Thursday, September 22, 2011

Rindukan entry lalu (statement syok sendiri)

Aku rindukan saat penulisanku yg lalu....
Zaman itu entryku memang agak panjang meleret tetapi makin lama makin jadi "mengecil"... mengecil.... mengecillllll... memendek..... tahun demi tahun selaras dengan kehendak "pasaran" dan kehendak "survey". (survey tak rasmi yg entah dari mana... rasa2nya aku dah menuliskan tentangnya dlm entry2 aku yg lalu).

Tapi hari ini (untuk sekali dalam setahun) aku ingin kembali membebel panjang... sebab aku rasa ada waktu-waktunya kita akan rindukan zaman klasik, dan kukira entry2 yg panjang yg kita tulis sendiri, ada waktu-waktunya sangat bermakna buat kita bila kita membacanya semula di saat-saat senggang.

Sebenarnya hari ini.....


... hari ini aku ingin khabarkan pada bapa mertuaku bahawa pohon kelapa yang beliau tanam 6 tahun lepas telahpun mengeluarkan hasil.

"Dad... have a look!! Dah berhasil!!! Thanks Dad.."



Aku jugak ingin khabarkan pada dunia bahawa hari ini JB bagaikan nak keluar salji - tipuu...(aku tak pasti di kawasan lain macam mana) tapi di persekitaran aku ni cuaca sangattt sejuk sejak awal pagi tadi.... hinggakan aku turun ke dapur dengan berkelubung. Oh tapi janganlah kau terlalu zalim hingga ingin membayangkan aku berkelubung dengan selimut "berpeta" bagaikan pocong hantu bonceng. Baju sejuk purple itulah yg kubuat kelubung dan kutinggalkan di atas sofa sebelum aku memulakan kerja-kerja rutin di dapur. Oh sungguh dasyat kan... dan kau boleh bayangkan bagaimana sejuknya, malah hingga saat aku menulis ni.. aku rasa sangat selesa bila netbook aku ni kian panas membara dan terkena kedua belah kakiku.. sebab aku sedang meribanya... (eh kau Miss Mirror... tau saja kau menasihat orang itu ari ... kata tak baik kita meriba laptop nanti boleh dpt kanser kulit)... alahai tapi aku terpaksa....


Sebaik kedua anakanda aku itu bersekolah dengan bersarapan lempeng 2 keping (sorry Nak.. lain kali Mama masak yg sedap2)... aku pun apa lagi..... berkelubung terus sampailah pukul 10.00 (padahal aku amat jarang melakukannya, selalunya aku lebih suka menyudahkan dulu kerja2 rumah ataupun serf2 internet)... itu pun sebab dikejutkan oleh bunyi deringan telefon si apek salah nombor, kalau tak tentu aku tak menyiapkan makan tengahari kami ni sebab zzzzzz....

Hari ni menu tengahari yang ku sediakan hanyalah menu malas..... Kedinginan membuatkan aku kurang aktif. Rasa macam nak berendam dlm air panas. Ok la... itu je gambaran tentang cuaca di Taman Perumahan aku sekarang ni.. jd kepada sesiapa yg nak datang ke rumah aku... sila-silalah sediakan baju sejuk.


Sebelum kau terus jadi malas, aku ingin kepilkan satu motivasi iman di sini : Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

Berwuduklah dengan cara bersungguh-sungguh ketika kesejukan, dan banyakkanlah langkah menuju ke masjid-masjid (untuk sembahyang), menanti sembahyang selepas sembahyang adalah jihad“.

Ingat ya Miss Mirror : " Berwuduk ketika cuaca sejuk atau menggunakan air sejuk adalah satu amalan yang dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. "




Kukira kau pasti akan kata "Tak menyelerakan langsung
ku lihat masakan kau hari ni Miss Miror.. pucat tak berkuah"
(Tengok... pandai kan aku membaca fikiran korang?)

Lalu kujawab "Ha'a... pucat, terlupa nak bubuh bawang bombay...
tapi rasa dia tetap tak lari dari resepi asal"
Untuk resepi Speghetti olio sila klik sendiri.

Darlingku IRP janganlah risau.... nanti kalau You balik... tidaklah hanya speghetti ini yg akan I hidangkan... adalah nanti masakan lain.. Tunggu dan lihat.

p/s : Cakap je nak menulis panjang... tapi macam tak jadi panjang pun..... entahlah.

4 comments:

  1. comelnya pokok kelapa tue



    tak cukup panjang pun dear..hihihi
    ( tapikan takut jugak panjang2 entry..takut tersasul merapu...padahal untuk kepuasan membebel....tapi ade jugak tak paham ingat kita tuju kat si polan2..)

    ReplyDelete
  2. Shaleila - betul tu... nanti ada yg tersilap tafsir susah pulak kan..;)

    ReplyDelete
  3. ada bakat dlm penulisan la miss mirror ni.
    *mmg suka ur FIL tgok tanamannya tlh membuahkan hasil..

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. ya ke Win? I rasa penulisan I mcm dah makin teruk sejak akhir2 ni. Anyway thanks la ya.

    Yup.. hopefully my FIL dpt merasa air kelapa hasil cucuk tanam beliau tu nt.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.