semua... pegi pada BLOG ANDA

Mula-mula : Sign in macam biasa.
Kedua : Klik SETTING
Ketiga : Klik PERMISSION
Keempat : ADD AUTHOR
Maka anda taip la alamat "akaun email google anda yang baru" anda create tadi ---> dlm kotak INVITE tu.

Itu saja.. pastu pegi balik pada email anda... ACCEPT INVITATION.

Jika tak faham boleh bertanya. Saya akan free sebelum maghrib saja. Malam ni sibuk nak membaking lagi.. Wah! Konon!

Thursday, April 14, 2011

Guru & Penjawat Awam dilarang berblog?? Read more...

Oleh kerana I rasa ramai teman2 blogger I yg terdiri dari penjawat awam, maka buat pertama kalinya tanpa dihantui rasa bersalah I mencuri entry Lelaki Ini... haha... confirm dia tak marah punya. Kalau marah nanti kita jual.


Guru tak bleh berblog sangat ke? RELAX... bertenang, nak tau kisah selanjutnya silalah direct ke sini... penat I nak ulang tayang cerita.. uoll baca la sendiri.

Bagi anda yang bukan penjawat awam... mari kita cerita pasal "tikus dan rahsia wanita"... tapi next entry la kan.. cam penat plak malam ni... baru siap menggoreng donut gebu.



p/s : Bukan nak buat kecoh... tapi saja nak bagi info.. nanti karang uoll kata I tak bagitau plak.




Cintaku masih padamu....

Biarpun hatiku tidak lagi 100% padamu seperti dahulu...

meninggalkanmu terus bukanlah satu kewajaran buatku..

Kau terlalu banyak berjasa

kau menceriakan aku ketika aku gundah..

kau mengisi tiap kekosongan jiwa...

bagiku... kau tiada cacat celanya..

hadirmu atas restu..

4 tahun bersamamu satu pengalaman terindah



*


*

*

*

*

*

*

Oh wahai BLOGSPOTku.... terima kasih atas hadirmu selama ini, aku belum merancang untuk meninggalkan mu buat setakat ini... Tak tau la kenapa kengkawan aku bagaikan meninggalkanmu seorang demi seorang...




Sajak ini ditulis sebagai feedback kepada entry En. Matsomherbs - Kenapa blog terbiar?
p/s *** sorry kalau ada yg tersuspen baca sajak atas tu, aku belum gila lagi la nak merapu jiwang karat, persis orang belum kawin plak lagaknya.... Nauzubilahiminzalik...
Ya Allah ya tuhanku... kau berilah aku kewarasan sampai bila-bila... jangan la sampai aku menzalimi diri sendiri.. bimbinglah kami untuk terus berada dalam naungan mahgrifah-Mu. Amin ya rab bal alamin...



kat blog jugak la I belajar buat pancake cara malas ni..
- requested by Qistina utk sarapan dia ke sekolah pagi ini..




Betapa la bahagianya kita berblog...
Bila kita bersendirian dan ada orang on line di blog kita, ianya sebenarnya memberi kesan physcology yg positif dlm diri di mana kita akan rasa lebih BERANI (walaupun takut-takut.. especially bila hubby outstation malam-malam, teringatkan hantu Kak Limah). Uoll macam tu tak? Padahal kalau terjadi apa-apa, readers bukan boleh buat apa pun kan... Apa la I ni kan? Fatamorgana betul! Tapi let say la kalau terjadi tsunami ke, gempa bumi ke... (Nauzubilahiminzalik... lindungilah Malaysia dari semua kejadian itu.. JAUHILAH ZINA!!!)... ok sambung cerita.. let say la tetiba kejadian itu menimpa, segera la update entry bertajuk :

"Wey!! Tolong Selamatkan aku !!! Aku masih kat rumah ni!!!"

Ok... dah terlebih merapu plak entry kali ni... balik-balik entry resepi pun korang dah bosan kan?

Monday, March 7, 2011

Isu SENSITIF para blogger pagi ini... Tolong jgn berkecil hati.

I terbaca tadi di blog Fitrihadi tentang isu hangat ni - Nak join bloglist perlu tulis entry? Perlu ke?

Eh kategori isu hangat ke ni? Berdasarkan komen2 dari komentar kat situ... mcm hangat je... lol...... sebab menyentuh tentang berberapa nama popular di dlm arena blogging ni.


Bagi saya (ceh pagi ni berSAYA-SAYA plak), tidak salah kalau seseorang blogger itu meletakkan syarat yg agak ketat (kena tulis entry, buat backlink, tepek gambar hensem, cun dan apa semua bagai) untuk melayakkan teman2 blogger lain berada di side bar blog mereka a.k.a join bloglist.... tapi, ada tapinya tu.... dengar sini!!!

..... kalau mereka itu adalah terdiri dari blogger famous yang memang traffic tinggi melangit, follower ribu, puluh ribu, ratus ribu.....benda ni I rasa tak salah.... sebab apa, itu la kemuncak dari kejayaan seseorang blogger itu dapat diukur - makin tinggi traffic makin berhak la mereka untuk demand apa saja. Ya la kan... tak setuju ke dgn pendapat I ni? Macam kita beli produk berjenama? Lagi berjenama lg mahal.

p/s : Eh nanti kalau I dah famous pun I nak demand cenggitu... Hahahhaa... bukan je kena buat entry... uoll kena sponsor beg LV lagik utk join bloglist I - sila jgn percaya dgn makcik berangan ni.

Bila saya dah berkata begini, keterbalikkan daripadanya ialah :

"Bagaimana kalau blogger tu tak famous, baru hari ni create blog, esok tetiba buat segmen suruh orang buat entry untuk join bloglist?".

Ooooo..... mcm tu ka? Emm... jap makcik pikir, karang kalau makcik tulis straight to the point karang, ada yg kecik ati.
Pendek kata, mcm gini je la, kalau nak letakkan syarat seketat itu, make sure... anda kena komited untuk menaikkan traffic blog anda. Kalau tidak memang takde pointnya Nak oii.... sebab tujuan asal mereka yg beriya2 nak join segmen anda tu tentulah niat pertama mereka untuk sama2 menaikkan traffic, tak kan la nak ngorat plak kan. Ya ke? Cuma nak ngorat je? Suka ati korang lah..

Kalau traffic anda seciput... pagi create blog, petang buat segmen ni (sebab terikut2 dgn fenomena yg melanda) tak sesuai I rasa.... betul la spt kata Fitri tu, erti persahabatan tu dah takde kerana adanya segmen2 mcm ni. Membuang nilai2 persahabatan dlm dunia blogging. Tetiba* saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yg ikhlas meletakkan blog saya di side bar blog anda.

* sengaja dibubuh perkataaan TETIBA di dlm ayat di atas sebab tetiba baru tersedar, betapa rupa2nya masih ramai lagi insan2 yg ikhlas memfollow blog kita seadanya dan mereka tidak pula merunggut sama ada kita nak link back atau pun tidak.... million thanks utk uoll.

Lagi satu Makcik nak tanya kat blogger yg menganjurkan segmen JOIN BLOGLIST AKU, BUAT ENTRY TENTANG BLOG AKU ni? Muat ke side bar korang tu nak bubuh semua blog2 diorang dari serata dunia ni ? Melambatkan loading lagi ada..... kalau bubuh kat tempat tersorok, terpencil dan dipencilkan.... cam tak berbaloi ler pulak kan diorg dah susah2 buat entry utk uoll, promo kat FB, GB dan pelbagai B lagi...

Kesimpulannya dari kupasan ini ialah : Sama ada perlu atau tak perlu buat entry untuk join bloglist.... bergantung pada tahap mana pencapaian sesebuah blog itu.  Begitulah ceritanyaa....Sekian. Terima kasih.

p/s : Jika ada yg terasa dgn tulisan ini, saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.