Thursday, August 4, 2011

Nak marah dengan jam loceng..


Mudah-mudahan lirik yang diubahsuai oleh si Ain ketika umurnya 5 tahun, yg berdasar rentak lagu ANTARA GADIS tidak la menjadi satu kenyataan hari ni. Ya Allah berilah kami kekuatan. Ingat tak lagu ANTARA GADIS yg pernah popular di tahun 90an tu?

"Antara Gadis
yg kutemui
kau saja kini dalam renungan
mungkinkah hanya kerna senyuman"

Ok ini lirik asal, lirik ni takde kena mengena dengan cerita hari ni pun, tapi lirik dari si Ain ni maybe ada kena-mengena. Ain dah sesuka menggubah lagu tu ikut kepala dia sendiri, ketika itu dia menyanyi dengan penuh confident dengan keadaannya yg masih lagi pelat-pelat masa tu dan rambutnya yg "masih" kerinting-kerinting, separas pinggang, malah pernah terlekat gula-gula getah yg dia makan sampai terpaksa dipotong gumpalan rambut itu tetapi sungguhpun begitu, selalu menjadi teguran ibu-ibu dan amoi2 bila mendukungnya di mana2, (tak sangka plak rupa-rupanya ramai orang yg suka kanak-kanak berambut magee kerinting ya.... especially chinese mom memang selalunya akan berpaling 2 kali dan akan menyentuh2 rambutnya itu.. cam ni nak beranak lagi biar keluar baby rambut kerinting lah..hehe ).. E'eh.. crita pasal rambut plak, marah nanti si Ain... orang nak crita pasal lirik si Ain ni ler, time tu I tgh memasak untuk juadah berbuka tetiba si Ain nyanyi..

"Terketar-ketar
menanti masak..
lalallala...
Terketar-ketar menanti masak
lalallaal...
terketar-ketar menanti masak..
lalaala.."

(entah apa lagi yg keluar dari mulut dia, tak ingat la pulak.. tapi bab "terketar2" tu yang buat I nak tergelak...:D dan tiap kali ramadhan menjelang pasti I akan teringat balik lagu ni, maybe selama ni I nyanyi2 dlm bilik air tu dia tersilap dengar kot.. tak tau la... atapun memang dia tgh terketar-ketar menanti I masak? Hehe...)

Ok.. lupakan seketika kenangan itu. Sekarang ni harapan I, mudah-mudahan I tak terketar-ketar la hari ni..... sebenarnya bukan nak cerita apa pun, sekadar nak bagitau kat cik abang I yg sedang outstation tu bahawasanya... kami semua tak sahur malam tadi bang!!!.. Kesian kami tau! Pukul 6 pagi baru terjaga. Ayam-ayam dah ready dan mlm tu I dah goreng untuk dibuat masak2 esoknya...last2 terkempunan I nak makan you!

p/s : agenda seterusnya.... jap lagi nak gi marah dengan si jam loceng.

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...