Keluar rumah di senjakala amatlah tidak menyeronokkan........ (melainkan kalau IRP ada)..
Tapi disebabkan menunggu Shashal habis tution, maka pukul 6 la baru kami keluar rumah...
Tapi disebabkan menunggu Shashal habis tution, maka pukul 6 la baru kami keluar rumah...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKr1sxF_ayifucbcSjpsmcwOZZphNHf6FleA82fWG0uJk2C5A2toEvUP2yNJV46beuQ9pcFal-8CMYmjAQ2i_BzetwWcs-DZuwS8PRk82hRWBUc0VYfi8-tzFQkghnNRgBRjYC8J7J-CE/s400/breakfast.jpg)
Berbuka puasa di Restoran kampung di Giant Plentong... tak berapa ingat nama penuh restoran tu, cuma yg I ingat ada perkataan " kampung" di hujung tu. Layanan memang memuaskan, memang bagus la si amoi tu. Hilang segala penat lelah melihat senyumannya yg mesra dan masakan pun cepat. Kebetulan kami sampai tu dah pun azan maghrib, segera dia menyuruh I menghirup longan ais yg I pesan dan beberapa ketul kurma yg dihidangkan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRwq4ILnLdpXJoQRvMafVBXeG4BdqbcbLY4wQ8oFhkjhwzzqPYscTK5s_99yv5Z5uebpRnJyTiZo2dDX3AMISm4OL8OrMpxAA-_ZHjSVkNqwOYHzwk_jXwfVz6oQmr3WHxauB9TgLIPhU/s400/shopping+baju.jpg)
Jadi bila dah alang-alang keluar, maka menyinggah la ke kedai-kedai tudung dan baju-baju raya... tapi malangnya kenapa takde lagu raya ya? Tapi sib baik la tu.... kalau dipasangnya lagu raya, makin rasa nak melompat plak duit2 kat dompet ni membeli benda-benda yg tak berapa perlu plak kan sebab terbuai oleh mood raya. Lagi-lagi lagu Kak Pah dan Sanisah Huri tu...
Marilah adikku...
Marilah bersamaku..
Ku tukarkan bajumu yang baru..
Syahdu kan lagu tu... tetiba teringat plak I pada ibuku. Terima kasih Mak kerana pernah menciptakan nostalgia ramadhan bersamaku waktu kecil-kecil dulu.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.