Monday, October 10, 2011

KOMEN SAYA TENTANG DATUK SITI NURHALIZA BERBAHASA INGGERIS


Gambar-gambar gedixs I sekitar 2 hari 2 malam di Pt Sulong sila klik sini... sebab malam ni I nak ulas pulak tentang Datuk Siti Nurhaliza.

Sebenarnya I sedang menonton video sisipan temuramah beliau di sebuah stesen TV berbahasa Inggeris baru2 ni. Apa yang membuat I kesal sangat-sangat bila ada pengkomen2 kat situ yang seolah-olah mencari salah je tak habis-habis (pada I dah ok la apa yg Tok T dah cuba tu, dia pun bukan dilahirkan di Amerika untuk bercakap sefasih Celine Deon) lain la kalau you nak cari salah I sebab I lahir kat England .....ngeh ngeh ngeh.... (dlm mimpi).... hmmmm... come on la dear, I pun bukan la peminat Tok T yg tegar tapi bila orang dah membuat anjakan paradigma tu, kita bagi la sokongan. Bukan melemah2kan semangat macam tu!!! Nyampah tau, tak pepasal membuat I teringat kat sorang kawan I yg suka cari pasal dgn I time I muda2 dulu..

"Kalau dah jawa tu jawa je la... tok sah kau nak ckp Kelantan" Kakak tu kata... Hee... suka ati aku la kan... napa la fikiran kau ni sempit sangatttt ha. Tak paham I dgn orang yg macam ni. (Miss Mirror.. td kata nak ulas pasal Tok T, ni kau nak interframe crita ttg kisah silam kau plak.... karangan lari tajuk nih)... ok ok.... sorry.

Sebab tu la kan... ada sesetgh orang fasih berbahasa Inggeris bila berdepan dengan Mat Saleh tapi jadi terkedu bila bercakap dengan orang2 sendiri... puncanya sebab masalah yg satu ni la... (masalah orang suka cari salah). Dah dah... pasni, kena kikis dan nyahkan sikap tak elok macam ni.

Lagipun as long orang boleh faham apa yg kita nak deliver udah ler kan (bukan kita tengah jawab soalan grammar SPM pun)... kita cakap melayu pun kadang bukannya ikut sgt tatabahasa (takde pulak orang nak sibuk betulkan.. padahal itu bahasa ibunda kita, patutnya itu la yg paling penting untuk kita cari kesalahan dan bantu untuk betulkan).

So, moral of the story... kita kena ubah sikap kita kalau kita ingin melihat bangsa kita cemerlang.


Baiklah anak-anak... vocab baru (idiom) untuk pelajaran B. Inggeris kita hari ini ialah (haha... sejak bila blog aku ni bertukar konsep plak ni?) :

* CHICKEN OUT maksudnya.... gagal untuk berbuat sesuatu disebabkan takut .

Ok.... mari kita buat ayat dari perkataan "Chicken out" adik-adik... come on let's... sila postkan di ruangan komen... come on don't chicken out!!! Hehe..

10 comments:

  1. Ok la JS chicken in takmo chicken out muhahhaha

    ReplyDelete
  2. chicken run je lah hehehehe...
    saya setuju dgn MM.. yg penting orang boleh faham. kalau org putih dgr pun, depa tak kisah sebnarnya english kita tunggang terbalik.. sama lah mcm org putih cakap melayu tunngang terbalik kita still rasa bangga what...

    ReplyDelete
  3. cantik pulak tudung Dato' CT ni pakai.. kekekekekeke...

    ReplyDelete
  4. MM.. I don't want chicken out.. I want honey chicken... can aa...

    ReplyDelete
  5. lawa dato ct berhijab. . .semoga satu hari nanti die akan berhijab. . .amin

    ReplyDelete
  6. JS - good2.. don't chicken out kay... nanti dpt chicken pox plak..:D

    ENY - ha'a.. mereka tak kisah pun.. ;) "kita2"(mereka) ni je yg ibarat guru B.I yg sdg menanda kertas soalan. ;D

    LINDA - ha'a iyer...sbb tu la pilih gambo ni.

    NURI - Chicken honey yg bubuh blackpaper tu mmg sedappp!!! Jom masak.

    EILA - Amin.. mudah2an..mari kita terus mendoakan.

    ReplyDelete
  7. memang yer...bab ni ai angin betul.. dari zaman belajar2 dulu isu bahase ingeris ct selalu jadi isu kat member2 yang tak suker..tah ape2.. sedangkan yang kondem lebih2 tu pon bahase inggeris berterabur jugak..same jugak macam org2 kat luar tu pon.. saje carik dosa kering...

    ReplyDelete
  8. ATY - I yg bukan peminat fanatik CT pun rasa mcm hangin.. bukan apa, klu benda ni dibiar berterusan dlm minda "org2 kita", alamat la satu bahasa apa pun kita tak berani nak mencuba.. chicken out tak sudah2 gara2 msykt sekeliling yg tak "membantu" :D

    ReplyDelete
  9. betui tue...
    x mati dek keji kalau cube mencabar kelemahan...
    melayu kan malu mngaku kelemahn...ahahah

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.